8.8.08

08.08.08

Olang Cina kata maanyak ong ooo. Itu pasat sukan Olimpik Beijing dia start 08.08.08. Ini hali laa... Itu saya punya kawan, manyak sudah pegi China, bikin liputan untuk sukan sanaa... Apa pun, wa ucapkan silamat maju jaya kepada atlet-altlet dari negara gua yang tercinta, Malaysia...

10 comments:

bekas atlet said...

sungguh bersejarah... majlis perasmian akan diadakan tepat jam 8 malam, 8 minit, 8 saat pada 8hb 8 2008

harap2 atlet malaysia dapat bawak balik 8 emas, 8 perak dan 8 gangsa...

aku bukan M said...

tuan raduan...

amboi...bukan main cadangan deme dalam blog kementerian penerangan...kenaikan pangkat PTD disarankan dibuat setiap tahun..maknanya PTD nak pangkat tiap2 tahun tapi staff yang lain hanya naik pangkat selepas service 20 tahun...

kalau le diterima cadangan deme tu maknanya tak merase le teman naik pangkat sampai pencen sebab teman bukan skim M..

ps-deme B atau M?

R@duan said...

aku bukan m

saya B, tapi jelous kat kawan saya yang M. Kami sama-sama masuk U 1999-2002.(cuti belajar separuh gaji). Habis belajar dia dapat M41.. Baru kerja tak sampai 4 tahun dia dapat M44...sekarang.. Agaknya dah M48 dia tuu...

Kalau Paklah yang tengok blog aku ni, tentu dia kata "besyukurlah apa yang adaaa..."

aku bukan m said...

tuan raduan...

memang betul la apa yang dikatakan oleh pak lah tu..kita kena sentiasa bersyukur..

cumanya..saya ni dah lama bergelumang dengan dunia gomen ni tapi sampai hari ni saya tak nampak apa benda yang penting sangat pada jawatan M tu sehinggakan frekuensi kenaikan pangkatnya amat tidak sekata dengan jawatan2 yang lain...

bukan la nak membangga diri..jauh sekali riak..cuma kalau dihalusi bidang tugas dan cara kerja puak2 M tu, rasanya kita2 ni pun boleh buat..malah boleh buat dengan lebih baik lagi...

apa pandangan tuan?

R@duan said...

Saya terkenangkan sahabat-sahabat saya di Penjara dan Kementerian Kesihatan. Ada yang dah mencecah 20tahun servis, tetapi duduk di takuk itu lagi. Hampir 20 orang Pereka B17 di K.Kesihatan sudah lebih 16 tahun bekerja. Tapi tak bergerak-gerak untuk kenaikan. Apa ni?. Macamana staf nak bermotivasi bekerja!

aku bukan m said...

dalam dunia yang penuh kepincangan hari ini, banyak ketidakadilan berlaku..termasuklah dalam hal ehwal kenaikan pangkat ni..

kalau kita berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak pandai mengampu dan membodek org di atas, maka kita tidak akan ke mana-mana..ini hakikat yang terpaksa kita telan..

apapun..carilah peluang ibadah di dalam setiap ruang..walaupun kita ditindas sebegitu rupa namun masih terbuka ruang untuk ibadah.. bekerjalah dengan penuh KEIKHLASAN walaupun dalam situasi yang sukar.. kerana IKHLAS merupakan satu2nya benteng yang tidak dapat ditembusi oleh IBLIS dan tentera2nya..

wallahualam..

R@duan said...

thanx bro..
kadang2 bila emosi menguasai ,kita
kita hilang akal budi.Ikhlas yang ditanam dalam hati, Jadi benteng diri. Wahai jiwa, hati dan nurani. Ingatlah akan mati. Yang akan dipersembah pada Ilahi, bukan harta berpeti-peti.Bukan pangkat menguasai bumi. Cuma Iman sejati, Amalan yang murni. Jadi taruhan nanti, bertemuMu Ilahi.

aku bukan m said...

huh..

tuan memang org seni sejati..

dalam berdakwah pun ada puitisnya..

ingin jadi atlet said...

BERITA BAIK DARI BEIJING!!!

Malaysia telah dianugerahkan 3 emas iaitu EMAS 916, EMAS POUND & EMAS KELANTAN...

Walau bagaimanapun emas tersebut akan hanya diserahkan selepas atlet kita pulang ke tanah air dan upacara penyerahan emas tersebut akan diadakan oleh kementerian bertanggungjawab dengan kerjasama POH KONG, WAH CHAN dan TOMEI..

TAHNIAH MALAYSIA!!!

bekas atlet said...

ternyata LIN DAN atau nama sebenarnya 'KeLINDAN Lori' sukar untuk dijinakkan oleh Lee Chong Wei..maka tak merasa la Lee Chong Wei akan wang habuan RM1juta tu..

tapi apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..at least wang rakyat sebanyak RM1juta tu dapat dikembalikan semula kepada fakir miskin yang lebih berhak..

MALAYSIA BOLEH!!!