5.8.08

Yang paling jahat ialah Melayu....?

video

Iklan Komando Di Raja United Kingdom memaparkan Melayu sebagai yang paling jahat dalam dunia. Apakah team produksi bagi iklan tersebut habis 'pikiaq' sebelum membuat iklan tersebut. Mereka memaparkan seorang lelaki berwajah Melayu yang sangat buruk seperti gengster, muka bercalar sana sini sedang memberitahu kepada dunia 'akulah yang paling jahat dalam dunia ini...'. Lelaki tersebut baru sahaja mengamok dan berjaya menembak jatuh sebuah helikopter (hebat jugak dia niii...) Melayu yang sedikit buncit itu tidak takut walaupun sekuman. Malah terus mara ke hadapan tanpa berfikir....(seperti tiada otak lagaknya)

1) Dari mana mereka (United Kingdom) mendapat maklumat bahawa Melayu adalah yang paling jahat dalam dunia.?
- Mungkin dari kisah seorang wanita warga asing mati diletupkan sehingga berkecai...
- Mungkin kerana mereka mendapati Melayu tidak menepati janji sehingga ada ungkapan 'janji Melayu..'

2) Mengapa memilih pelakon Melayu dan berbahasa Melayu.?
- Mungkin krew produksi di biayai oleh musuh Melayu
- Mungkin krew kreatif adalah Melayu sendiri , saja suka-suka menghasilkan karya kontroversi

Apa pun imej Melayu sudah tercemar di mata dunia angkara iklan tersebut tak kiralah kamu dari parti cap apa Umno, Pas, PKR atau sebagainya.

3 comments:

melayu boleh said...

MELAYU HEBAT!!!

sekurang-kurangnya itu satu peringatan kepada penjajah luar supaya JANGAN CARI PASAL DENGAN MELAYU!!!

melayu ada banyak senjata ampuh.. mamat perut buncit tu sekadar pegang senjata api je..belum tengok melayu lain yang ada senjata seperti santau api, hikmat tangan berapi, bunga api, tuju-tuju api dan kayu api..

hehe..

muruku said...

masa audition tu ramai yang datang cuba nasib..macam2 bangsa dan rupa yang datang..siam ada, india ada, cina ada, nepal ada, iban ada dsb.. tapi nampaknya mamat melayu ni yang berjaya..so dia pun terpilih la untuk watak tu..

lagipun mamat melayu ni tak berkira pasal payment..kontrak lewat 7 bulan pun takpe..

jangan marah said...

ala...org asing hina bangsa melayu korang marah..

tapi org melayu sendiri hina bangsa melayu..ok pulak..takde sape komen pun..

tak pecaya? tgk la 'gubra'.. boleh pulak org islam yang on the way ke masjid stop kejap dan pegang anjing..lepas tu tak nampak pulak scene samak..tapi steady je terus sembahyang..tak menghina ke tu?

itu belum lagi cerita pasal filem2 kita yang makin haru biru..aurat pelakon2 kita lagi banyak bercakap dari mulut..terkangkang sana..terkangkang sini..eh..boleh BOX OFFICE pulak tu..siapa yang tengok dan siapa yang sokong? org putih ke? takkan la org putih minat nak tgk filem melayu..mesti la org melayu sendiri..ye tak?