11.8.08

Sculptor Zainuddin Abindinhazir



Zainuddin Abindinhazir, no 2. dari kiri ketika pameran ILHAM II yang dilancarkan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin
............................................

Sahabat saya Zainuddin Abindinhazir, telah melalui pelbagai jerit perih, turun naik dalam bidang yang beliau pilih untuk mengharungi hidupnya iaitu bidang seni. Beliau pernah terlibat dalam perusahaan senihalus dengan membuka syarikat rekabentuk barangan kemas dan rekabentuk lanskap. Atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan perusahaan tersebut ditinggalkan. Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah senihalus di Universiti Pendidikan Sultan Idris, masih degil tidak lari dari bidang seninya. Memiliki Ijazah Sarjanamuda senihalus (logam) dari UiTM, Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni dan Sarjana Pendidikan Seni dari UPSI. Khabarnya tidak lama lagi akan (sedang?) menyambung pendidikannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketika saya sempat bersama beliau di UPSI, saya amat rapat dengannya. Bahkan kami pernah duduk di bilik yang sama. Tentu beliau ingat lagi lagu yang saya selalu dendangkan untuk mengejutkan beliau disubuh hari iaitu...hidup ini bagai lampu dinding...dan...sepohon kayu daunnya rimbun...Kami saling mengagumi bakat yang ada. Kerja tangan Zainuddin sangat halus. Taat kepada pensyarahnya. Mengorbankan masa dan keluarga untuk menyiapkan assigment. Tidak ada pensyarah yang sanggup (sepatutnya) memberikannya markah selain A kerana dia memang tip top. Saya masih ingat lagi Zainuddin, Saribunis dan saya di ambil oleh pensyarah En Roskang Jailani membantu pelatih baru dalam Lukisan Asas. Pada ketika itu pelatih terlalu ramai dan tenaga pensyarah tidak mencukupi . Kadar RM15 sejam amat kami hargai.

Baru-baru ini beliau mengadakan pameran di Pelita Hati. Sungguh bangga saya sebagai kawan apabila dikhabarkan semua karyanya di beli. Sebenarnya dari dahulu lagi saya sudah melihat dan menduga Zainuddin amat berpotensi sebagai sculptor besar. Hanya masa yang akan menentukan bila beliau akan meletup-letup. Apabila kita bekerja keras Allah akan berikan hasil. Sekali sekala apabila balik ke Ipoh saya singgah di Tanjung Malim berjumpa dengannya dan melihat banyak arca yang telah siap dan dalam pembinaan. Semuanya akan dipamerkan dan terjual tidak lama lagi.

Semoga suksess selalu bro...

7 comments:

tangan bangku said...

aku pun minat juga senihalus ni.. tapi yang anehnya tiap kali aku nak lukis benda lain, mesti jadi benda lain..niat di hati nak lukis kucing tapi akhirnya jadi kambing..mula2 nak lukis rumah tapi bila dah siap jadi khemah pulak..

mungkin aku ni tidak dilahirkan dengan bakat senihalus..

p/s-apapun jangan bersahabat dengan makhluk halus ya...

R@duan said...

Lukis kucing jadi kambing.
Lukis rumah jadi khemah.
Ok la tuu..
Kambing lagi mahal daripada kucing.
Khemah boleh diangkut kesana kemari.

tangan bangku said...

yang paling best ialah makan KAMBING di dalam KHEMAH..

tapi jangan makan lebih2 sebab daging KAMBING boleh menyebabkan DARAH TINGGI..bimbang nanti tak sempat nak lipat KHEMAH..

R@duan said...

Musim cuti sekolah ni, ramai kambing yang ...(dot dot dot...)

tok mudim said...

dan ketika musim sekolah ni jugaklah banyak KHEMAH2 baru akan didirikan... maksudnya banyak budak2 lelaki masuk jawi.. bila dah lepas masuk jawi, balik rumah kena baring dan pakai kain pelikat..kain pelikat tu pulak diikat dengan tali dan digantung ke siling rumah..kan nampak macam KHEMAH tu...

tak gitu wahai blogers2 lelaki yang dah masuk jawi semua?

musalmah binti endut said...

mmg nampak macam khemah...tp jgn bagi kambing masuk dlm tu...kalau tak nayaa woo..jgn pasai

tok mudim said...

amboi..amboi.. cik musalmah binti endut.. ngerinya..tak mampu nak kubayangkan kejadian itu..