29.7.08

Masjidil Haram Semakin Membesar

video
Bangunan-bangunan kecil di sekitar Masjidil haram sedang diruntuhkan. Tujuannya ialah untuk membesarkan ruang Masjidil Haram. Semakin hari semakin ramai jumlah ummat Islam yang berkunjung ke situ...

LabbaikAllah
Hummalabbaikh
Labbaikala
Syarikalakalabaikh
InnalHamda
Wan niqmata
Lakawalmulk
La syarikallaa...kh.

(...sila ulang sekali lagi dengan hati tulus ikhlas, kosong dari ingatan keduniaan, bahawa aku ini datang kepadaMu Ya Allah...menyahut seruanMu...Sebelum Engkau paksa aku menghadapMu...aku terlebih dahulu datang kepadaMu....hambaMu ini banyak dosa Ya Allah...sesungguhnya aku ini berasa amat malu untuk meminta itu dan ini kepadaMu Ya Allah, lantaran dosa yang banyak itu ya Allah,...apa yang aku ingin minta aku pun tidak tahu Ya Allah...apa yang didoakan oleh nabiMu untuk ummat ini, itulah yang aku minta...apa yang nabiMu minta perlindungan untuk ummat ini, itulah yang aku minta perlindungan dariMu Ya Allah......)

6 comments:

kamal sabran said...

salam,
jom loken lah.
lama tak jumpa ko nih

Raduan said...

Salam kembali Kamal Sabran
Lama tak ke loken..
Sibuk no kat sini..kl
Ko ada projek hebat nampak..
Cayalah..

Raduan, Shamelin Perkasa

Raduan said...

Bangga aku ada kawan-kawan yang hebat

hamba Allah said...

Teringin benar nak ke baitullah.. kalau diizinkan Allah..ingin mati di hadapan kaabah..

R@duan said...

hamba allah

Bagi sesiapa yang sudah pergi ke Baitullah tentu masih terngiang-ngiang diingatan, pasti lambaian Kabah memanggil-mabggil. tak hairan kalau ada orang yang sanggup berulang kali ke sana. Semasa saya pergi Umrah pada bulan Mac tempohari, satu keluarga polis (suami isteri, seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki) ikut rombongan saya. Itu adalah kali keempatnya ke Makkah/Madinah semenjak 2004. Subhanallah, beliau dikurniakan izin dari Yang maha Kuasa untuk sampai beribadat di Bumi Para Anbia. Azamlah untuk ke sana.
Umrah atau pun Haji.Semoga diberkati.

hamba Allah said...

bertuah tuan kerana telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi yang paling suci itu..

InsyaAllah..saya sekeluarga akan menyusul..doakan agar impian kami menjadi kenyataan..