24.10.08

PAK ABU


Ini Pak Abu Helmi. lebih kurang 70an usianya. Jiran saya selang sebuah rumah, di kampung Sayong Lembah. Kelakar orangnya, kadang-kadang sensitif. Semasa remaja, Pak Abu menyertai Home Guard untuk mengawal kampung dari serangan gerakan komunis sebelum Malaya merdeka. Jasa Pak Abu dan rakan-rakannya amat besar dan melatari sejarah kampung kami. Terima kasih Pak Abu. Generasi muda seperti kami takkan dapat menjiwai perasaan yang pernah Pak Abu lalui. Pak Abu, sekarang kerajaan kita sudah mula mewajibkan kembali pelajaran Sejarah di sekolah. Entah di mana silapnya dahulu mereka tidak endahkan dan menidakkan subjek tersebut sehingga ada di kalangan kami buta sejarah. Bila buta sejarah sudah pasti tidak hormati orang-orang tua. Semakin lama semakin kurang ajar. Maafkan kami wahai para pejuang...

10 comments:

Anonymous said...

Terima kasih pada Pak Abu kerana memperjuangkan tanahair dari komunis...
Kisah pak Abu sama lah jugak kisah bapak saya pernah jadi Special Constable Police(SC), Home Guard dan Jungle Scout...utk menentang penjajahan Jepun dan juga komunis...
Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam hidup mereka walaupun mereka yang memperjuangkan tanahair tidak dikenali ramai (generasi masa kini)...

Jiran sekampung Yop

jawa peranakan said...

TERIMA KASIH PAK ABU DAN LAIN2 RAKAN SEPERJUANGAN BELIAU..

SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN DAN PENGORBANAN YANG TELAH DICURAHKAN..

R@duan said...

Pak Abu sering menduga kami kanak-kanak yang selalu bermain di halaman rumahnya dengan teka-teki....

Mak Su said...

byk rugi bila tak tahu sejarah

jawa peranakan said...

yop..
bagi la satu contoh teka teki pak abu tu..

Anonymous said...

yop bila nak baut kan teman blog tuu....

jiran sekampung mike

R@duan said...

jiran sekampung,
boleh! bila saya senang.
mike explore dulu..

Boy said...

Tadi baru teman bersalam dgn Pak Abu Helmi lepas Isyak. Nampok beno orang tua ni dimamah usia, tak segagah gambo yang diambil suatu ketika dulu, segak bergaya. Namun perwatakan sama seperti yang saya kenal dulu, selalu buat lawok.

Teman ingat lagi satu teka-teki yang dia bagi bile teman pegi rumoh dia nak jumpe anoknye Arul pada suatu ptg :- KENAPE AYOR MATI (AIR MASAK) SEMUT GEMO URUNG?....jawapan yang teman tak dapat sebab tak paham soklan....

R@duan said...

aaa...sapa boleh jawab teki-teki Pak Abu...
KENAPA AYOR MATI (AIR MASAK) SEMUT GEMO URUNG?...

'kenapa air masak suka di kerumuni semut?'..

Anonymous said...

sebabnyer kalau ayor tu tgh masak dengan semut2 tu semua mati..tu pasal dia tunggu ayor tuu mati (sejuk) baru dia urung..maknanya selamat la dia..dak gitu yop..

Ronjang/ghonjang = jolok

Hancin Peghin = bau kencing

Layor- tayang/menunjuk-nunjuk

Jiran Sekampung