14.8.08

Semua Kunci Peti Kebal Akan Ditukar...?


Berita akhbar hari ini. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, mengarahkan semua kunci peti besi yang terdapat di balai polis seluruh negara ditukar dengan segera. Ini angkara beberapa kes di Johor dan Negeri Sembilan yang mana peti besi dalam kawalan polis pun berjaya dibolosi oleh penjenayah. Penjenayah sudah tentu dikalangan 'orang dalam'. Siapa pulak yang berani masuk ke dalam balai polis untuk mencuri isi kandungan peti besi tersebut? Yang membuat saya hendak ketawa sangat ni ialah apa kena pulak sang kunci yang hendak ditukar. Agaknya zaman sekarang ni semua tak boleh dipercayai termasuklah kunci. Perlu diingat, untuk menukar kunci bagi seluruh negara adalah memerlukan belanja yang besar. Siapalah agaknya yang untung? Tauke kunci? atau..........

7 comments:

staff gomen said...

kunci tak salah..so tak payah tukar kunci..

yang salah ialah orang yang menyalahgunakan kunci tu..so org tu la yang sepatutnya ditukar..samada tukarkan dia ke tempat2 terpencil atau tukarkan status dia dari seorg rakyat yang bebas dan merdeka kepada seorg rakyat yang terkurung dan terbelenggu (jadi banduan la tu)..

amacam? setuju?

Nik Zulkifli said...

KUNCI X SALAH MMG...TOKE KUNCI PUN X SALAH...YG SALAH KITA PIKIR LA SESAME...TP KALO TAK TUKAR KUNCI TU APA PLAK KEMUNGKINANNYA...SIAPA YG UNTUN DAN MASYUK ADALAH TOKEI KUNCI D SLURUH NEGARA TNTUNYA,TP TOKEI KUNCI MASIH TAK SALAH,(SAYA BUKAN TOKEI KUNCI ATAU PEGAWAI YG MENAWARKAN TENDER TUKAR KUNCI KPD TOKEI KUNCI)...NASIHAT KPD YG BG TENDER TUKOR KUNCI NI...BUAT KERJA BAIK BAIK AAAA....

MAAP LA AMBE SBNARNYA TTGL CITER NI DEK KEBIZIAN KONONNYA...NAK TAU GAK APA YG ADA DLM PETI BESI KAT BALAI BALAI PULIS TERUTAMANYA YG BERLAKU KEJADIAN NI,ADAKAH ADA KUNCI KE PETI BESI LAIN YG ADA KUNCI KE PETI BESI LAIN...APA PLAK YG DAH HILANG???

hamba Allah said...

tuan nik zulkifli..

apa yang berlaku sebenarnya ialah kehilangan DADAH jenis SYABU bernilai RM 1.1 juta dari dalam sebuah bilik kebal yang juga merupakan bilik simpanan bahan bukti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor..

sebenarnya ini bukanlah kes pertama..ada banyak lagi kes2 seumpama ini berlaku sebelum ini.. kalau tuan berminat nak tahu lebih lanjut, sila tinggalkan alamat email dan saya akan hantar senarai kes2 tersebut dari Mei 2005 hingga sekarang..

ini adalah soal integriti, tanggungjawab, amanah, disipilin dan kebolehpercayaan..bukannya soal kunci..siapa la yang berani ceroboh masuk ke IPK dan mencuri? org luar berani ke? so kalau bukan org luar, siapa?

Ayoh Nik said...

tak mengapa,cukup sekadar yg diberitakan di akhbar...soalnya skrg seperti yang saudara kata tadi
ini adalah soal integriti, tanggungjawab, amanah, disipilin dan kebolehpercayaan...bukan soal kunci atau lain lain...jika semua hamba Allah sedar dgn sesedarnya mereka adalah hamba Allah tentunya mereka akan menjunjung tinggi integriti, tanggungjawab, amanah, disipilin dan kebolehpercayaan...tq hamba Allah....

R@duan said...

Kepada polis baik, kita sayangi mereka dan bantu. Beri kerjasama sepenuhnya apabila kita diperlukan.

Kepada polis jahat (golongan ini amat sedikit)bertaubatlah kamu. Sebelum mati pintu taubat tetap terbuka.

Di mana-mana ada golongan baik dan jahat. Di masjid pun ada golongan ini. Ada yang datang masjid beribadat, ada yang datang curi kasut atau duit tabung masjid. Dalam kastam pun sama.Menteri pun sama. Polis pun sama....

Wan Adams said...

haah lar..kunci lak yang jd hal.ape ler kerajaan ni...ish2..

pok nik said...

betul tu encik raduan.

selagi kita tidak berpegang kepada AlQuran & Sunnah dalam semua perkara dan semua ketika, selagi itulah akan ada kecacatan dalam semua perkara dan semua ketika..

PS-AlQuran & Sunnah perlu dipegang dalam semua perkara dan dalam semua ketika..bukan hanya dipegang ketika nak mengangkat sumpah mengatakan rongga tubuh rabak disondol kepala tanpa telinga sahaja..