21.8.08

31 Ogos 57 Malaysia Merdeka

Saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Sheih Kickdefella adalah di antara blogger yang saya minati. Beliau ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada pucuk pimpinan negara kita, lantaran itu beliau sanggup menterbalikkan bendera Malaysia sebagai protes. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang marah-marah dan terguris di hati. Saya sekadar ingin membetulkan semula bendera tersebut kerana saya mampu berbuat demikian. Namun, Kita akan dapati pula Sheih dalam keadaan tertonggeng kepala ke bawah. Itu tidak mengapa. Kerana beliau tidak akan marah dan tidak akan terguris di hati.
p.s: aku neutral

12 comments:

rahmanraof said...

mmg tak patut tul..panas je aku ngk berita semalam..patut kena buang daerah tu..eh bukan..buang negara...

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

lucu ada. sekarang nie kita harap keputusan Permatang Pauh juga TERBALIK dari kubu kuat PKR kepada kubur PKR ...

urib akas gnas said...

apa la kita ni..

org nak terbalikkan bendera, kita susah hati

tapi akhlak anak2 kita hari ni yang semakin terbalik, takde pulak kita susah hati..nampak rilek je kita2 ni...

Anonymous said...

yang paling tersinggung ialah pencipta bendera ni. idea yang sekian lama menyemarakan semangat perjuang kemerdekaan dan kemajuan, dihina sebegitu rupa. nanti ada le pulak yang tukarkan bulan dan bintang tu!!!

bukan si pencipta bendera said...

bagus la kalau kita ada usaha untuk jaga tingkah laku kita untuk tidak menyinggung perasaan sesama manusia khususnya si pencipta bendera tu..

tapi apa pulak usaha kita dalam menjaga tingkah laku kita agar tidak menyinggung perasaan Si Pencipta yang mencipta si pencipta bendera yang juga merupakan Si Pencipta kita semua ni?

kepada kita semua, pada malam kita menyambut kemerdekaan ke 51 nanti iaitu ketika kita sedang mendongak ke atas melihatkan JALUR GEMILANG kita dinaikkan dalam keadaan yang bukan terbalik, jeling2 la ke sekeliling kita..perhatikan kelakuan anak muda kita..jangan sampai akhlak mereka tunggang terbalik seperti urib akas gnas tu kata sudah la..kita khuatir kalau2 Si Pencipta yang mencipta si pencipta bendera yang juga merupakan Si Pencipta kita semua ni akan terbalikkan bala ke atas kepala kita..

abikhsan said...

Baru tahun ni bendera terbalik dah kecoh, nak buang daerah la, negeri la... Yang akhlak anak muda kita tonggang terbalik, pemimpin yang kencing berdiri, dah macam2 lagi aktiviti songsang, takde pulak nak berkerut dahi pikir.

Minta agar sambutan merdeka tahun ni dibatalkan terus coz only a day before Ramadahan. Batalkan saja juga boleh save duit tax payor.

mangsa curi said...

sebut pasal akhlak org kita yang dah makin tunggang terbalik ni, aku nak kongsi satu pengalaman ngeri yang terjadi ke atas diri aku sebentar tadi..

aku solat jumaat di masjid muhammadiah, angkasapuri..sebelum solat, aku gantikan seluar aku dengan kain pelikat..seluar sangkut kat tempat penyangkut di belakang..mula2 aku di saf belakang tapi biasa la..bila nak mula solat, semua jemaah mula la mengisi saf di depan termasuk la aku..

selesai solat, aku pakai semula seluar tu..aku tengok handphone & duit rm100 dah hilang..

aku tak kesal duit & handphone tu hilang..handphone aku tu handphone pekak..murah je..cuma yang aku kesalkan tu ialah org tu mencuri di dalam masjid..masjid kan rumah Allah..sedangkan di dalam rumah Allah pun dia sanggup buat begitu, inikan pulak di luar rumah Allah..

begitulah parahnya akhlak org kita sekarang..betapa tunggang terbaliknya akhlak mereka..so para pemimpin di atas tu tak payah la nak kecoh2 pasal nak memperbetulkan semula bendera yang terbalik..perbetulkan dulu akhlak rakyat yang dah tunggang terbalik ni..awak tu berkuasa ke atas rakyat..

nanti bila di depan Allah, kita ditanya apakah yang telah kita buat sebagai seorg pemimpin? takkan kita nak cakap AKU DAH BETULKAN BENDERA YANG DITERBALIKKAN TAPI AKU TIDAK BETULKAN AKHLAK RAKYATKU YANG TUNGGANG TERBALIK...

PS-kepada org yang curi harta aku dalam rumah Allah tu, aku doakan agar dia insaf dan menyesali perbuatannya..ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka sehinggalah nyawa sampai di hujung halkum...

Zorro said...

Tindakan bodoh protes dengan terbalikkan bendera Malaysia, dah tua nak mati perangai macam budak tadika, beria-ia sangat protes untuk apa, betul gak kata urib akas gnas, dari membangangkan diri terbalikkan bendera Malaysia, baik fikir penyelesaian nak betulkan akhlak anak-anak kita yang dah semakin terbalik.

bapaknya pun bangang terbalikkan bendera, macam mana la nak betulkan akhlak anaknya yang terbalik...

SEDORLAH AWAK TU DAH TUA NAK MAMPUS...RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI....TAUBAT...LAGI BAIK...JANGAN TAU BUAT JER...

Anonymous said...

apa perasaan bila bendera kita diterbalikkan oleh negara luar . mesti marah kan ? .
kikfelah tu baik berambus je dari malaysia. dia tak layak duduk malaysia ? sebab dan mengapa ??
LU PIKIR LAH SENDIRI !!

perjuanganku said...

inilah yang dikatakan "marahkan nyamuk kelambu dibakar" apa kena dengan bendera. ia sebagai maruah bangsa Malaysia tak kira ape kaum yang ada di Malaysia. nak protes pun gunakan saluran yang lain. kesian kat bendera kita tu.

atReyu stRanGe said...

aku suke gak bc blog kickdefella. tp bab flag terblk ni, mmg x patot la. neways, aku suke plak tgk ko terbalikkan blog dia! haha. and pasti, dia xkan marah. wahaha~

cuma aku rs, JGN LER BIAR MALAYSIAN FLAG PAY FOR OUR MISTAKES. aihhh...

Ayoh Nik said...

saya pun nak komen, tp terpanjang plak komen tersebut...takut terpakai bnyk sgt space kat blog saudara raduan ni saya buat kat blog saya ndri....http://ayohnik.blogspot.com