22.10.08

PULAU PINANG INDAH PERMAI


Saya masih di Pulau Pinang. Ketika ada kelapangan (selain dari urusan kerja) saya merayau dan meronda sambil melihat persekitaran. Rupanya di sini memang negeri yang aman damai, permai lagi sentosa secukup rasa. Anda boleh tidur di mana-mana saja yang anda suka tanpa diganggu oleh sesiapa. Visual dirakam jam 8.00 pagi, 22.10.2008 di sekitar Lebuh Leith. Sungguh meriah.

11 comments:

jawa peranakan said...

kesian la kat golongan seperti ini..

tapi yelah..kita ni sekadar kesian je..apa yang boleh kita buat? cukup ke dengan sekadar berdoa untuk kesejahteraan diaorang?

tapi ada jugak di kalangan golongan ni yang memang pilih cara hidup begini..

semoga diri kita, keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita dijauhkan dari kehidupan sebegini...amin..

jawa peranakan said...

yop..kirim jeruk buah pala sekilo.. tapi kirim ayor lior je le ye..buleh ke? kirim ayor lior dapat ayor lior je le ye..

R@duan said...

Tujuan saya merakam dan menyiarkan visual ini bukan untuk menghina sesiapa, tetapi untuk menyedarkan golongan pemerintah di Pulau Pinang ini(atau pemerintah negeri mana sekalipun) supaya dapat melihat masalah rakyat mereka sendiri. Mereka sepatutnya kena turun padang lihat perkara sebenar. Kalau saya datang setahun sekali pun boleh nampak penderitaan golongan penarik beca, atau golongan yang merempat takkan mereka yang duduk di Pulau Pinang tak boleh nampak perkara ini.

jawa peranakan said...

betul tu yop..

teman pernah duduk dalam satu seminar peringkat kebangsaan yang sedikit sebanyak menyentuh mengenai perkara ini..

bila dibangkitkan persoalan yang sama seperti persoalan yang dibangkitkan oleh mike tu,wakil berkenaan kata deme tak cukup kakitangan..

malah hampir semua jabatan & agensi pun beri alasan yang sama..

tanya pada polis kenapa kadar jenayah terlalu meningkat, deme kata anggota tak cukup jugak..

tanya pada kastam kenapa penyeludup ramai sangat,deme kata anggota tak cukup..

tanya pada imigresen kenapa ramai sangat PATI,deme kata anggota tak cukup..

ntah ye ntah tidak..

wallahualam..

PS-buah pala teman macam mana? ;-)

Mak Su said...

saya tak leh tidur di mana2, sebab saya lasak, ahaks

Anonymous said...

Tidur itu satu ibadah....
Satu nikmat pemberian Allah kepada hambanya..
Tidur dapat menghindar diri dari dosa-dosa kecil mahupun besar..
tapi kalu asyik bila duit nak masyuk..rezeki nak mai...
Apapun tidur Syookkk.. oooo yang tak best kalu ada orang kacau

Anonymous said...

Yop... ajak deme-deme yang tidor tuu berlabon...mane ler tau kalu-kalu ader yang kenal..
kalu tak bagi ler tips2 utk berjaya dala hidup..
kalu yang tidor mampuih tu serogoh jer habor mike pulak nak tidor kat situ..hehehehehe
-Orang Kuale jiran sekampung-

cabey said...

Kemiskinan, kesengsaraan, merempat dan macam2 lagi ..takkan hilang di tenggelam oleh zaman..ianya menimbangi ekosistem peradaban manusia..jadi hulur sebanyak yang mampu walaupun sepuluh sen kepada mereka yang meminta-minta..
sesungguhnya Allah ingin menguji hambanya agar tidak melupakn mereka yang didalam kesusahan..

orang kaya said...

minta org melayu yg kaya sorang sorang....tulun ajar dan sedarkan yang tak sedar mcmn nak jadi kaya, bukan kaya harta je.kaya lain lain juga...

jawa peranakan said...

setuju dengan cabey..

sebenarnya kalau diperhalusi, org miskin, pengemis dan sebagainya ini merupakan satu ujian kepada kita yang bernasib baik ni..

malah dalam masa yang sama golongan yang bernasib baik seperti kita ini juga merupakan ujian kepada org miskin...

maksudnya kita jadi bahan ujian kepada dia dan dia jadi bahan ujian kepada kita..

maka cara mana kita nak menghadapi ujian ini terletak di tangan kita sendiri..

tapi ingat!! PILIHAN DI TANGAN KITA TAPI PEMBALASAN DI TANGAN ALLAH..

R@duan said...

terima kasih yg memberi respon. kadang-kadang persepsi tuan/puan tak terbaca oleh saya. ada yang melihat dari arah barat-daya, ada yang melihat dari tenggara, ada yang melihat dari timur-laut, bermacam angel lagi...