24.9.08

ISA (Ikut Suka Aku)

Saya ada seorang kawan. namanya Isa, tua setahun daripada saya. Berasal dari Kg. Bendang Kering. Suatu hari dia datang ke tempat kerja saya (ketika itu di Hospital Ipoh) kerana membawa anaknya yang sakit. Mungkin dia sesak wang pada hari itu dan meminjam sedikit wang. Saya agak keberatan kerana tahu dia memang kaki kelentong. Namun setelah dia menjaja nama anaknya yang sakit, saya pun jadi cair dan memberinya sejumlah wang. Dan seperti yang diduga duit itu tak kembali kepada saya setelah bertahun-tahun lamanya. Sempena bulan baik ini saya istihar menghalalkan sahaja duit yang dipinjam itu.

- gambar di atas tiada kena mengena dengan ISA kawan saya tu -

14 comments:

armmean said...

oo..ingatkan gamb. kat sblh tu gamb. si isa..tapi rasa2 ade kena mengena gak dgn isa..sepupu sepapat la tuhh..hahaha..

R@duan said...

Saya kena ISA.
Saya (di)kena(kan) (oleh)ISA, budak Kg. Bendang Kering.....

R@duan said...

Astaghfirullah...
saya tidak pula berniat untuk mengaibkan Isa kawan saya tu. Tetapi ingin memaklumkan bahawa kita boleh membuat pilihan. samada saya ingin menuntut kembali wang itu atau tukar niat sedekah sahaja.... astgahfirullah...ya Allah ampuni saya jika saya berdosa....!

rahmanraof said...

hehehe..bagus2 halakan ek, bro nk pinjam sejumlah wang leh tak?

Anonymous said...

wah ingatkan cerita fasal raja petra yang kena ISA...
saspen betul...

cabey said...

ape la korang nii kalu melayu korang buat lawak lagi kalu cina kene korang senyum suka bile dibebaskan ..takder semangat perjuangan melayu langsung.... aku lebih suka kalu ahmad ismail yang kene..dari raja petra nii.. kesian x lama lagi nak raya...

R@duan said...

untuk pengetahuan cabey.
saya penyokong RPK. saya pengikut RPK. sebab itu saya boleh cakap apa saja yang saya suka, macam RPK. ini negara demokrasi. jangan nak belenggu otak saya. sesiapa pun tak boleh kontrol otak saya. sehingga kini saya masih bebas dari terikat dengan fahaman mana-mana politik kurap dan jumud. saya tak setuju siapa pun dikenakan ISA samada ahmad ismail, cina, india, melayu atau kambing sekali pun. oleh kerana ini negara demokrasi, saya memilih untuk meletak Islam di hadapan barulah Melayu bukan macam orang lain meletak Melayu di hadapan dan Islam di belakang. ini pendirian saya. dan saya bertanggungjawab di mahkamah Allah nanti.untuk orang lain mereka boleh pilih jalan mana kerana ini negara demokrasi.

penjejak badai said...

semngat perjuangan harmoni...

jawa peranakan said...

DEMOKRASI berasal dari perkataan GREEK = DEMO / CRATUS..

ianya adalah satu corak pemerintahan berasakan prinsip 'DARI MANUSIA..KEPADA MANUSIA..UNTUK MANUSIA'..

hmmm...semua MANUSIA..mana peranan TUHAN?

cabey said...

Kalu nak tahu peranan tuhan paham betul -betul sifat 20 atau pelajari ilmu tauhid dari mana2 guru agama... bg mengetahui lebih mendalam ... maaf laa tuan tanah jgn sama gua ...saya tak bermaksud sperti yang tuan katakan tuu.. tidak mengikat sapa2 nyer fikiran pun ..jgn marah yer..emosi betuii org perak nii

R@duan said...

Hanya Allah. kenapa nak sebut tuhan pula. Sebut saja Allah! susah sangat ke? Bukankah Allah itu Esa, tiada dua dan tiada tiga. Orang kafir mereka sebut tuhan sebab mereka tidak beriman kepada Allah, bagi mereka ada tuhan lain selain Allah. Tauhidkan Allah !bukan tauhidkan tuhan. Orang Islam kena yakin dan faham 'Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah'. Itu kalimah La ila ha Illallah. kalimah Tauhid. kalimah yang mengesakan Allah. sifat 20 Allah yang dipelajari sepatutnya memperkasakan iman dan menzahirkan amalan.

cabey said...

hai sampai hati awk ckp saya kafir sama macam orag kafir... who's first said that word...not me...anyway i here to apologize about what i'm saying in here..so sempena bulan baik dan raye pun dah nak dekat nii saya mintak maaf banyak2 dari ujung sana sampai ujung sini..klu ade tersalah kata tuu harap maafkan laa..Selamat Hari Raya...

R@duan said...

maaf khas buat cabey. saya tak berniat langsung mengkafirkan sesiapa orang Islam. tapi dalam bab aqidah, saya mungkin agresif sikit. maaf kalau tersinggung.

Anonymous said...

panazzz..pesal x switch on kipas ni..hihi..