31.7.08

Blog (set untuk tv)





Rekaan bagi set BLOG rtm1, sedemikian rupa bertujuan memberi tumpuan khusus kepada 2 individu di dalam set iaitu pengacara dan tetamu (bloger). Sedikit imej dan nama-nama bloger yang terdapat di Msia seperti Kickdefella, Sang Kelembai, Disquiet, Tok Mummy, Screenshot dan sebagainya bertujuan memimpin penonton mengenali rancangan tersebut. Material velvet hitam sengaja digunakan supaya biasan lampu dalam studio tidak memantul. Tetapi kawan aku, Din Karkun kata . "Gelap aje set ko...macam dalam kubor.". Aku jawab."Ok le tu..kurang-kurang dapat menyedarkan ko dan aku tentang 'tempat'yang kita akan pergi, pasti, tak syak lagi..." Apapun bloger yang telah menggunakan set tersebut termasuklah A Kadir Jasin, Jeef Ooi, Rocky Bru, Ruhanie Ahmad, Marina A Samad, Sang Kelembai dan Afdlin Shauki

29.7.08

Masjidil Haram Semakin Membesar

video
Bangunan-bangunan kecil di sekitar Masjidil haram sedang diruntuhkan. Tujuannya ialah untuk membesarkan ruang Masjidil Haram. Semakin hari semakin ramai jumlah ummat Islam yang berkunjung ke situ...

LabbaikAllah
Hummalabbaikh
Labbaikala
Syarikalakalabaikh
InnalHamda
Wan niqmata
Lakawalmulk
La syarikallaa...kh.

(...sila ulang sekali lagi dengan hati tulus ikhlas, kosong dari ingatan keduniaan, bahawa aku ini datang kepadaMu Ya Allah...menyahut seruanMu...Sebelum Engkau paksa aku menghadapMu...aku terlebih dahulu datang kepadaMu....hambaMu ini banyak dosa Ya Allah...sesungguhnya aku ini berasa amat malu untuk meminta itu dan ini kepadaMu Ya Allah, lantaran dosa yang banyak itu ya Allah,...apa yang aku ingin minta aku pun tidak tahu Ya Allah...apa yang didoakan oleh nabiMu untuk ummat ini, itulah yang aku minta...apa yang nabiMu minta perlindungan untuk ummat ini, itulah yang aku minta perlindungan dariMu Ya Allah......)

28.7.08

Semangat LOKEN


Hari Minggu di Ipoh tentu lesu jika tiada 'Pekan Loken'. Namanya sudah bertukar Memory Lane tapi ramai yang masih menyebutnya sebagai pekan Loken. (Lam Lock In). Aku pun lebih suka dengan sebutan Loken. Baru-baru ini kawan aku dari KL tekejut sontot apabila datang ke Loken. Unik dan Panik katanya. Unik kerana mendapati barang-barang antik banyak dan murah. Panik kerana duit bawak sikit, tak dapat beli banyak barang. Beliau ke sana atas tujuan mencari prop untuk pengambaran drama era 70an. Banyak juga barang yang diperolehinya. Apatah lagi setelah beliau berjumpa otai Loken Tn Hj Musa selaku pengerusi penjaja Loken di situ. Lagi sekali kawan aku tu terkejut sontot apabila Hj Musa bawak dia ke rumah dan stornya yang berlori-lori simpanan barang antik. Jadi mudahlah kerja kawan aku tu. Kaki-kaki antik di KL semuanya dah kenal Loken. Walaupun mereka ada Pasar karat Amcorp Mall tetapi tak setanding Loken yang jauh lebih meriah dan murah.Mereka sentiasa merindui Loken.
Loken memberi semangat kepada bandaraya Ipoh, dan 'hidup'lah hari minggu bagi bagi penduduk sekitar dan para peminat barang antik.
Raduan-Shamelin Perkasa

27.7.08

Marilah kito bermuzakaroh...



Hey adik abe, kakok mokcik semuo...maghilah kito dok bermuzakaroh..tok kigho parti cap apo..agar kito umat Melayu di Malaysia ini buleh bersatu. Apabilo kito bersatu makonyo musuh kito segalo syaite de iblih, kapir de yahudi dapat kito tentenginyoooor!! Sebate lidi mudoh dipatoh, ake tetapi segengge lidi hok doh jadi penyapu tok mudoh dipatohkeeee !!Bah kan buleh pulok menyapu segalo sampoh-sampoh supaya persekitere jadi bersihhhh...

-raduan norudin-
shamelin perkasa

Lukisan lantai

video
Lukisan lantai

26.7.08

1 week wall painting

video

Pra sekolah SKSBU juara Tarian Rampai

Hari ini berlangsung Karnival Pendidikan Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Utara. Anak saya, Intan (Sufia) masuk pertandingan Tarian Rampai bersama 9 lagi murid yang lain. Mereka menjuarai pertandingan tersebut. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kak Su yang mengajar tarian, Cikgu Shreen, Cikgu Fauziah, Kak Ana dan lain-lain staff yang membimbing kanak-kanak Pra Sekolah di SKSBU. Sekolah ini juga mendapat tempat pertama bagi jumlah markah keseluruhan. Tak lama lagi akan bertanding di peringkat zon pula.....

25.7.08

Anugerah Media Islam Negara

Semalam 24 Julai 2008 telah berlangsung Anugerah Media Islam Negara (AMIN), di PICC, Putrajaya. Aku Pereka Set yang dipertanggungjawab untuk merekabentuk pentas. Sebelum rekaan dimulakan aku datang 'recce'. Agak tergamam juga apabila aku mendapati Dewan Plenary, PICC ini pentasnya kecil memanjang. Saiznya aku anggarkan 80'x30'. Ini menyebabkan rekaan set akan menjadi sukar. Sebagai Pereka Set aku perlu mengambil kira rekaan yang berteraskan 'siaran tv'. Live RTM1. Angel kamera pun tidak begitu menarik di dewan ini. Begitu juga kerja-kerja teknikal seperti lampu, sukar kerana pekerja terpaksa mengangkut segala perkakas dari aras bawah ke tingkat 4 dengan menggunakan lif. Namun segalanya dapat berjalan sehingga ke hari 'siaran langsung' walaupun aku mengagak ianya bukan suatu rancangan yang dapat menarik minat penonton. Programnya agak hambar. Tetapi Shamsul ghau-ghau, Fahrin, Dr Fazley dan Wan dapat menghiburkan penonton di dewan dan juga di rumah dengan telatah spontan mereka.

24.7.08

Ekonomi Negara Semakin Teruk?

Aku tak tahu ekonomi macam profesor-profesor. Cuma nak kongsi sikit pengalaman kontraktor Melayu yang aku sempat berbual 2-3 hari sudah. Katanya sekarang susah dapat job dengan kerajaan. Dulu selalu ada sekarang kalau ada pun job kecil-kecil sahaja. Itu pun siap dengan potongan 10%. Dari mana dapat arahan potong 10% dari harga asal tak tahulah aku. Nampak sangat kelam kabut ekonomi kita sekarang. Rakan tadi mengeluh dengan kenaikan harga barang selepas kenaikan harga minyak. Besi, paku papan, kayu semua dah naik bahkan melampau naik 100 %. Kalau dulu katanya harga paku RM34 sekotak sekarang dah jadi RM68. Mengeluh dia. Yang seronoknya kerajaan kita kata akan kawal kenaikan harga barang lain selepas harga minyak naik. Mana pergi 'pengawal-pengawal' tu. Peniaga dok naik sesuka hati harga barang, sapa pun tak boleh buat apa. Dahlah job tak ada, kena potong 10% lagi. Memang ada kemungkinan ekonomi negara semakin merudum. Tengoklah nanti.

Harga barang naik memang masalah
Kalau 'barang' naik ,ituu...tandanya sihat wal afiat.

23.7.08

Kita kreatif

video

Kadangkala kita tidak menyedari di dalam diri kita ada banyak bakat-bakat yang hebat. Tuhan maha adil dan pasti memberi setiap orang ada kelebihan tersendiri. Sayanglah!! kalau ada manusia selama hidupnya tidak menjumpai kehebatan dirinya. Orang begini akan ketinggalan. Hanya menjadi pak turut sahaja.

Elaun perbatuan naik?!..

Tiga empat hari ini aku berulang alik dari KL ke Putrajaya kerana menyiapkan set Anugerah Media Islam Negara di PICC, Putrajaya. Aku bukan nak cerita pasal set. Aku cerita pasal perjalanan. Dari KL ke Putrajaya jarak perjalanan lebih kurang 45 km. Pergi dan balik dalam 90km . x 4 hari=360km. 360 x 0.70 =RM252. Sekarang ,dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi rasa tidak berbaloi bagi aku kakitangan awam untuk bertugas di luar pejabat dengan menggunakan kereta sendiri. Harap elaun perbatuan dapat ditingkatkan lagi jumlahnya kerana kami penjawat awam sekarang ini berasa tidak selesa untuk bertugas di luar pejabat. Apabila mood bekerja hilang maka hasilnya ialah produk yang tidak berkualiti.