28.7.08

Semangat LOKEN


Hari Minggu di Ipoh tentu lesu jika tiada 'Pekan Loken'. Namanya sudah bertukar Memory Lane tapi ramai yang masih menyebutnya sebagai pekan Loken. (Lam Lock In). Aku pun lebih suka dengan sebutan Loken. Baru-baru ini kawan aku dari KL tekejut sontot apabila datang ke Loken. Unik dan Panik katanya. Unik kerana mendapati barang-barang antik banyak dan murah. Panik kerana duit bawak sikit, tak dapat beli banyak barang. Beliau ke sana atas tujuan mencari prop untuk pengambaran drama era 70an. Banyak juga barang yang diperolehinya. Apatah lagi setelah beliau berjumpa otai Loken Tn Hj Musa selaku pengerusi penjaja Loken di situ. Lagi sekali kawan aku tu terkejut sontot apabila Hj Musa bawak dia ke rumah dan stornya yang berlori-lori simpanan barang antik. Jadi mudahlah kerja kawan aku tu. Kaki-kaki antik di KL semuanya dah kenal Loken. Walaupun mereka ada Pasar karat Amcorp Mall tetapi tak setanding Loken yang jauh lebih meriah dan murah.Mereka sentiasa merindui Loken.
Loken memberi semangat kepada bandaraya Ipoh, dan 'hidup'lah hari minggu bagi bagi penduduk sekitar dan para peminat barang antik.
Raduan-Shamelin Perkasa

8 comments:

Hamidon Ahmed said...

Hari minggu yang sudah, Mail & Edel gi loken. Mael tgh collect pembuka botol. Byk jugak dia ada. Petang tu baru jumpa kat Studio Amin. lepak sampai senja. bila balik ipoh bagitau rr...

Raduan said...

Mail jadi collector pembuka botol? lepas ni kita panggil dia
Mail Pembotol....ha...ha...ha

kejor yop kejor said...

teman org perak..tapi tak penah dengor pasal LOKEN..kat mana tu? apa yang speselnya LOKEN tu? kalau LOKAN tau le teman..

putrizmia said...

aduh,malunyer org Perak tak tau pasal loken.....yeop2

loken ni dh lama ar sejak teman berada di bangku sekolah lg..ayah dan abang teman selalu pegi tiap2 pg ahad..mcm2 brg antik ada ar kat loken tu...sampai Dr.Tengku Ismadi pakar motivasi tu selalu pegi ngan ayah teman...teman caya lah ork kay el pun leh suka gi loken...

bangganyer jd org IPOH hehehe

Raduan said...

Kepada Kejor Yop Kejor

Loken ialah pasar karat hari Ahad di tengah-tengah pekan Ipoh.Berdekatan kedai gambar Chan Sam Lok. Bermula jam 7.00 pagi hingga 12.tgh. Sekarang telah ditukar nama Memory Lane. Jika saya balik ke Ipoh, pasti saya akan kesana, dua tujuan. 1) Exercise, kawasan niaga ini luas dan panjang, baik untuk jalan-jalan dan mengeluar peluh. 2)Beli barang yang bekenan. Bawalah rakan-rakan ke Loken, pasti yang belum pernah datang akan terjezut..

kejor yop kejor said...

ooo...kira loken ni tempat jual benda2 pelik dan antik la ye.. macam yang dekat stadium penang la tu...

jangan la marah..teman tak tau..walaupun teman ni org perak tapi teman tak suka bejalan..kalau balik ke simpang pulai tu,teman lagi banyak duduk romah je..maklum le..anak dara pingitan..he..he..

kalau begitu boleh le teman jengok2loken tu bila balik sana nanti..nak cari lampu ajaib aladdin..kalau ada teman nak beli..senang la teman mintak jin dalam lampu tu supply petrol hari2.. jimat belanja..

putrizmia said...

laaa..yeop oi ada ke teman marah..xper sekurang2nyer ko x tau pun tp ada gak rasa nk amik tau kan...aku suker tu..jgn x tau dh tu maleh lak nk amik tau lgsg tu kira dh parah....so yeop dh tau apa laie lps ni kalau balik simpang pulai tu jengah2 ler loken tu ek....hehehe jgn lak asyik nk jd ank dara pingitan yg x tau isu semasa..hehehehe
jgn mareeeee.....

dina said...

teman memang gemor ke loken... sonok tengok barang2 antik ni. kalau kat PJ ni pegi amcorp mall tapi tak setanding dgn loken kita yeop! meriah n murah. minggu ni teman berhajat nak balik bt gajah, buleh le teman nyinggah!