28.8.08

Jalur Gemilang..

cara saya.



Tahun ini saya tidak lagi meletak bendera di atas kereta. Bukan kerana apa. Saya tidak sanggup lagi melihat Jalur Gemilang jatuh bersepah-sepah di sepanjang lebuhraya tatkala pulang ke kampung. Ketika ide awal yang di anjurkan oleh kerajaan, 5 tahun lalu , ramai yang teruja dan menyambut baik kempen kibar jalur gemilang di atas kenderaan. Tetapi sedihnya kualiti pelekat bendera yang rendah membuatkan ia tercabut dan jatuh tergolek/terbang melayang/ di atas jalanraya. Dilanggar dan digelek oleh segenap kenderaan yang lalu lintas. Tiada dipedulikan sesiapa. Sehinggalah ia hancur berkecai, terbiar berpanas dan berhujan. Menjadi habuk. Datang angin menyapu habuk Jalur Gemilang hingga hilang dari pandangan.

Saya tidak meletakkan Jalur Gemilang di atas kenderaan bukan bererti saya tidak patriotik. Tidak sayang negara. Tetapi kerana saya terlalu kasih dan kasihankan negara. Sudahlah negara dihimpit berbagai karenah politik yang menyesakkan. Ekonomi yang merudum. Jenayah meningkat dan macam-macam lagi. Jangan pula kita menjadi sebahagian daripada orang yang 'menjatuhkan jalur gemilang'.

10 comments:

jawa peranakan said...

condong je nampaknya tiang JALUR GEMILANG tu..silap2 boleh tumbang tu..saya cadangkan tuan tegakkan tiang tu..barulah nampak tegap dan kukuh..barulah lebih CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG..

putrizmia said...

bagus!semangat kemerdekaan!merdeka!merdeka!

-selmt berpuasa!

Ayoh Nik said...

bagus bagus

armmean said...

haah..bagus gak..

jawa peranakan said...

Apakah malam ini..
Kita akan di sini..
Dompet kosong jadi saksi..
Cukup minum di warung kopi..

Jangan sepikan diri..
Bagaikan orang rugi..
Kita bukan kegagalan..
Tak mengunjungi kelab malam..

c/o
Apa enak makan di restoran..
Apa indahnya di kelab malam..

Apa buruknya di warung kopi..
Apa kurangnya minum di sini..

Bagi yang punya uang..
Biarkan dia pergi..
Kemampuan kita hanya di sini..

PENYANYI ASAL : Herman Tino..
PENYANYI TAK ASAL : Sape2 pun boleh..

jawa peranakan said...

datuk syed abdul rahman alhabshi-konsul kehormat mongolia di malaysia turut berkempen untuk BN di permatang pauh..

antara kata2 hikmat beliau ialah "DENGAN KEBIJAKSANAAN SAYA DAN KERAJAAN MONGOLIA,SAYA BERJAYA MELARIKAN KELUARGA ALTANTUYA SHAARIIBUU 1500 KILOMETER DARI KEDIAMAN MEREKA KE SEMPADAN RUSIA"..

timbul beberapa ketidakpatutan :

1. dia seorang penjawat awam..untuk makluman kita semua, penjawat awam TIDAK BOLEH berkempen (atau membantu berkempen atau terlibat dengan mana-mana kempen dalam apa jua cara dan bentuk) untuk mana2 parti politik..ini termaktub dalam PERLEMBAGAAN..perkara berapa aku tak ingat..

2. dia kata "DENGAN KEBIJAKSANAAN SAYA"..amboi..angkuh benar bunyinya..

3. sekiranya tiada sebarang perkara yang perlu disembunyikan, kenapa perlu sorokkan keluarga Altantuya sehingga 1500 km dari kediaman mereka?

haa..siapa nak jawab? abg najib boleh tolong jawab?

Irdina said...

SALAM KEMERDEKAAN...

SEMANGAT MERDEKA TETAP ADA DALAM JIWA MASYARAKAT KITA..CUMA TERPULANG KEPADA SETIAP INDIVIDU UNTUK MENONJOL DAN MENUNJUKKAN SEMANGATNYA ITU DENGAN CARA MEREKA..KERANA MASING-MASING ADA CARA MEREKA SENDIRI..DAN PANDANGAN MEREKA..BEGITU JUA DENGAN POLITIK DI NEGARA KITA..

adik mie said...

puak2 KERIS kata JANGAN CAMPUR ADUKKAN ISLAM DAN POLITIK..

bukan ke Islam itu serba sempurna? maknanya semua perkara ada dalam Islam..baik ekonomi ke..undang2 ke..sains ke..POLITIK ke..

kalau begitu puak2 KERIS bila datang ke parlimen atau pergi melawat kawasan atas nama berpolitik maka mereka itu TIDAK ISLAM ketika itu..sebab Islam ditinggalkan di suatu tempat (mungkin di rumah) ketika itu.. maklum la..tak nak campur aduk Islam & Politik..

kalau la ketika sedang berpolitik itu,Allah cabut nyawa puak2 KERIS tu maka mereka MATI DALAM KEADAAN TIDAK ISLAM la ye? sebab masa itu mereka tidak bawa Islam..maklum la..tak nak campur aduk Islam & Politik..

wallahulam..

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kita kena jadi macam orang Indo. Mereka di mana-mana sayangkan bendera indo raya kerana menganggapnya sebagai maruah. bagi kita bendera ibarat sehelai kain atau kertas yang boleh dibuang saja.

kawaii_desu said...

salam ziarah...

kalau nampak bendera berterabur atas jalan pun biasanya ramai yg buat tak tahu