31.10.08

NANTI MELETUP SATU BADAN

Pagi tadi saya berbual dengan kawan berjawatan PRA (Pembantu Rendah Am). Beliau merungut kerana diarahkan oleh bosnya supaya menggantikan semua lampu-lampu yang rosak ditempat kerjanya. Boleh dikatakan setiap hari beliau terpaksa lakukan tugas itu. Saya beritahu beliau, tugas itu sepatutnya dibuat oleh Juruteknik(Elektrik) bukan PRA. Ia memerlukan kemahiran khas. Kalau apa-apa kejadian buruk seperti kebakaran, kematian, meletup satu bangunan, meletup satu badan... sapa nak jawab?. Boss hang tu ka? Tentu bos hang akan lepas tangan! Ada arahan boleh ikut, ada arahan boleh lawan. Lawan tetap lawan.

Kalau kita polis pangkat rendah, disuruh oleh 'bos' kita untuk letupkan mana-mana wanita yang cantik menggunakan bahan letupan C4, jangan terus menonong menonen je buat kerja tu....bangang! 'Bos' hang selamat...hang apa dapat?.

28.10.08

BILA SAMPAI GILER NYA...

video

Lagu Geng Labon ( hak cipta dipelihara oleh kedua ibu dan bapa)

Geng labon
Macam macam cerita
Cerita apa saja
Cerita apa saja
Apa saja
Apa saja

Aaa aaa aaa hey

Geng labon
Memang banyak labon
Bukan sekadar labon
Untuk diri sendiri....menilai diri, insafi diri...

Geng labon
Macam macam cerita
Cerita apa saja
Cerita apa saja
Apa saja
Apa saja

Renungi dunia
Ada sandiwara
Realiti dan fantasi
Bahagiakah disana...kat sana, kat sinun

Geng labon
Memang banyak labon
Bukan sekadar labon.
Untuk diri sendiri... menilai diri, insafi diri...

Lagu / lirik/nyanyi by TaukeWarung, Adi, WanTheWindz,R@duan

ARTIS SEPENUH MASA, Mr.HADI


En Hadi sekarang artis sepenuh masa. Sewaktu beraya di rumahnya baru-baru ini, banyak lukisan yang sudah disiapkan semenjak beliau pencen beberapa bulan lalu. Kini beliau tidak lagi perlu fikir fasal kerja atau 'saya yang menurut perintah', slogan yang amat popular dikalangan penjawat awam.
Melukis adalah salah satu terapi jiwa. Dan juga sebagai langkah bersiap sedia beliau kerana tak lama lagi mungkin keempat-empat anak daranya bakal 'diambil' orang. En Hadi tak punya anak lelaki. Tentu beliau akan sunyi nanti......

24.10.08

PAK ABU


Ini Pak Abu Helmi. lebih kurang 70an usianya. Jiran saya selang sebuah rumah, di kampung Sayong Lembah. Kelakar orangnya, kadang-kadang sensitif. Semasa remaja, Pak Abu menyertai Home Guard untuk mengawal kampung dari serangan gerakan komunis sebelum Malaya merdeka. Jasa Pak Abu dan rakan-rakannya amat besar dan melatari sejarah kampung kami. Terima kasih Pak Abu. Generasi muda seperti kami takkan dapat menjiwai perasaan yang pernah Pak Abu lalui. Pak Abu, sekarang kerajaan kita sudah mula mewajibkan kembali pelajaran Sejarah di sekolah. Entah di mana silapnya dahulu mereka tidak endahkan dan menidakkan subjek tersebut sehingga ada di kalangan kami buta sejarah. Bila buta sejarah sudah pasti tidak hormati orang-orang tua. Semakin lama semakin kurang ajar. Maafkan kami wahai para pejuang...

23.10.08

CATATAN DI PULAU PINANG

Rakaman Bicara Siswa di USM selesai. Suhaimi Mohamad memang berbakat dan berjaya mengendali sesi rakaman. Disenangi rakan krew. Mudah berbicara walau baru mengenali seseorang. Bijak menawan penonton. Ucapan tahniah khas kepada panel dari UM kerana berjaya menghidupkan suasana sesi rakaman pertama dengan kepetahan berbicara (UM memang best !....). Penerbit: Baini Khairi.

r@duan
JGA 070008
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya

22.10.08

PULAU PINANG INDAH PERMAI


Saya masih di Pulau Pinang. Ketika ada kelapangan (selain dari urusan kerja) saya merayau dan meronda sambil melihat persekitaran. Rupanya di sini memang negeri yang aman damai, permai lagi sentosa secukup rasa. Anda boleh tidur di mana-mana saja yang anda suka tanpa diganggu oleh sesiapa. Visual dirakam jam 8.00 pagi, 22.10.2008 di sekitar Lebuh Leith. Sungguh meriah.

20.10.08

BEROYANG

Ini pula orang Perak panggil Beroyang. Kadang-kadang sebut juga Biawok Ayor. Kehebatan beroyang boleh panjat pokok kelapa dan makan telur burung di atas pokok tersebut. Setakat nak berenang menyeberang dari Sayong ke pekan Kuala Kangsar tak jadi hal. Kacang je.

CAKCIBOR


Cakcibor adalah perkataan tersendiri orang Perak yang bermaksud Pepatung, (English: Drogon Fly)

18.10.08

RASA NAK TER...........

Hari ni Sabtu, cuti. Ahh..aku ada banyak masa untuk 'round-round' ke blog sapa-sapa entah. Round blog kategori sastera, terasa terbuai, tenang, nyaman. Round blog ketegori seni rasa mencabar kreativiti, bercambah ide dan pemikiran. Round blog fotografi terasa insafnya diri, terasa keperluan menambah ilmu dan bila menerjah ke blog-blog politik terasa nak TERMUNTAH pun ada.....

14.10.08

MADIAH

Ini gambar Madiah. 5 tahun. Madiah sekarang anak yatim.........
mmm...
mm..
erm....
apa nama ni!...
mmm...Madiah akan jaga 2 orang adiknya...mmm..mm
mmmm....
aaaaahh ... tak tahu apa aku nak tulis ni..
rasa sebak!..

12.10.08

TERKOYAK COPING TELINGA DIBUATNYER....

Dinasour...ahh! binatang ini sering mengagumkan aku. dari kecik lagi aku teringin sangat nak bela dinasour. Sebelum orang putih buat filem Jurassic Park aku dah bayangkan suasana aku 'membela dinasour'. Berimaginasi tak kena duit sekupang pun. Mengalih cerita dinasour pada kali ini mungkin lebih seronok daripada mendengar berita Shah Rukh Khan mendapat gelaran datuk....aduhai rasa nak terkoyak coping telinga dibuatnyer....
Shah Rukh Khan pun terkejut, ketawa berguling-guling sampai senak perut, tercirit birit. Sebab tu dia tak dapat datang ambil 'datuk' tu. Pak So'od yang bawak beca tu dah 40 tahun bawak pelancong dan mempromosi Melaka dimata dunia....tak dapat gelaran datuk pun....
Benda-benda macam ni yang membuat kaum kerabat dinasour pupus, tak tahan kelakar sangat. Habis semua pakat ketawa sampai tersembur isi perut.

10.10.08

KEPALA AGUNG

Perbandingan rupa Agung yang terdapat pada duit RM1 ini ialah yang paling atas senyumannya lebih manis dari 2 yang di bawah. Mungkin hidup zaman sekarang ini lebih susah berbanding hidup zaman dahulu. Walaupun ketiga-tiga duit itu meletakkan Agung yang 'satu kepala' tetapi jelas ' tak satu senyuman'. Walau bagaimanapun, raya baru-baru ini 'kepala agung' ini telah membuatkan anak-anak aku bergembira dan tersenyum lebar. Banyak juga collection duit mereka maklum la..ramai bapak & mak sedara. Kepada mak-mak dan bapak-bapak jangan la pulak cilok duit budak-budak tu buat bayar tol atau isi minyak kereta. Masuk la ke bank atau saham. SSPN pun dah buka akaun untuk anak-anak dalam bidang pendidikan. Bagi abah-abah yang dah 'kempih dabe' kena la kerja kuat cari lagi 'kepala agung'.

Puteh Giler


Zaman bebudak aku lain dari yang lain. Pergi sekolah beramai-ramai jalan kaki 2.5 km (pergi balik 5 km). Setiap hari kena lalu depan rumah Puteh Giler, ini betul-betul gila punya, bukan putih gila yang membawa maksud putih teramat seperti budak-budak sekarang sebut tu. Walaupun dia gila tapi rumahnya sentiasa besih, tak ada semak samun dan sampah sarap. Kadangkala bila hangin naik satu badan dia akan sergah kami budak-budak kecik yang lalu depan rumah dia. Apa lagi mencicit la lari, tunggang langgang menyungkor. Yang besar akan tinggalkan yang kecik kat belakang. Siapa yang lari laju selamat. Iktibar dari entri hari ini ialah:

1) Bebudak sekarang jangan mengada sangat, aku dulu pergi sekolah jalan kaki tau.

2) Rumah orang yang tak gila patutnya lebih kemas dari rumah orang gila.

3) Orang gila bebas dari dosa, orang tak gila macamana, dah banyak ke pahala?.

4) Jangan mudah percaya pada orang. Bila dia terdesak dia akan tinggalkan kita, macam aku kena tinggal, sebab depa lari laju, aku jatuh menyungkor depa buat ta tahu aje, siap gelak lagi.

8.10.08

BERSILATurahim BUKAN BERSILAT.

Berjaya juga aku joint perjumpaan Cliffordian86 pada 3Okt08 lalu. Ramai yang hadir, tapi lebih ramai yang tak dapat hadir. Kalau tak silap aku ada 7 kelas Cliffordian86. 40-50 orang sudah cukup meriah. Gegak gempita Bob Cafe. Terimbau kenangan lama. Ada yang boleh dicam lagi, setengahnya pula bila diperkenalkan baru ingat. Maklum 22 tahun tak jumpa. Cerita anak pinak, keluarga, kerja semua keluar. Ada juga yang masih solo 'menyinglekan' diri . Ada dah buka 2,3 cawangan. Kaki kelakar masih berupaya buat kelakar menghidupkan suasana. Ada kaki rokok, ada dah berhenti merokok. Ada ustaz, ada yang baru nak start. Ada yang kontrol macho. Ada rock 4ever. XXL ada. S pun ada. Ada Pas, Umno, PKR...lantok kome le! Tahun hadapan akan diadakan secara besar-besaran untuk mengumpulkan Cliffordian86 dengan tema:
CLIFFORDian 86@40

5.10.08

CATATAN RAYA

Launching http://sayonglembah.wordpress.com/ (Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah)
Cliffordian 86 gathering at Bob Cafe, K.Kangsar

Visiting the latest Ketua Kampung of Kg Kepayang Fair Park,Ipoh (Pakatan Rakyat:takbiiir!) Tuan Haji Bakri Mohd Nazir ( PakWe)


...and the robbery job in idul fitri. They breaking the roof and ceiling, taken money and my antique collection (iron, old money, old locker& key) . Location: Shamelin Perkasa, KL