31.12.08

dLOKASI

Apa lagi yang tak cukup tu yop...?!
Sahabat gua, Armmean & Nick sedang ngetest set baru

29.12.08

YANGAT / NYANGAT

Di Perak, kalau anda terdengar perkataan ini (yangat, nyangat) maknanya ialah minuman panas. Berasal dari perkataan air hangat (ayor hangat). " Moh kita pekena yangat dulu".

28.12.08

Demonstrasi

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," kata Ofer Shmerling,pegawai pertahanan awam entiti haram Israel.

SMS dari Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub:
Pemuda PAS mengajak umat Islam bantah serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin! Ayuh ke demonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa, 30 Disember 2008, 11 pagi.

20.12.08

ADUHAI ANAK

Cuti dekat nak habis dah. Nak masuk musim baru persekolahan. Tahun depan anak masuk darjah 1, 4 dan 5. Tadi, bawak budak-budak pergi beli pakaian sekolah. Suka mereka. Balik rumah terus test. Ngonyen memanjang. Takpalah anak. Tu tugas seorang abah. Alhamdulillah ada bonus bulan ni. Separuh dah dihabiskan tadi. Harap di sekolah kamu boleh mengaum macam anak rimo kat atas tu.

NAMA TEMPAT & WARNA


Air Kuning
Tanah Merah
Seputih
Air Hitam
Pasir Putih
Bukit Kayu Hitam
Blackburn
Greenwood
Whitehouse
Tanah Hitam
Laut Merah
Greentown
....

17.12.08

TANPA POLIS PENGIRING...ok je !

Ahad lalu, ketika mengunjungi pakcik saya di Bukit Antarabangsa (Riverdalle), saya dapat menyaksikan kedatangan Menteri Besar Selangor ke lokasi tanah runtuh, tanpa diiringi oleh polis. Agak pelik. Lain dari biasa. Keesokannya, diakhbar keluar kenyataan Khalid Ibrahim seperti berikut:

Para pemimpin pakatan pembangkang di Selangor tidak perlu diiringi polis ketika menghadiri majlis-majlis dan tugasan luar kerana kehadiran pasukan itu hanya akan membataskan kemesraan mereka dengan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apabila seseorang pemimpin dikawal ketika sedang bertugas, rakyat tidak akan boleh menghampiri mereka kerana telah disekat oleh anggota polis yang bertugas sebagai pengiring.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak berniat untuk menafikan usaha pasukan polis tetapi mahu anggota yang bertugas mengiringi pemimpin itu melakukan tugas lebih penting yang merupakan keutamaan mereka iaitu membanteras jenayah di negeri ini.

''Pada pandangan saya tidak perlu pemimpin di negeri ini diiringi polis memandangkan jumlah polis pun kurang.

''Kalau asyik menjaga Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin lain mereka tidak boleh jaga masalah jenayah yang juga berleluasa di negara kita.

''Lagipun kita kerajaan yang telus dan sentiasa menghormati rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Selangor Ria 2008 di tempat letak kereta Stadium Melawati di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie agar pemimpin-pemimpin tertinggi di negeri ini perlu sentiasa diiringi anggota polis bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis-majlis dan sebagainya.

*********
Elok sangatlah tu. Jangan kita bazirkan tenaga polis. Ada banyak kes terutama di KL dan Selangor ini yang perlu mendapat perhatian polis. Kalau tak diiringi polis, pemimpin akan lebih menjiwai perasaan dan masalah rakyat. Kena duduk dalam trafik jem, beratur bayar tol dan isi minyak kat petrol pump. OK apaa...

16.12.08

CIKGU 5 BINTANG

Norazizol, guru. tapi tak pernah mengajar saya. Saya mengenali beliau semenjak 1999. Baru-baru ini, raya haji ke3, saya menziarahinya di Ketereh, Kelantan. Menyambut saya dengan peluk Arab. Isterinya yang dipanggil Umi oleh anak murid juga baik terhadap saya. Ketika saya sampai di rumahnya jam 9.00 pagi, sudah ada 5 orang pelajar lelaki tingkatan 6, SMK Hamzah, Machang. Rupanya mereka sudah berada di rumah Cikgu Norazizol sedari semalam, -tidur di rumah cikgu-. Hamboi, mesti cikgu/cikgi sekelamin ini hebat banget. Memang...sesiapa yang berada disamping cikgu Norazizol akan gembira. Selang beberapa perkataan, anda akan ketawa apabila berbual dengannya. Betuuul! . Sebelum meninggalkan rumah beliau, saya dibekalkan seekor harimau dan sehelai kemeja. Harimau?....ia sebuah majalah tahunan sekolah. SMK Hamzah, ialah sebuah sekolah unggul di Machang, Kelantan.

12.12.08

10:2

10 ekor kerbau, 2 ekor kambing telah dikorbankan di Kg. Kepayang Fair Park, Ipoh, Raya Aidil Adha lalu. Banyak tu. Semua penduduk dapat bahagian masing-masing (daging/tulang). Yang susah, yang senang, miskin kaya semua dapat. Jadi seperti acara mewah pula. Menggulai, masak sup, makan makan di perkarangan masjid. Terfikir juga dalam hati. Tahun depan sembelih 5,6 ekor dah la. Selebihnya sedekah duit untuk dibuat majlis korban bagi saudara Muslim yang miskin seperti di Kemboja, Afrika dll. Khabarnya ada saudara muslim kita di sana yang dah bertahun tak merasa makan daging kerana terlalu miskin. Hidup pun melarat. Apa pun didoakan peserta korban tadi mendapat ganjaran selayaknya dari Allah SWT. Amin.

4.12.08

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM

Saya dengar para ustaz berkata, bahawa penyejuk bagi jiwa ialah istighfar....
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM

3.12.08

AKHIRNYA...BONGAP BONA!

Kadang kadang kita ni sebagai pekerja, adakalanya melihat orang atasan membuat keputusan yang bodoh sungguh. Tapi nak buat macamana ye? Kita cuma mampu gelak dalam hati sajalah. Mereka nak berlabon juga walau pun apa yang dilabonnya tengin benar. Akhirnya sekali lagi kita tergelak dalam perut. Jangan terburai isi perut dah la.

..............................
Tambah sikit lagi.

(Slang Negeri9)
Orang atasan yang den maksudkan tu sebona yo orang bawah jugak, Orang yang di ateh dio tu pun sebona yo orang bawah jugak. Maksudnyo banyak lapih la ni. Limo nam lapih ado. Sapo yang nak buek keputusan ni...last last sapo pun tak beghani. walopun orang atasan tapi takat jadi posmen yo, buek apo. Macamano nak efektif. Makan maso nak buek sesuatu keputusan. Bongap. Ni la kalau banyak sangat kepalo. Kepalo tu kalau kek dalamnyo ado otak tak apo la jugak. Bongap. Kepalo jonih ni nak dibuek kari pun tak boleh. Kalau tidak nak jugak ngetes Kari Kepalo Orghang.

30.11.08

TOLUK KOMANG


Ontah macamano den boleh ikut pulak anak den punyo idea. Hari Sabtu lopeh, budak-budak tu buat muko 15sen. 'Boring la cuti ni tak pergi mana bah, duduk rumah je'. Den pun apo laie, pantang di cabar, den sughoh bebudak tu siap copek-copek, pagi tu jugak den start kegheto, den ingat nak bawak poie Melako, atau Johor . Tapi terkona stering kegheto kek anak panah menghalo ke Toluk Komang. Buleh la kek sini pun. Den duduk saghi semalam kek situ, tapi dalam ati den teringat laie tompek kojo, banyak laie bondo nak dibuek ni....
Raso den buleh laie kalau nak datang kek sini bercuti. Tompek cantik. Tapi hotel kono buking awal, tarak kalu penuh.
Ahad, 3(tigo) potang den dah sampai KL. Pukul 5(limo) dah ado kek tompat kojo. "Alahai ari Ahad pun kojo. Apolah abah ni..." Eh anak den pun dah pandai cakap oghang negeri 9. Tu baghu saghi duduk tepi laut Toluk Komang....

24.11.08

KEJADIAN SEPARUH BOGEL DI SHAMELIN

Semalam jam 5.30 petang, komuniti Apartment Taman Shamelin Perkasa iaitu peghuni Blok 12,13,14,dan 15 mengadakan perjumpaan. Tujuannya untuk menubuhkan persatuan penduduk. Ini akibat dari banyak masalah sosial seperti kecurian, berasmara bukan mahram di tempat letak kerata, ragut, pecah rumah dan macam-macam lagi. Baguslah tu. Tapi yang menariknya diperjumapaan itu aku rasa macam kat Hong Kong. 90% Cina. Melayu aku nampak ada 5 orang sahaja.tapi bagi aku tiada halangan untuk aku bermasyarakat. Yang penting boleh berLABON sudah. Oleh kerana terlalu ramai mereka guna bahasa Cina. kadang-kadang English. Ada seorang tua cukup cekap Bahasa Melayu, Cina dan English. tapi macam biasalah. Bila bab lantikan untuk jawatankuasa, semua buat-buat dalih 'Im busy', 'Im not the house owner!'. i just want to be a shadow'. Macam Melayu juga.....

19.11.08

PENANGAN FIT

Baru-baru ini saya terserempak dengan orang kampung saya, Wahob (nama samaran). Usianya lebih 50 an. Semasa di kampung saya amat mengagumi beberapa orang termasuklah beliau. Kagum kerana beliau seorang segak, pakaian kemas dan wajah handsome. Namun pertemuan di Ipoh kali ini sungguh memeranjatkan saya. Kini beliau hidup merempat seorang diri tanpa keluarga, tidur bergelandangan di kaki lima dan taman permainan. Bekas kakitangan kerajaan ini kini merana hidup setelah terlibat dengan dadah yang bernama fit. Dadah jenis ini diambil dengan cara suntikan atau hidu. Untuk mendapat sedikit duit kerja yang boleh dilakukan ialah menjaga parkir di sekitar bandaraya Ipoh. Kami berbual dan mengenang kampung halaman dan salah silah keluarga bila bertemu. Beliau memberitahu alangkah silapnya jalan yang diambil, tetapi sudah terlalu lambat. Dalam usia senja hendak balik ke pangkal amat susah. Beliau menunjuk tanpa segan silu kedua-dua lengannya yang dipenuhi kesan lubang suntikan. Meremang bulu tengkuk saya. Sebagai melepaskan tanggungjawab saya sempat mengajaknya betulkan jalan hidup kerana secara logiknya hayat untuk hidup golongan sebegini terlalu pendek. Mungkin taubat seminggu atau sehari sebelum mati itu yang akan menyelamatkan dari azab Allah buat selama-lamanya. Namun Wahob sendiri menyatakan idea yang dia akan gunakan duit KWSP (katanya dalam RM20,000) untuk pergi ke Mekah, memusnahkan passport dan tinggal di sana untuk menghabiskan hayatnya dengan bertaubat kepada Allah. Dalam perjalanan pulang ke rumah air mata saya bergenang dan berdoa supaya Wahob dapat keluar dari sengsara penjara dunia dan di beri hidayat oleh Allah.

EASY TALK


Dua rekaan grafik ini digunakan sebagai latar rancangan tv Easy Talk, RTM2, Ahad, 7-8 mlm

17.11.08

NAMUN MIMPI TETAP MIMPI


Entah mengapa sejak dari kecil saya selalu dilanda mimpi terbang. Sungguh asyik sekali melintasi angkasaraya, melalui ruang udara bandaraya, hutan, sungai, paya dan ladang. Namun keindahan yang ada dalam mimpi takkan jadi realiti. Mimpi tetap mimpi. Yang akan diharungi adalah hidup realiti.

Kenapa ada mimpi terbang? Ada pakar boleh tolong jawab! Seronok juga layan mimpi terbang.

14.11.08

SEJUK SIKIT OTAK DALAM KEPALA

Alhamdulillah, selesai peperiksaan pagi tadi JXGA 6106 Metodologi Penyelidikan Kualitatif. Paper Prof Wan Abdul Kadir, Dr Indrawati dan Prof Datuk Abu Hassan Sham. 3 pensyarah untuk satu paper beb!. Sejuk sikit otak dalam kepala. Biasa juga kita menyebutnya kepala otak. Namun belum boleh berseronok kerana satu lagi peperiksaan menunggu pada 18Nov2008 nanti di IPTAR.......aduuuuuUUUSSsss !
dus
dus
dus

31.10.08

NANTI MELETUP SATU BADAN

Pagi tadi saya berbual dengan kawan berjawatan PRA (Pembantu Rendah Am). Beliau merungut kerana diarahkan oleh bosnya supaya menggantikan semua lampu-lampu yang rosak ditempat kerjanya. Boleh dikatakan setiap hari beliau terpaksa lakukan tugas itu. Saya beritahu beliau, tugas itu sepatutnya dibuat oleh Juruteknik(Elektrik) bukan PRA. Ia memerlukan kemahiran khas. Kalau apa-apa kejadian buruk seperti kebakaran, kematian, meletup satu bangunan, meletup satu badan... sapa nak jawab?. Boss hang tu ka? Tentu bos hang akan lepas tangan! Ada arahan boleh ikut, ada arahan boleh lawan. Lawan tetap lawan.

Kalau kita polis pangkat rendah, disuruh oleh 'bos' kita untuk letupkan mana-mana wanita yang cantik menggunakan bahan letupan C4, jangan terus menonong menonen je buat kerja tu....bangang! 'Bos' hang selamat...hang apa dapat?.

28.10.08

BILA SAMPAI GILER NYA...

video

Lagu Geng Labon ( hak cipta dipelihara oleh kedua ibu dan bapa)

Geng labon
Macam macam cerita
Cerita apa saja
Cerita apa saja
Apa saja
Apa saja

Aaa aaa aaa hey

Geng labon
Memang banyak labon
Bukan sekadar labon
Untuk diri sendiri....menilai diri, insafi diri...

Geng labon
Macam macam cerita
Cerita apa saja
Cerita apa saja
Apa saja
Apa saja

Renungi dunia
Ada sandiwara
Realiti dan fantasi
Bahagiakah disana...kat sana, kat sinun

Geng labon
Memang banyak labon
Bukan sekadar labon.
Untuk diri sendiri... menilai diri, insafi diri...

Lagu / lirik/nyanyi by TaukeWarung, Adi, WanTheWindz,R@duan

ARTIS SEPENUH MASA, Mr.HADI


En Hadi sekarang artis sepenuh masa. Sewaktu beraya di rumahnya baru-baru ini, banyak lukisan yang sudah disiapkan semenjak beliau pencen beberapa bulan lalu. Kini beliau tidak lagi perlu fikir fasal kerja atau 'saya yang menurut perintah', slogan yang amat popular dikalangan penjawat awam.
Melukis adalah salah satu terapi jiwa. Dan juga sebagai langkah bersiap sedia beliau kerana tak lama lagi mungkin keempat-empat anak daranya bakal 'diambil' orang. En Hadi tak punya anak lelaki. Tentu beliau akan sunyi nanti......

24.10.08

PAK ABU


Ini Pak Abu Helmi. lebih kurang 70an usianya. Jiran saya selang sebuah rumah, di kampung Sayong Lembah. Kelakar orangnya, kadang-kadang sensitif. Semasa remaja, Pak Abu menyertai Home Guard untuk mengawal kampung dari serangan gerakan komunis sebelum Malaya merdeka. Jasa Pak Abu dan rakan-rakannya amat besar dan melatari sejarah kampung kami. Terima kasih Pak Abu. Generasi muda seperti kami takkan dapat menjiwai perasaan yang pernah Pak Abu lalui. Pak Abu, sekarang kerajaan kita sudah mula mewajibkan kembali pelajaran Sejarah di sekolah. Entah di mana silapnya dahulu mereka tidak endahkan dan menidakkan subjek tersebut sehingga ada di kalangan kami buta sejarah. Bila buta sejarah sudah pasti tidak hormati orang-orang tua. Semakin lama semakin kurang ajar. Maafkan kami wahai para pejuang...

23.10.08

CATATAN DI PULAU PINANG

Rakaman Bicara Siswa di USM selesai. Suhaimi Mohamad memang berbakat dan berjaya mengendali sesi rakaman. Disenangi rakan krew. Mudah berbicara walau baru mengenali seseorang. Bijak menawan penonton. Ucapan tahniah khas kepada panel dari UM kerana berjaya menghidupkan suasana sesi rakaman pertama dengan kepetahan berbicara (UM memang best !....). Penerbit: Baini Khairi.

r@duan
JGA 070008
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya

22.10.08

PULAU PINANG INDAH PERMAI


Saya masih di Pulau Pinang. Ketika ada kelapangan (selain dari urusan kerja) saya merayau dan meronda sambil melihat persekitaran. Rupanya di sini memang negeri yang aman damai, permai lagi sentosa secukup rasa. Anda boleh tidur di mana-mana saja yang anda suka tanpa diganggu oleh sesiapa. Visual dirakam jam 8.00 pagi, 22.10.2008 di sekitar Lebuh Leith. Sungguh meriah.

20.10.08

BEROYANG

Ini pula orang Perak panggil Beroyang. Kadang-kadang sebut juga Biawok Ayor. Kehebatan beroyang boleh panjat pokok kelapa dan makan telur burung di atas pokok tersebut. Setakat nak berenang menyeberang dari Sayong ke pekan Kuala Kangsar tak jadi hal. Kacang je.

CAKCIBOR


Cakcibor adalah perkataan tersendiri orang Perak yang bermaksud Pepatung, (English: Drogon Fly)

18.10.08

RASA NAK TER...........

Hari ni Sabtu, cuti. Ahh..aku ada banyak masa untuk 'round-round' ke blog sapa-sapa entah. Round blog kategori sastera, terasa terbuai, tenang, nyaman. Round blog ketegori seni rasa mencabar kreativiti, bercambah ide dan pemikiran. Round blog fotografi terasa insafnya diri, terasa keperluan menambah ilmu dan bila menerjah ke blog-blog politik terasa nak TERMUNTAH pun ada.....

14.10.08

MADIAH

Ini gambar Madiah. 5 tahun. Madiah sekarang anak yatim.........
mmm...
mm..
erm....
apa nama ni!...
mmm...Madiah akan jaga 2 orang adiknya...mmm..mm
mmmm....
aaaaahh ... tak tahu apa aku nak tulis ni..
rasa sebak!..

12.10.08

TERKOYAK COPING TELINGA DIBUATNYER....

Dinasour...ahh! binatang ini sering mengagumkan aku. dari kecik lagi aku teringin sangat nak bela dinasour. Sebelum orang putih buat filem Jurassic Park aku dah bayangkan suasana aku 'membela dinasour'. Berimaginasi tak kena duit sekupang pun. Mengalih cerita dinasour pada kali ini mungkin lebih seronok daripada mendengar berita Shah Rukh Khan mendapat gelaran datuk....aduhai rasa nak terkoyak coping telinga dibuatnyer....
Shah Rukh Khan pun terkejut, ketawa berguling-guling sampai senak perut, tercirit birit. Sebab tu dia tak dapat datang ambil 'datuk' tu. Pak So'od yang bawak beca tu dah 40 tahun bawak pelancong dan mempromosi Melaka dimata dunia....tak dapat gelaran datuk pun....
Benda-benda macam ni yang membuat kaum kerabat dinasour pupus, tak tahan kelakar sangat. Habis semua pakat ketawa sampai tersembur isi perut.

10.10.08

KEPALA AGUNG

Perbandingan rupa Agung yang terdapat pada duit RM1 ini ialah yang paling atas senyumannya lebih manis dari 2 yang di bawah. Mungkin hidup zaman sekarang ini lebih susah berbanding hidup zaman dahulu. Walaupun ketiga-tiga duit itu meletakkan Agung yang 'satu kepala' tetapi jelas ' tak satu senyuman'. Walau bagaimanapun, raya baru-baru ini 'kepala agung' ini telah membuatkan anak-anak aku bergembira dan tersenyum lebar. Banyak juga collection duit mereka maklum la..ramai bapak & mak sedara. Kepada mak-mak dan bapak-bapak jangan la pulak cilok duit budak-budak tu buat bayar tol atau isi minyak kereta. Masuk la ke bank atau saham. SSPN pun dah buka akaun untuk anak-anak dalam bidang pendidikan. Bagi abah-abah yang dah 'kempih dabe' kena la kerja kuat cari lagi 'kepala agung'.

Puteh Giler


Zaman bebudak aku lain dari yang lain. Pergi sekolah beramai-ramai jalan kaki 2.5 km (pergi balik 5 km). Setiap hari kena lalu depan rumah Puteh Giler, ini betul-betul gila punya, bukan putih gila yang membawa maksud putih teramat seperti budak-budak sekarang sebut tu. Walaupun dia gila tapi rumahnya sentiasa besih, tak ada semak samun dan sampah sarap. Kadangkala bila hangin naik satu badan dia akan sergah kami budak-budak kecik yang lalu depan rumah dia. Apa lagi mencicit la lari, tunggang langgang menyungkor. Yang besar akan tinggalkan yang kecik kat belakang. Siapa yang lari laju selamat. Iktibar dari entri hari ini ialah:

1) Bebudak sekarang jangan mengada sangat, aku dulu pergi sekolah jalan kaki tau.

2) Rumah orang yang tak gila patutnya lebih kemas dari rumah orang gila.

3) Orang gila bebas dari dosa, orang tak gila macamana, dah banyak ke pahala?.

4) Jangan mudah percaya pada orang. Bila dia terdesak dia akan tinggalkan kita, macam aku kena tinggal, sebab depa lari laju, aku jatuh menyungkor depa buat ta tahu aje, siap gelak lagi.

8.10.08

BERSILATurahim BUKAN BERSILAT.

Berjaya juga aku joint perjumpaan Cliffordian86 pada 3Okt08 lalu. Ramai yang hadir, tapi lebih ramai yang tak dapat hadir. Kalau tak silap aku ada 7 kelas Cliffordian86. 40-50 orang sudah cukup meriah. Gegak gempita Bob Cafe. Terimbau kenangan lama. Ada yang boleh dicam lagi, setengahnya pula bila diperkenalkan baru ingat. Maklum 22 tahun tak jumpa. Cerita anak pinak, keluarga, kerja semua keluar. Ada juga yang masih solo 'menyinglekan' diri . Ada dah buka 2,3 cawangan. Kaki kelakar masih berupaya buat kelakar menghidupkan suasana. Ada kaki rokok, ada dah berhenti merokok. Ada ustaz, ada yang baru nak start. Ada yang kontrol macho. Ada rock 4ever. XXL ada. S pun ada. Ada Pas, Umno, PKR...lantok kome le! Tahun hadapan akan diadakan secara besar-besaran untuk mengumpulkan Cliffordian86 dengan tema:
CLIFFORDian 86@40

5.10.08

CATATAN RAYA

Launching http://sayonglembah.wordpress.com/ (Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah)
Cliffordian 86 gathering at Bob Cafe, K.Kangsar

Visiting the latest Ketua Kampung of Kg Kepayang Fair Park,Ipoh (Pakatan Rakyat:takbiiir!) Tuan Haji Bakri Mohd Nazir ( PakWe)


...and the robbery job in idul fitri. They breaking the roof and ceiling, taken money and my antique collection (iron, old money, old locker& key) . Location: Shamelin Perkasa, KL

27.9.08

GATHERING RAYA CLIFFORDIAN 86



Gathering raya>> tempat tukor ke bob cafe K.Kangsar, kat belakang shell sebelah sekolah> bertentangan rumah cikgu mokhtar.>> Tarikh dan waktu masih sama ie jumaat raya ke3 jam 3pm.>> Bayaran rm6 sorang utk makan minum

26.9.08

IPTAR sudah menjadi IPPTAR

Pagi semalam diadakan perjumpaan antara warga kerja IPPTAR dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Dato' Abdul Rahman Hamid. IPTAR dengan rasminya ditukar kepada IPPTAR pada 16 Ogos 2008. Tambah satu 'P'. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak. Kemungkinan selepas penstrukturan semula IPPTAR aku akan ditempatkan di sana. IPPTAR akan dinaiktaraf menjadi pusat ilmu ulung dalam broadcast selepas diambil alih oleh Kementerian Penerangan daripada Jabatan Penyiaran. Kemungkinan selepas ini IPPTAR akan melahirkan graduan sendiri yang berkursus secara sepenuh masa untuk keperluan bidang penyiaran dan penerangan. Pandangan aku, ada banyak bab boleh diupgred. Insyaallah IPPTAR, aku datang tak lama lagi. Latar belakang sebagai graduan Pendidikan Seni, pengalaman menjadi guru seni, sebagai 'demonstrator seni' di UPSI, Sarjana Pengajian Seni Melayu di UM dan Pereka Gred B17, B27, B41 akan aku manafaatkan.Insyaallah.

emmm...mungkin juga pengalaman sebagai warder penjara Taiping 1990-1992 boleh membantu!.

- perkara pertama dalam fikiran aku sekarang ialah silibus dan tenaga pensyarah -

24.9.08

ISA (Ikut Suka Aku)

Saya ada seorang kawan. namanya Isa, tua setahun daripada saya. Berasal dari Kg. Bendang Kering. Suatu hari dia datang ke tempat kerja saya (ketika itu di Hospital Ipoh) kerana membawa anaknya yang sakit. Mungkin dia sesak wang pada hari itu dan meminjam sedikit wang. Saya agak keberatan kerana tahu dia memang kaki kelentong. Namun setelah dia menjaja nama anaknya yang sakit, saya pun jadi cair dan memberinya sejumlah wang. Dan seperti yang diduga duit itu tak kembali kepada saya setelah bertahun-tahun lamanya. Sempena bulan baik ini saya istihar menghalalkan sahaja duit yang dipinjam itu.

- gambar di atas tiada kena mengena dengan ISA kawan saya tu -

22.9.08

BERSALIN KULIT

Blog ini bersalin kulit sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri tak lama lagi.

ORANG MATI MENYANYI...

Dekat-dekat nak raya ni banyak orang mati 'bangun dari kubor'. Jasad mereka memang tak kelihatan tetapi suara mereka berdesing-desing kedengaran di corong-corong radio. Kadangkala dapat tengok jasad mereka juga bernyanyi lagu SELAMAT HARI RAYA di kaca tv. Tetapi kebangkitan dari kubor mereka itu tidak pula menakutkan kita tetapi menyeronokkan. Seronok ke?

Pendapat anda?

18.9.08

JADI PELAKON KONON....

berlakon untuk penutupan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, KL

15.9.08

gengLABON beroperasi.....

belakang
depan
Komuniti gengLABON akan melancarkan logo sebagai identiti. Logonya seperti di atas. Sebagai projek pertama gengLABON telah bersetuju mencetak t-shirt. Dapatkan segera. Terbuka kepada sesiapa juga tidak kira anda berada di mana.
Konsep gengLABON: perbincangan dan aktiviti dalam dunia seni reka dan fotografi
Untuk tempahan t-shirt (RM20.00)sila hubungi:
atau tinggalkan pesanan dalan ruangan komen di bawah

13.9.08

Ini kerja kamu ye?...

video

Baru saya tahu kenapa bateri kamera saya selalu wit.

Seorang jadi pengacara, seorang lagi jadi jurukamera....

12.9.08

Hari Ini Hari Apa Bang?

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap."Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Dua kali seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"

9.9.08

Mereka yang bersyukur....


1) Apakah yang sedang dibuat/difikirkan/dibaca oleh lelaki disebelah kiri?
2 Apakah yang sedang dibuat/difikir/dibaca oleh lelaki disebelah kanan?
Kamera: Nikon D40
Tarikh: 31 Ogos 2008
Tempat: rahsia
Tema: Mereka Yang Bersyukur
Jurugambar: GengLABON

7.9.08

Batik vs Jean

Khamis lepas saya sengaja tak pakai baju batik ke pejabat. Pakai kemeja berkain jean( jeane). Tapi tak siapa perasan. Rakan-rakan buat tak tahu sahaja. Kalaulah depa tanya 'awat tak pakai batik?' . Saya akan jawab: Dulu zaman Datin Sri Endon, dia suka batik, kita pakailah batik tanda akur pada perintah PM dan isterinya. Sekarang zaman Datin Sri Jeane, kenalah pakai jean....." har har har
Oleh kerana tiada kawan-kawan yang tanya kenapa saya pakai jean hari itu, maka saya biarkan jawapannya dalam kotak fikiran saya sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa.
Lagi sekali har har har..

5.9.08

Photograph: test power


GengL.A.B.O.N







tangkap gambar pulak lah! tak payah nak tulis banyak-banyak.
kamera: Nikon D40