30.8.08

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Dipetk dari 'Fadhilat Ramadhan'

28.8.08

Jalur Gemilang..

cara saya.



Tahun ini saya tidak lagi meletak bendera di atas kereta. Bukan kerana apa. Saya tidak sanggup lagi melihat Jalur Gemilang jatuh bersepah-sepah di sepanjang lebuhraya tatkala pulang ke kampung. Ketika ide awal yang di anjurkan oleh kerajaan, 5 tahun lalu , ramai yang teruja dan menyambut baik kempen kibar jalur gemilang di atas kenderaan. Tetapi sedihnya kualiti pelekat bendera yang rendah membuatkan ia tercabut dan jatuh tergolek/terbang melayang/ di atas jalanraya. Dilanggar dan digelek oleh segenap kenderaan yang lalu lintas. Tiada dipedulikan sesiapa. Sehinggalah ia hancur berkecai, terbiar berpanas dan berhujan. Menjadi habuk. Datang angin menyapu habuk Jalur Gemilang hingga hilang dari pandangan.

Saya tidak meletakkan Jalur Gemilang di atas kenderaan bukan bererti saya tidak patriotik. Tidak sayang negara. Tetapi kerana saya terlalu kasih dan kasihankan negara. Sudahlah negara dihimpit berbagai karenah politik yang menyesakkan. Ekonomi yang merudum. Jenayah meningkat dan macam-macam lagi. Jangan pula kita menjadi sebahagian daripada orang yang 'menjatuhkan jalur gemilang'.

27.8.08

Janji Anwar

Kalau ditakdirkan Tok Sheikh dapat bertugas di Putrajaya, jangan lupa pula janji-janji yang diberikan kepada rakyat ketika PRU12 tempohari

26.8.08

Keputusan PRK Permatang Pauh

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

—BERNAMA

21.8.08

31 Ogos 57 Malaysia Merdeka

Saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Sheih Kickdefella adalah di antara blogger yang saya minati. Beliau ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada pucuk pimpinan negara kita, lantaran itu beliau sanggup menterbalikkan bendera Malaysia sebagai protes. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang marah-marah dan terguris di hati. Saya sekadar ingin membetulkan semula bendera tersebut kerana saya mampu berbuat demikian. Namun, Kita akan dapati pula Sheih dalam keadaan tertonggeng kepala ke bawah. Itu tidak mengapa. Kerana beliau tidak akan marah dan tidak akan terguris di hati.
p.s: aku neutral

Drama Pentas di UM

Pementasan 'Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun',
di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

25-29 Ogos 2008, 8.15 malam.


Tiket boleh ditempah mulai sekarang melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331


produser: HAMZAH AMIR +60172052409


SAIFUL DIWAN di +60175331002.

17.8.08

Semoga berbahagia







Kepada Rosman & Shida, selamat melayari dunia rumahtangga. Dalam 'dunia rumahtangga'ini, ada banyak 'rasa'. Ada rasa manis, masin, pahit, kelat,macam-macam lagi. Hidup berdua bererti 'dua corong rezeki' dari Allah swt telah kalian miliki. Jika dapat anak bertambahlah 'corong rezeki' yang dimiliki....
Tahniah.

15.8.08

Step by step

Ilustrator / designer En Nik Zulkifli Bin Nik Hitam @ Ayohnik sedang menyiapkan lakaran dalam masa 3 minit.

14.8.08

Semua Kunci Peti Kebal Akan Ditukar...?


Berita akhbar hari ini. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, mengarahkan semua kunci peti besi yang terdapat di balai polis seluruh negara ditukar dengan segera. Ini angkara beberapa kes di Johor dan Negeri Sembilan yang mana peti besi dalam kawalan polis pun berjaya dibolosi oleh penjenayah. Penjenayah sudah tentu dikalangan 'orang dalam'. Siapa pulak yang berani masuk ke dalam balai polis untuk mencuri isi kandungan peti besi tersebut? Yang membuat saya hendak ketawa sangat ni ialah apa kena pulak sang kunci yang hendak ditukar. Agaknya zaman sekarang ni semua tak boleh dipercayai termasuklah kunci. Perlu diingat, untuk menukar kunci bagi seluruh negara adalah memerlukan belanja yang besar. Siapalah agaknya yang untung? Tauke kunci? atau..........

11.8.08

Lagu Buat Rosman

videoLagu ini ditujukan khas buat En Rosman Abdullah. Daripada: Raduan Aslinda Muhammad Nur Eiszlam Nur Syuhada Sufia

Sculptor Zainuddin Abindinhazir



Zainuddin Abindinhazir, no 2. dari kiri ketika pameran ILHAM II yang dilancarkan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin
............................................

Sahabat saya Zainuddin Abindinhazir, telah melalui pelbagai jerit perih, turun naik dalam bidang yang beliau pilih untuk mengharungi hidupnya iaitu bidang seni. Beliau pernah terlibat dalam perusahaan senihalus dengan membuka syarikat rekabentuk barangan kemas dan rekabentuk lanskap. Atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan perusahaan tersebut ditinggalkan. Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah senihalus di Universiti Pendidikan Sultan Idris, masih degil tidak lari dari bidang seninya. Memiliki Ijazah Sarjanamuda senihalus (logam) dari UiTM, Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni dan Sarjana Pendidikan Seni dari UPSI. Khabarnya tidak lama lagi akan (sedang?) menyambung pendidikannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketika saya sempat bersama beliau di UPSI, saya amat rapat dengannya. Bahkan kami pernah duduk di bilik yang sama. Tentu beliau ingat lagi lagu yang saya selalu dendangkan untuk mengejutkan beliau disubuh hari iaitu...hidup ini bagai lampu dinding...dan...sepohon kayu daunnya rimbun...Kami saling mengagumi bakat yang ada. Kerja tangan Zainuddin sangat halus. Taat kepada pensyarahnya. Mengorbankan masa dan keluarga untuk menyiapkan assigment. Tidak ada pensyarah yang sanggup (sepatutnya) memberikannya markah selain A kerana dia memang tip top. Saya masih ingat lagi Zainuddin, Saribunis dan saya di ambil oleh pensyarah En Roskang Jailani membantu pelatih baru dalam Lukisan Asas. Pada ketika itu pelatih terlalu ramai dan tenaga pensyarah tidak mencukupi . Kadar RM15 sejam amat kami hargai.

Baru-baru ini beliau mengadakan pameran di Pelita Hati. Sungguh bangga saya sebagai kawan apabila dikhabarkan semua karyanya di beli. Sebenarnya dari dahulu lagi saya sudah melihat dan menduga Zainuddin amat berpotensi sebagai sculptor besar. Hanya masa yang akan menentukan bila beliau akan meletup-letup. Apabila kita bekerja keras Allah akan berikan hasil. Sekali sekala apabila balik ke Ipoh saya singgah di Tanjung Malim berjumpa dengannya dan melihat banyak arca yang telah siap dan dalam pembinaan. Semuanya akan dipamerkan dan terjual tidak lama lagi.

Semoga suksess selalu bro...

8.8.08

08.08.08

Olang Cina kata maanyak ong ooo. Itu pasat sukan Olimpik Beijing dia start 08.08.08. Ini hali laa... Itu saya punya kawan, manyak sudah pegi China, bikin liputan untuk sukan sanaa... Apa pun, wa ucapkan silamat maju jaya kepada atlet-altlet dari negara gua yang tercinta, Malaysia...

5.8.08

Yang paling jahat ialah Melayu....?

video

Iklan Komando Di Raja United Kingdom memaparkan Melayu sebagai yang paling jahat dalam dunia. Apakah team produksi bagi iklan tersebut habis 'pikiaq' sebelum membuat iklan tersebut. Mereka memaparkan seorang lelaki berwajah Melayu yang sangat buruk seperti gengster, muka bercalar sana sini sedang memberitahu kepada dunia 'akulah yang paling jahat dalam dunia ini...'. Lelaki tersebut baru sahaja mengamok dan berjaya menembak jatuh sebuah helikopter (hebat jugak dia niii...) Melayu yang sedikit buncit itu tidak takut walaupun sekuman. Malah terus mara ke hadapan tanpa berfikir....(seperti tiada otak lagaknya)

1) Dari mana mereka (United Kingdom) mendapat maklumat bahawa Melayu adalah yang paling jahat dalam dunia.?
- Mungkin dari kisah seorang wanita warga asing mati diletupkan sehingga berkecai...
- Mungkin kerana mereka mendapati Melayu tidak menepati janji sehingga ada ungkapan 'janji Melayu..'

2) Mengapa memilih pelakon Melayu dan berbahasa Melayu.?
- Mungkin krew produksi di biayai oleh musuh Melayu
- Mungkin krew kreatif adalah Melayu sendiri , saja suka-suka menghasilkan karya kontroversi

Apa pun imej Melayu sudah tercemar di mata dunia angkara iklan tersebut tak kiralah kamu dari parti cap apa Umno, Pas, PKR atau sebagainya.

Terapi Nyanyi

Semua orang boleh nyanyi untuk menghiburkan diri sendiri. Samada sedap atau tidak itu bukanlah ukuran. Yang penting sipenyanyi boleh melepaskan 'luahan rasa'. Jika dikurniakan dengan kebolehan bermain alat muzik dan suara yang sedap, itu satu kelebihan, boleh menghiburkan orang lain pula. Menyanyi adalah terapi....
video

3.8.08

Rempit ialah suatu seni...

video
Mesti ramai yang bersetuju dengan saya. Rempit pacak adalah suatu seni yang bernilai tinggi. Lagi jauh boleh pacak, lagi tinggi nilai seninya. Betul ke tu?. Seperti yang diketahui, seni terbahagi kepada dua ,iaitu Seni Rupa (lukisan, ukiran, arca, instalasi,segala macam) dan Seni Persembahan (tarian, nyanyian, teater, bunyian, penerbitan, segala macam). Menurut Shechner, seni persembahan itu boleh juga meliputi aktiviti pemujaan, perayaan, jual beli, sukan, perbomohan dan seumpamanya. Maka itu, Rempit juga boleh di masukkan dalam kategori seni persembahan. Seperti seni lain yang memerlukan bakat tertentu, rempit juga hanya dapat dilakukan oleh pemilik bakat itu sahaja. Bukan semua orang dilahirkan boleh melukis begitu juga bukan semua orang dilahirkan dengan bakat merempit. Seperkara lagi ialah persembahan mereka ini sungguh ikhlas sekali. Tiada tiket dan bayaran dikenakan. Berbanding jika tuan-puan ingin menonton seni persembahan Siti Nurhaliza atau menontong wayang gambar Fasha Sandha sudah tentu akan dikenakan bayaran. Lihatlah mereka mengimbang mesin dan badan dengan baik sekali. Audio yang tersendiri. Kadangkala kita dapat melihat seni bunga api dari geseran motor dengan jalanraya. Sudah sampai masanya kita melihat sumbangan mat rempit ini membangunkan seni persembahan dalam negara kita, dan boleh di usahakan sebagai acara tahunan seperti acara Rodeo di Sepanyol. Kalau dunia menerima Rodeo sebagai seni persembahan yang unik, mengapa tidak boleh menerima Rempit. Pengajian Seni oleh UiTM, UPSI, UM, UMS dan USM boleh memulakan kajian mendalam bab ini. Tenaga pakar seperti para profesor diharap dapat membantu. Mungkin suatu masa nanti mat rempit ini akan dicatat ke dalam catatan seniman yang mempelopori seni persembahan unik dalam negara tercinta ini. Tidak terlampau jika di bayangkan suatu masa nanti, kalangan mat rempit ini mendapat gelaran terhormat seperti gelaran Dato atau Anugerah Seniman Negara seperti yang telah di miliki oleh Rahman B, Ahmad Nawab, Syed Ahmad Jamal dan sebagainya. Mungkin idea ini gila pada ketika ini, tetapi menjadi kenyataan suatu masa nanti apabila kita mula menggalakkan rakyat negara kita berfikir di luar lingkaran biasa.... Secara peribadi saya ingin mendengar dan melihat karya seni yang paling hebat di abad ini terus berkembang dan diterima baik oleh masyarakat.