26.9.08

IPTAR sudah menjadi IPPTAR

Pagi semalam diadakan perjumpaan antara warga kerja IPPTAR dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Dato' Abdul Rahman Hamid. IPTAR dengan rasminya ditukar kepada IPPTAR pada 16 Ogos 2008. Tambah satu 'P'. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak. Kemungkinan selepas penstrukturan semula IPPTAR aku akan ditempatkan di sana. IPPTAR akan dinaiktaraf menjadi pusat ilmu ulung dalam broadcast selepas diambil alih oleh Kementerian Penerangan daripada Jabatan Penyiaran. Kemungkinan selepas ini IPPTAR akan melahirkan graduan sendiri yang berkursus secara sepenuh masa untuk keperluan bidang penyiaran dan penerangan. Pandangan aku, ada banyak bab boleh diupgred. Insyaallah IPPTAR, aku datang tak lama lagi. Latar belakang sebagai graduan Pendidikan Seni, pengalaman menjadi guru seni, sebagai 'demonstrator seni' di UPSI, Sarjana Pengajian Seni Melayu di UM dan Pereka Gred B17, B27, B41 akan aku manafaatkan.Insyaallah.

emmm...mungkin juga pengalaman sebagai warder penjara Taiping 1990-1992 boleh membantu!.

- perkara pertama dalam fikiran aku sekarang ialah silibus dan tenaga pensyarah -

5 comments:

staff gomen said...

ooo..patut la..
semalam aku dapat surat dari boss aku..antara kandungannya ada la perkataan IPPTAR..aku ingatkan spelling error..

mungkin 1 hari nanti IPPTAR akan dikenali sebagai IPPFJBTAR (Institut Penyiaran,Penerangan, Filem,JASA & BERNAMA Tun Abdul Razak..

penjejak badai said...

boleh join x jd pensyarah..pensyarah jemputan pun xpe...kalo mcm ni,aku pun nak apply jugak la...

cabey said...

tahnioah laa... klu cam tuu saya nak jadi anak murid awak laa..boleehh ke.. tapi boleh ker orang luar nak belaja di situ...hah...minat jugak nak bidang penyiaran nih...

rahmanraof said...

aku pn nk daftar la klu camtu!!mana nk dpt borang ek?

kaki_wayang said...

aku nak jadi pensyarah..rasa macam tak layak sebab sekolah tak berapa tinggi..

mohon jadi naib canselor je la.. boleh ke? sebab aku dengar2 nak jadi naib canselor, tak payah cerdik2 sangat..

yang penting MISAI mesti mau TEBAL..