31.7.08

Blog (set untuk tv)





Rekaan bagi set BLOG rtm1, sedemikian rupa bertujuan memberi tumpuan khusus kepada 2 individu di dalam set iaitu pengacara dan tetamu (bloger). Sedikit imej dan nama-nama bloger yang terdapat di Msia seperti Kickdefella, Sang Kelembai, Disquiet, Tok Mummy, Screenshot dan sebagainya bertujuan memimpin penonton mengenali rancangan tersebut. Material velvet hitam sengaja digunakan supaya biasan lampu dalam studio tidak memantul. Tetapi kawan aku, Din Karkun kata . "Gelap aje set ko...macam dalam kubor.". Aku jawab."Ok le tu..kurang-kurang dapat menyedarkan ko dan aku tentang 'tempat'yang kita akan pergi, pasti, tak syak lagi..." Apapun bloger yang telah menggunakan set tersebut termasuklah A Kadir Jasin, Jeef Ooi, Rocky Bru, Ruhanie Ahmad, Marina A Samad, Sang Kelembai dan Afdlin Shauki

10 comments:

kamal sabran said...

dah on ke rancangan ini di tv?

Raduan said...

Setiap Ahad . 8.40 mlm

Raduan said...

rtm1

Raduan said...

http://www.youtube.com/watch?v=2TogSa3763A&feature=related

lihat raja petra dlm rancangan BLOG

kejor yop kejor said...

yop raduan..

teman nengok dalam biodata deme ade tulis 1990-1992 PENJARA TAIPING..

deme keroje di situ atau deme dipaksa duduk di situ?

Raduan said...

Masuk penjara 2 tahun setengah...menjaga dan dijaga!
Menjaga banduan dan dijaga pegawai atasan...

kejor yop kejor said...

ooo...kira deme ni BEKAS WARDEN PENJARA la ye..menarik kerjaya tu..kenapa tak diteruskan?

maknanya deme sempat le menjaga pak rashid tu ye..

kejor yop kejor said...

cantik set rancangan BLGO tu..punya kelainan yang amat diperlukan oleh RTM selama ini..

cumanya paparan nama2 blog pada gobo tu takde nama bolg SUTERA MALAYA..kenapa?

satu lagi, memandangkan deme dah bergelar HOST BLOGGER ni, bila RTM nak jemput deme untuk jadi tetamu dalam rancangan BLOG tu?

R@duan said...

Gobo?

kejor yop kejor said...

GOBO la nama dia kan?

saya ada kenalan yang berkhidmat dalam bidang penyiaran..dia kata dinding yang menjadi latar belakang sesebuah set tu namanya GOBO..kenapa? tak betul ke sangkaan saya ni tuan r@duan?