10.10.08

KEPALA AGUNG

Perbandingan rupa Agung yang terdapat pada duit RM1 ini ialah yang paling atas senyumannya lebih manis dari 2 yang di bawah. Mungkin hidup zaman sekarang ini lebih susah berbanding hidup zaman dahulu. Walaupun ketiga-tiga duit itu meletakkan Agung yang 'satu kepala' tetapi jelas ' tak satu senyuman'. Walau bagaimanapun, raya baru-baru ini 'kepala agung' ini telah membuatkan anak-anak aku bergembira dan tersenyum lebar. Banyak juga collection duit mereka maklum la..ramai bapak & mak sedara. Kepada mak-mak dan bapak-bapak jangan la pulak cilok duit budak-budak tu buat bayar tol atau isi minyak kereta. Masuk la ke bank atau saham. SSPN pun dah buka akaun untuk anak-anak dalam bidang pendidikan. Bagi abah-abah yang dah 'kempih dabe' kena la kerja kuat cari lagi 'kepala agung'.

4 comments:

BAINI KHAIRI said...

abah pasni kena keja lebih masa la sebab RTM 1 nak siaran 24 jam...

usain bolt said...

APA?! RTM NAK DI24JAMKAN?!

ini baru NGAM..barulah seluruh rakyat Malaysia boleh Rehat,Tidur & Makan (RTM) kat depan TV..

usain bolt said...

yop..

apa ni yop..tak pase2 teman pun terbabit sama dalam pembinaan contoh makna perkataan2 dialek perak ni..

R@duan said...

itu maknanya dah glamer la tuu...!