10.10.08

Puteh Giler


Zaman bebudak aku lain dari yang lain. Pergi sekolah beramai-ramai jalan kaki 2.5 km (pergi balik 5 km). Setiap hari kena lalu depan rumah Puteh Giler, ini betul-betul gila punya, bukan putih gila yang membawa maksud putih teramat seperti budak-budak sekarang sebut tu. Walaupun dia gila tapi rumahnya sentiasa besih, tak ada semak samun dan sampah sarap. Kadangkala bila hangin naik satu badan dia akan sergah kami budak-budak kecik yang lalu depan rumah dia. Apa lagi mencicit la lari, tunggang langgang menyungkor. Yang besar akan tinggalkan yang kecik kat belakang. Siapa yang lari laju selamat. Iktibar dari entri hari ini ialah:

1) Bebudak sekarang jangan mengada sangat, aku dulu pergi sekolah jalan kaki tau.

2) Rumah orang yang tak gila patutnya lebih kemas dari rumah orang gila.

3) Orang gila bebas dari dosa, orang tak gila macamana, dah banyak ke pahala?.

4) Jangan mudah percaya pada orang. Bila dia terdesak dia akan tinggalkan kita, macam aku kena tinggal, sebab depa lari laju, aku jatuh menyungkor depa buat ta tahu aje, siap gelak lagi.

4 comments:

pok nik said...

teka-teki..

RAHMAN = BAPA KEMERDEKAAN
RAZAK = BAPA PEMBANGUNAN
HUSSEIN = BAPA PERPADUAN
MAHATHIR = BAPA PEMODENAN
ABDULLAH = BAPA MERTUA KHAIRY
NAJIB = BAPA APA?

R@duan said...

BAPA ANAK-ANAK ROSMAH kot?

aka ka ka ke kih kih

BAINI KHAIRI said...

najib bapa dia tun razak!

jawa peranakan said...

yop radu@n..

perkataan KOT di hujung pernyataan yop tu memberi konotasi yang sedikit berbeda..hehehe...