14.10.08

MADIAH

Ini gambar Madiah. 5 tahun. Madiah sekarang anak yatim.........
mmm...
mm..
erm....
apa nama ni!...
mmm...Madiah akan jaga 2 orang adiknya...mmm..mm
mmmm....
aaaaahh ... tak tahu apa aku nak tulis ni..
rasa sebak!..

14 comments:

R@duan said...

bapak madiah baru saja meninggal dunia. ibu madiah pula tidak bekerja. adik beradik 8 orang. yang paling tua tingkatan 4. bongsu 6 bulan. tinggal di sebuah flat di pulau pinang. semoga masyarakat sekitar madiah dapat berperanan membantu keluarga ini. anak yatim yang belum baligh adalah tanggungjawab semua orang islam. tidak kira mereka berbangsa apa....

hamba Allah said...

bro..
kalau ada sahabat yang berhajat nak bersedekah,ada tak nombor akaun tertentu yang boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan tersebut?

BAINI KHAIRI said...

masa kita datang, famili ini masih boleh bergelak ketawa sembunyi kesedihan dalam hati..Apabila saudara mara pun dah balik, sure diorang akan terasa kehilangan itu..

Saya rasa nak berderai apabila adik kepada Madiah tanya bapa dia pergi mana...

usain bolt said...

mak bapak diaorang meninggal sebab apa?

R@duan said...

Usain bolt
Bapak madiah,38 meninggal akibat serangan jantung.
Ibu Madiah,37 masih ada tapi tidak bekerja. Semasa hayat bapak madiah sangat rajin bekerja cari rezeki, maca-macam kerja dibuatnya untuk menyara keluarga yang ramai, akhir sekali tahun 2007 dapat kerja di jabatan kerajaan. Oleh kerana belum confirm sudah tentu mak madiah takkan dapat pencen suaminya itu....alamak sebak lagi..!!..nanti saya sambung...

R@duan said...

rumah madiah kecik. flat tingkat 5. dua bilik. walaupun kecik nampak kemas tersusun. menunjukkan arwah bapak madiah orang berdisplin. mungkin arwah selalu pikirkan keselesaan anak-anaknya 4 lelaki, 4 perempuan dengan rumah sempit itu. sebab itu sebelum pergi beliau hias elok-elok rumahnya. cat baru. elokkan bahagian dapur...
Allah bukan sekadar menguji madiah dan keluarganya tetapi menguji kita juga. Apakah yang kita mampu buat......

R@duan said...

Bagaimana saya berjumpa Madiah?
saya ke Penang atas urusan kerja. Ketika ada kelapangan masa (tugas siap jam 11.00pagi, flight ke KL jam 8.30mlm)...Pn Liza memberitahu hendak ke rumah sepupunya yang baru kematian suami. kami berempat (Liza, saya, baini, Cik Mat) ke rumah madiah dijemput oleh bapa saudara madiah. Di situ kami berkenalan anak comel, petah dan cerdik ini, serta keluarga madiah yang lain...

putrizmia said...

sedihnyer..tanpa sy sedar mata sy mula digenangi dek airmata yg terus sj menitis jatuh ke pipi sy...sedih sy bila membc kisah adik madiah dr cerita enraduan ni dpt sy bayangkan akn kesedihan,kehilangan,dan kesusahan yg di alami oleh adik madiah dan keluarganya...tlg la usahakan sesuatu utk mereka.....

cabey said...

Kesian ...rase nak menangis dengar cerita pasal madiah nii...
pakat la kita hulur kan bantuan seadanyer bagi meringan beban keluarga adik nii...

hamba Allah said...

ULANG SOALAN..

bro..
kalau ada sahabat yang berhajat nak bersedekah,ada tak nombor akaun tertentu yang boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan tersebut?

R@duan said...

Pada hari tu...tak sempat saya nak btanya banyak. Lebih masa melayan fikiran sendiri tentang "bagaimana masa depan" keluarga ini. kalau ada juga yg berhajat boleh hubungi Emak saudara Madia (Liza 019-6344829)mungkin dia boleh uruskan.

Tuan/puan boleh juga sentiasa DOAkan keluarga ini agar terpelihara dalam rahmat Allah. Yang paling penting ialah DIPELIHARAI oleh Allah.

Allah maha berkuasa, mencipta segala kejadian. Segala dilangit, segala dibumi. Menghidupkan sesuatu dan mematikan sesuatu. Allah menyediakan rezeki pada setiap makhluk hidup ciptaanNya. Setiap yang dihidupkan oleh Allah takkan lepas dari mendapat rezeki sepatutnya. Secangkir kopi yang kita minum, alangkah baiknya kalau kita berkata begini "aku dapat minum kopi ini bukan kerana aku punya wang, bukan juga kerana tanganku yang mengangkat cangkir, bukan juga kerana kemampuan mulut menghirup, tapi semata-mata kerana rahmat Allah yang mengurniai rezeki yang bukan di bawah kawalan manusia. IMAN itu memerlukan penafian kepada segala makhluk selain Allah, barulah Isbat bahawa Allah Penguasa Seluruh Alam'. Selamatlah sentiasa orang beriman...walau di mana mereka berada...

Mak Su said...

terima kasih sudi lawat blog saya, dan saya terharu dengan kesukaran yang bakal madiah dan adik-beradik dan ibundanya bakal hadapi. kalau ada further info tentang a/cs, publishler

Mak Su said...

oh ya, saya dah jawab soalan2 kamu tentang jamilah yang ayu

Aku Sebutir Pasir said...

alhamdulillah.. time kasih atas maklumat yang disampaikan.. semoga Allah merahmati keluarga tersebut. sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui segala sesuatu yang berlaku pada makhluknya.

bagi yang tangannya kesampaian, hulur2kanlah bantuan.. bagi yang tangannya x kesampaian, sesungguhnya DOA itu adalah yg terbaik untuk mereka..

dan sesungguhnya kisah adik madiah enar2 menimbulkan keinsafan di hati saya.. di saat saya merasakan betapa susahnya hidup saya skrg ini, di luar sana ada insan yang jauh lebih menderita..