27.9.08

GATHERING RAYA CLIFFORDIAN 86



Gathering raya>> tempat tukor ke bob cafe K.Kangsar, kat belakang shell sebelah sekolah> bertentangan rumah cikgu mokhtar.>> Tarikh dan waktu masih sama ie jumaat raya ke3 jam 3pm.>> Bayaran rm6 sorang utk makan minum

26.9.08

IPTAR sudah menjadi IPPTAR

Pagi semalam diadakan perjumpaan antara warga kerja IPPTAR dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Dato' Abdul Rahman Hamid. IPTAR dengan rasminya ditukar kepada IPPTAR pada 16 Ogos 2008. Tambah satu 'P'. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak. Kemungkinan selepas penstrukturan semula IPPTAR aku akan ditempatkan di sana. IPPTAR akan dinaiktaraf menjadi pusat ilmu ulung dalam broadcast selepas diambil alih oleh Kementerian Penerangan daripada Jabatan Penyiaran. Kemungkinan selepas ini IPPTAR akan melahirkan graduan sendiri yang berkursus secara sepenuh masa untuk keperluan bidang penyiaran dan penerangan. Pandangan aku, ada banyak bab boleh diupgred. Insyaallah IPPTAR, aku datang tak lama lagi. Latar belakang sebagai graduan Pendidikan Seni, pengalaman menjadi guru seni, sebagai 'demonstrator seni' di UPSI, Sarjana Pengajian Seni Melayu di UM dan Pereka Gred B17, B27, B41 akan aku manafaatkan.Insyaallah.

emmm...mungkin juga pengalaman sebagai warder penjara Taiping 1990-1992 boleh membantu!.

- perkara pertama dalam fikiran aku sekarang ialah silibus dan tenaga pensyarah -

24.9.08

ISA (Ikut Suka Aku)

Saya ada seorang kawan. namanya Isa, tua setahun daripada saya. Berasal dari Kg. Bendang Kering. Suatu hari dia datang ke tempat kerja saya (ketika itu di Hospital Ipoh) kerana membawa anaknya yang sakit. Mungkin dia sesak wang pada hari itu dan meminjam sedikit wang. Saya agak keberatan kerana tahu dia memang kaki kelentong. Namun setelah dia menjaja nama anaknya yang sakit, saya pun jadi cair dan memberinya sejumlah wang. Dan seperti yang diduga duit itu tak kembali kepada saya setelah bertahun-tahun lamanya. Sempena bulan baik ini saya istihar menghalalkan sahaja duit yang dipinjam itu.

- gambar di atas tiada kena mengena dengan ISA kawan saya tu -

22.9.08

BERSALIN KULIT

Blog ini bersalin kulit sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri tak lama lagi.

ORANG MATI MENYANYI...

Dekat-dekat nak raya ni banyak orang mati 'bangun dari kubor'. Jasad mereka memang tak kelihatan tetapi suara mereka berdesing-desing kedengaran di corong-corong radio. Kadangkala dapat tengok jasad mereka juga bernyanyi lagu SELAMAT HARI RAYA di kaca tv. Tetapi kebangkitan dari kubor mereka itu tidak pula menakutkan kita tetapi menyeronokkan. Seronok ke?

Pendapat anda?

18.9.08

JADI PELAKON KONON....

berlakon untuk penutupan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, KL

15.9.08

gengLABON beroperasi.....

belakang
depan
Komuniti gengLABON akan melancarkan logo sebagai identiti. Logonya seperti di atas. Sebagai projek pertama gengLABON telah bersetuju mencetak t-shirt. Dapatkan segera. Terbuka kepada sesiapa juga tidak kira anda berada di mana.
Konsep gengLABON: perbincangan dan aktiviti dalam dunia seni reka dan fotografi
Untuk tempahan t-shirt (RM20.00)sila hubungi:
atau tinggalkan pesanan dalan ruangan komen di bawah

13.9.08

Ini kerja kamu ye?...

video

Baru saya tahu kenapa bateri kamera saya selalu wit.

Seorang jadi pengacara, seorang lagi jadi jurukamera....

12.9.08

Hari Ini Hari Apa Bang?

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap."Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Dua kali seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"

9.9.08

Mereka yang bersyukur....


1) Apakah yang sedang dibuat/difikirkan/dibaca oleh lelaki disebelah kiri?
2 Apakah yang sedang dibuat/difikir/dibaca oleh lelaki disebelah kanan?
Kamera: Nikon D40
Tarikh: 31 Ogos 2008
Tempat: rahsia
Tema: Mereka Yang Bersyukur
Jurugambar: GengLABON

7.9.08

Batik vs Jean

Khamis lepas saya sengaja tak pakai baju batik ke pejabat. Pakai kemeja berkain jean( jeane). Tapi tak siapa perasan. Rakan-rakan buat tak tahu sahaja. Kalaulah depa tanya 'awat tak pakai batik?' . Saya akan jawab: Dulu zaman Datin Sri Endon, dia suka batik, kita pakailah batik tanda akur pada perintah PM dan isterinya. Sekarang zaman Datin Sri Jeane, kenalah pakai jean....." har har har
Oleh kerana tiada kawan-kawan yang tanya kenapa saya pakai jean hari itu, maka saya biarkan jawapannya dalam kotak fikiran saya sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa.
Lagi sekali har har har..

5.9.08

Photograph: test power


GengL.A.B.O.N







tangkap gambar pulak lah! tak payah nak tulis banyak-banyak.
kamera: Nikon D40

2.9.08

Blogger no 1 saya....

Mungkin beginilah rupa kulit bukunya...

Semenjak saya mengenali blog, blogger yang menjadi kegemaran saya no 1 ialah Dato A Kadir Jasin. Saya pernah menyuarakan pendapat kepada DAKJ supaya membukukan semua artikel dalam blognya supaya dapat dikongsi oleh umum. Bukan semua orang mampu mengakses internet untuk membaca tulisan DAKJ. Jika seseorang mampu melayari internet pun belum tentu ia akan berteleku untuk menghadap komputer membaca ratusan catatan yang pernah di simpan oleh DAKJ dalam blognya. Melalui pembukuan kerja-kerja pustaka dapat dijalankan dengan sempurna. Sebagai penghargaan kepada peminat, pembaca dan pemikir seharusnya DAKJ memulakan kerja-kerja membukukan artikel beliau yang hebat itu. Walau bagaimana pun kulit buku di atas hanya imaginasi saya sahaja.