3.8.08

Rempit ialah suatu seni...


Mesti ramai yang bersetuju dengan saya. Rempit pacak adalah suatu seni yang bernilai tinggi. Lagi jauh boleh pacak, lagi tinggi nilai seninya. Betul ke tu?. Seperti yang diketahui, seni terbahagi kepada dua ,iaitu Seni Rupa (lukisan, ukiran, arca, instalasi,segala macam) dan Seni Persembahan (tarian, nyanyian, teater, bunyian, penerbitan, segala macam). Menurut Shechner, seni persembahan itu boleh juga meliputi aktiviti pemujaan, perayaan, jual beli, sukan, perbomohan dan seumpamanya. Maka itu, Rempit juga boleh di masukkan dalam kategori seni persembahan. Seperti seni lain yang memerlukan bakat tertentu, rempit juga hanya dapat dilakukan oleh pemilik bakat itu sahaja. Bukan semua orang dilahirkan boleh melukis begitu juga bukan semua orang dilahirkan dengan bakat merempit. Seperkara lagi ialah persembahan mereka ini sungguh ikhlas sekali. Tiada tiket dan bayaran dikenakan. Berbanding jika tuan-puan ingin menonton seni persembahan Siti Nurhaliza atau menontong wayang gambar Fasha Sandha sudah tentu akan dikenakan bayaran. Lihatlah mereka mengimbang mesin dan badan dengan baik sekali. Audio yang tersendiri. Kadangkala kita dapat melihat seni bunga api dari geseran motor dengan jalanraya. Sudah sampai masanya kita melihat sumbangan mat rempit ini membangunkan seni persembahan dalam negara kita, dan boleh di usahakan sebagai acara tahunan seperti acara Rodeo di Sepanyol. Kalau dunia menerima Rodeo sebagai seni persembahan yang unik, mengapa tidak boleh menerima Rempit. Pengajian Seni oleh UiTM, UPSI, UM, UMS dan USM boleh memulakan kajian mendalam bab ini. Tenaga pakar seperti para profesor diharap dapat membantu. Mungkin suatu masa nanti mat rempit ini akan dicatat ke dalam catatan seniman yang mempelopori seni persembahan unik dalam negara tercinta ini. Tidak terlampau jika di bayangkan suatu masa nanti, kalangan mat rempit ini mendapat gelaran terhormat seperti gelaran Dato atau Anugerah Seniman Negara seperti yang telah di miliki oleh Rahman B, Ahmad Nawab, Syed Ahmad Jamal dan sebagainya. Mungkin idea ini gila pada ketika ini, tetapi menjadi kenyataan suatu masa nanti apabila kita mula menggalakkan rakyat negara kita berfikir di luar lingkaran biasa.... Secara peribadi saya ingin mendengar dan melihat karya seni yang paling hebat di abad ini terus berkembang dan diterima baik oleh masyarakat.

9 comments:

KAWAN said...

TAHNIAH DI ATAS KELAHIRAN BLOG TUAN NI...SEBAGAI SAHABAT SAYA TURUT BANGGA DI ATAS KOMITMEN TUAN INI...

BILA NAK BUAT MAJLIS PELANCARAN UNTUK BLOG NI? KENA BUAT BESAR2AN MENGALAHKAN PELANCARAN KORIDOR SELATAN, UTARA, TIMUR, BARAT... BARU GRAND... BARU LA BOLEH DIKATAKAN SELARI DENGAN ISLAM HADHARI (ISLAM YANG ADA HAD DAN ADA HARI)...

polis trafik said...

Seperti juga disiplin yang lain, SENI bukan sahaja perlu digunakan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah bahkan juga meningkatkan keimanan kita...

Berdasarkan itu, maka REMPIT ini belum sempurna untuk digelar SENI...REMPIT sekadar mendekatkan diri kita kepada Allah tapi tidak meningkatkan keimanan..

APA? MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TAPI TIDAK MENINGKATKAN KEIMANAN? Macam mana tu? Ye la... Bila dah meREMPIT maka peluang untuk mati tu makin luas.. So... Bukankah MATI itu mendekatkan kita kepada ALLAH...

Persoalannya adakah kita bersedia untuk dekat kepada ALLAH tanpa sebarang iman di dada?

mat rempuh said...

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berguna kepada manusia yang lain..

Maka seburuk-buruk manusia adalah manusia yang langsung tiada guna kepada manusia yang lain..

Jadi apa gunanya MAT REMPIT?

mat lempit said...

Wahai Mat Rempuh..

mat rempit ni punya peranan dan fungsi yang besar kepada masyarakat tau.

1.kerana wujudnya mat rempitlah maka sebahagian besar masyarakat bersatu dan bersetuju sebulat suara mengatakan bahawa golongan ini adalah golongan yang tiada gunanya.

2.kerana wujudnya mat rempit jugalah maka salah satu tuntutan fardu kifayah iaitu menyempurna menguruskan jenazah dapat dilakukan dengan lebih kerap dari semasa ke semasa. ini bermakna pahala yang lebih banyak untuk mereka yang terlibat menyempurnakan fardu kifayah tersebut.

Anonymous said...

setiap yang ada pada tubuh kita adalah pinjaman Allah kepada kita. so bila tiba masanya Dia akan tanya apa kita buat dengan semua perkara tu...

kalau kita kata kita guna kaki, tangan, kepala, mata, akal, bakat dan segala-galanya yang dipinjamkan kepada kita tu buat berdiri di atas motor sambil membahayakan diri sendiri dan orang lain di samping menyakitkan mata dan hati mak bapak, agak2nya apa tindakan Allah lepas tu?

kawan lame said...

bila nak balik kampung yop? musim deroyan dah nak mula ni..

kalu deme nak balik kampung buleh tapi jangan la berdiri ateh moto macam gitu..takut tak sempat merasa deroyan

Raduan said...

Terima kasih kepada pengunjung kerana memberi respon. Kewujudan mat rempit tidak dapat dielakkan lagi. Pada hari ini golongan mereka berkembang dan bertambah banyak. Apakah yang kita hendak lakukan?. Sekadar mencemuh? Membaling mereka dengan kayu? Memberi mereka tazkirah? Muqabalah, Muzakarah dengan mereka? Soalnya siapa yang hendak buat ? Polis, Ibu bapa? Tok Imam, Cikgu Sekolah? Pensyarah universiti?.....habis kita ni buat apa? Mau lari dari tanggungjawab sebagai masyarakat? Kita (saya) belum pun buat apa sebenarnya dalam menangani gejala rempit ini....sungguh kasihan kepada saya kerana tidak mampu berbuat apa-apa membantu mereka.

polis trafik said...

Membantu mereka satu perkara. Adakah mereka mahu dibantu satu perkara yang lain.

Bagus kalau kita ada masa untuk bantu mereka.

Tapi rasanya lebih baik kita beri keutamaan kepada orang yang nak dibantu. cth : anak yatim, student sekolah pondok, musafir di jalan Allah.

Ayoh Nik said...

dunia ni dah makin kronik
dah ramai yang tak terdidik
siang malam nak merempit
sampai malam tak balik-balik
hari hari nak kena pekik
dia ingat muka banyak cantik
parut kat muka dah macam batik
baju,kulit,motor suma dah carik
tiap minggu kuar masuk klinik
tu pun masih tak serik
xleh wat contoh dek adik adik
balik umah tersadai kat bilik
tah bila nak jadi baik
bebudakni memang dah kronik
pening paler ayoh nik..
sedar la wahai mat rempit
nnt dah tua baru terdetik
alangkah menyesal dulu x jadi baik
skrg anak sndiri payah nak didik
ikut bapak yg suka merempit...