17.8.08

Semoga berbahagia







Kepada Rosman & Shida, selamat melayari dunia rumahtangga. Dalam 'dunia rumahtangga'ini, ada banyak 'rasa'. Ada rasa manis, masin, pahit, kelat,macam-macam lagi. Hidup berdua bererti 'dua corong rezeki' dari Allah swt telah kalian miliki. Jika dapat anak bertambahlah 'corong rezeki' yang dimiliki....
Tahniah.

20 comments:

Ayoh Nik said...

tahniah utk pasangan dua sejoli...
ambe nak bg tips ke ape ke rasenye ambe tak layak lagi nak bagi....hehehe...

bnyk bnyk tny org brpglmn mcm raduan..ambe pun dok tanya dia gak..hehe..

cuma ambe nak kata all da best lah...cuti lelama ni jgn lupa opis plak...hehe lagi.

kawan rosman kat bentong said...

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ROSMAN DAN ISTERI..SEMOGA SELAMAT SEJAHTERA, BAHAGIA DAN DIBERKATI SENTIASA...

melihatkan detik2 manis pernikahan rosman dan isteri, membuatkan aku kepingin untuk melaluinya sekali lagi..ewah..

kawan rosman said...

encik raduan (tuan empunya blog)..

mohon disiarkan foto2 dari majlis pernikahan dan persandingan encik rosman dan puan shida untuk tatapan teman2 seperjuangan yang tidak dapat hadir kerana kekangan tugas..

ps-tapi kena la mohon izin dari pasangan pengantin tersebut..mana la tau mungkin mereka ingin menuntut sebarang royalti di kemudian hari..

geng hiburan said...

amboi..romantis sungguh pasangan mempelai tersebut..

berapa kali cubaan melafaz akad ketika majlis ijab kabul?

ps-man..aku dengar berpeluh jugak ketiak kau ketika menjawab soalan2 kadhi..ada rasa macam nak rebah tak? apa pun tahniah dan alhamdulillah sebab semuanya selamat..

kawan kat lancang said...

buat pasangan pengantin baru, ingatlah pesanan yang disampaikan oleh KUMPULAN RAIHAN iaitu "DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH... DISUDAHI DENGAN ALHAMDULILLAH"...


kui...kui...kui...

kawan rosman said...

wah...meriah sungguh majlis tersebut..aku tumpang gembira..

isteri man tu keje kat rtm jugak ke? macam tak pernah tengok je..

tok gajah said...

sungguh segak dan berkarisma akan si rosman dengan tanjak di jemala dan keris ampuh di pinggang.. persis MAT KILAU pahlawan ulung bumi berdaulat Pahang..

kawan kat lancang said...

dulu singgit makan sorang.. sekarang singgit makan dua orang.. kalau benih baik..singgit makan sebelas orang..

PS-itu bukan aku kata tapi Tan Sri SM Salim yang kata..aku cuma sampaikan aje..

kejor yop kejor said...

heh..pengantin tak gelojoh tapi kawan2 pengantin pulak yang gelojoh (aku merujuk kepada foto pengantin ingin dicekik oleh teman2nya tu)..

tak patut betul kawan2 pengantin tu..dah la makan free..pengantin pulak nak dicekiknya..

R@duan said...

Semua gambar diambil dengan Nikon D40. Beberapa gambar diedit menggunakan Adobe Photoshop CS2.

dara pingitan said...

Wah!!! Tahniah tuan raduan kerana berjaya mewujudkan kalendar di dalam blog tuan.. ini merupakan satu langkah pembaharuan yang positif..teruskan peningkatan ini..

ps-di masa akan datang mungkin tuan boleh senaraikan perubahan harga minyak semasa mengikut harga di pasaran dunia..

R@duan said...

Dara pingitan,
Alhamdulillah, Kalendar digunakan untuk melihat diri sendiri, apakah yang telah dan akan dilakukan semasa hayat masih ada. Jam pula untuk melihat 'masa'. Demi masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran, dan berpesan dengan kesabaran.

Ayoh Nik said...

tuan raduan, saya macam kenal je dara pingitan tu, tuan raduan kenal ker...rase macam nak bunyi kuda je bila tengak gambar beliau dengan.............tutt

dara pingitan said...

alamak.. ayoh nik cuba nak membongkar identitiku yang masih lagi rahsia ni..

jangan salah teka ayoh nik..

tapi kenapa pulak aku disamakan dengan kuda? adakah kelajuan larianku sederas kuda & ala-ala Usain Bolt?

apapun..teruskan meneka wahai ayoh nik..jika benar ramalanmu,akan kuserahkan jiwa & ragaku...PUI!!!

Ayoh Nik said...

cara dara pingitan komen nyatalah ambe dah salah orang...maap yer amber tumpang lalu....

dara pingitan said...

ayoh nik..

tak mengapa..KESILAPAN bukanlah satu KERUGIAN kerana ada PENGAJARAN di dalam setiap KESILAPAN..

namun KESILAPAN yang BERULANG TANPA pelakunya BELAJAR dari PENGAJARAN di sebalik KESILAPAN itu maka itulah sebenar-benar KERUGIAN..

apa pun..jangan mudah berputus asa kerana PUTUS ASA itu adalah *sifat IBLIS..justeru itu, teruslah meneka ayoh nik wei..

PS-*sifat Iblis yang berputus asa itu bermaksud BERPUTUS ASA DENGAN NIKMAT DAN KEBESARAN ALLAH..walau bagaimanapun Iblis tidak akan berputus asa untuk menyesatkan Anak Adam sehingga ke tiupan Sangkakala..

putrizmia said...

selamat pengantin baru kepada rosman......wawawa..aku x dpt dtg kenduri dia sbb sama ngan tarikh kenduri kawin sedara aku .....

Ayoh Nik said...

terime kasey dara weh...

namun, ambe belajar juga dari kesilapan tersebut bhw tiada kerugian jika ambe tidak teruskan percobaan meneka kerana tiada hadiah berupa wang tunai ditawarkan.hehe

semoga dara pingitangg sihat sokmo...

ME LAYU said...

bukan main mengamuk anak2 MELAYU bila 10% bangku dalam UiTM nak diberi kepada BANGSA ASING..tapi tak mengamuk pulak bila 35% tanah johor diberi kepada SINGAPORE yang nyata adalah BANGSA ASING..tak mengamuk pulak bila 85% ekonomi negara termasuk di bawah DEB dikuasai oleh BANGSA ASING..tak mengamuk pulak bila kuota biasiswa untuk anak MELAYU diberi sebanyak 40% kepada BANGSA ASING..tak mengamuk pulak bila 70% pemilikan hartanah di bandar2 besar dikuasai oleh BANGSA ASING..BODOH PUNYA MELAYU!!

jangan marah bro..aku pun MELAYU..

tapi takpe la..sebenarnya MELAYU pun ada jugak menceroboh hak BANGSA ASING..contohnya kedai2 judi dan nombor ekor dibina untuk BANGSA ASING tapi MELAYU yang banyak masuk dan beli..todi pulak dibancuh untuk BANGSA ASING di estet2 minum buat menenangkan jiwa tapi MELAYU jugak yang togok hingga menjilat botol..dulu2 pelacur dibawa masuk untuk menghiburkan pekerja BANGSA ASING di estet2 dan lombong2 tapi MELAYU pun tumpang menyondol..BODOH PUNYA MELAYU!!

jangan marah bro..aku pun MELAYU..

apa yang kita nak bangga sangat dengan MELAYU? mati nanti mungkar nangkir tak tanya APA BANGSA KAMU tapi dia akan tanya APA AGAMA KAMU..

BODOH PUNYA MELAYU..

jangan marah bro..aku pun MELAYU..

PS-Kenapa budak2 UiTM yang berdemonstrasi menentang 10% kerusi untuk BANGSA ASING tu tak ditahan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti(AUKU)? dah KAKU ke AUKU tu? kalau demonstrasi menegur Kerajaan Hadhari,tak KAKU pulak AUKU tu..nyatalah bahawa pengendali AUKU tu ialah OKU...

aman310 said...

salam n slmt sejahtera sumer...( ader ker non muslim ni..) heheh
aper2 pun..aku nak ucapkan jutaan tima kaseh pd sumer yg datang memghabiskan lauk knduri...bagus2,,tak sia2 kawan ngan korang yg kuat makan...tapi kat sini jugak aku nak mintak maaf la kalau ader yg tak sempat dilayan tu k...
wat kwn2 yg tak dapat datang tu...terima ksih jugak kerana still ingat kat aku...iskh..iskh...terkilan tak dapat jumppa kawan2 sumer...
erm...anyway..i love u all my prenzz....