25.7.08

Anugerah Media Islam Negara

Semalam 24 Julai 2008 telah berlangsung Anugerah Media Islam Negara (AMIN), di PICC, Putrajaya. Aku Pereka Set yang dipertanggungjawab untuk merekabentuk pentas. Sebelum rekaan dimulakan aku datang 'recce'. Agak tergamam juga apabila aku mendapati Dewan Plenary, PICC ini pentasnya kecil memanjang. Saiznya aku anggarkan 80'x30'. Ini menyebabkan rekaan set akan menjadi sukar. Sebagai Pereka Set aku perlu mengambil kira rekaan yang berteraskan 'siaran tv'. Live RTM1. Angel kamera pun tidak begitu menarik di dewan ini. Begitu juga kerja-kerja teknikal seperti lampu, sukar kerana pekerja terpaksa mengangkut segala perkakas dari aras bawah ke tingkat 4 dengan menggunakan lif. Namun segalanya dapat berjalan sehingga ke hari 'siaran langsung' walaupun aku mengagak ianya bukan suatu rancangan yang dapat menarik minat penonton. Programnya agak hambar. Tetapi Shamsul ghau-ghau, Fahrin, Dr Fazley dan Wan dapat menghiburkan penonton di dewan dan juga di rumah dengan telatah spontan mereka.

No comments: