12.10.08

TERKOYAK COPING TELINGA DIBUATNYER....

Dinasour...ahh! binatang ini sering mengagumkan aku. dari kecik lagi aku teringin sangat nak bela dinasour. Sebelum orang putih buat filem Jurassic Park aku dah bayangkan suasana aku 'membela dinasour'. Berimaginasi tak kena duit sekupang pun. Mengalih cerita dinasour pada kali ini mungkin lebih seronok daripada mendengar berita Shah Rukh Khan mendapat gelaran datuk....aduhai rasa nak terkoyak coping telinga dibuatnyer....
Shah Rukh Khan pun terkejut, ketawa berguling-guling sampai senak perut, tercirit birit. Sebab tu dia tak dapat datang ambil 'datuk' tu. Pak So'od yang bawak beca tu dah 40 tahun bawak pelancong dan mempromosi Melaka dimata dunia....tak dapat gelaran datuk pun....
Benda-benda macam ni yang membuat kaum kerabat dinasour pupus, tak tahan kelakar sangat. Habis semua pakat ketawa sampai tersembur isi perut.

13 comments:

atreyu strange said...

satu mesia x paham kenape dia dpt gelaran tu. agaknyer, kalu kite nak dpt gelaran datuk tu, kene pi berlakon kat melaka jek lah ek? bengong tol~

cabey said...

ajer nyer yer yop... tengin bebenor agaknyer kerajaan negeri melaka nii dah GILE SEBERE kot... ngaper ler jadi tu yaakkkk!!!!

Gile Sebere tu maknanyer gile tak tentu hala...
Rebe Hanyut maknayer sampah yang hanyut kat sungai atau kata sinis utk penyibuk ..
Cthnyer Kamu nii jangan jadi rebe hanyut...kalu kaki ngail tuu tau ler apa maknanyer.
Penala = penampor
Skor / Rembat = curi.. cth maner kamu skor buah kayu nii mat.
Jelabaih = mulut celupar
Coyer = sama maknanyer ngan ceghoye
Baruh = kebun tanaman/ buah-buahan

Aku Sebutir Pasir said...

pertama skali, tahniah yop duan sbb blog ni mmg best. keduanya tahniah gak atas usaha mngumpulkan dialek perak. ketiganya, ni la nasib anak2 seni kat malaysia ni, buat la banyak mana pn, takde sape nak pandang... deme nampak orang luar jugak yang hebat.. bagi anak2 seni seluruh malaysia, teruskan perjuangan!!

R@duan said...

cabey
tq

nini
lama tak dengar berita!

ME LAYU said...

pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berbahagia dato' shah rukh khan kerana telah berjaya memperbodohkan kerajaan melaka yang satu ketika dahulu amat gah mendabik dada sebagai pusat keagungan tamadun melayu dan islam sehinggakan kerajaan tersebut menganugerahkan gelaran dato' kepada yang berbahagia dato'..

seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri melaka yang satu ketika dahulu amat gah mendabik dada sebagai pusat keagungan tamadun melayu dan islam kerana telah bermurah hati memperbodohkan diri sendiri sekaligus membawa aib yang amat besar kepada bangsa melayu keseluruhannya..

diharapkan usaha murni pihak kerajaan negeri melaka ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana masih ramai lagi bintang2 antarabangsa di luar sana yang bersedia untuk memperbodohkan kerajaan melaka dan memalukan bangsa memalukan bangsa melayu seperti encik jackie chan, encik brad pitt, puan angelina jolie, encik rajinikand dan mendiang anita mui..

TAHNIAH & SYABAS KERAJAAN NEGERI MELAKA!!

ps-Bodoh punya Melaka..Patut la jadi negeri melayu pertama yang kena jajah dulu.. Jangan marah orang melaka..aku pun orang melaka jugak..

R@duan said...

Eh...jangan la emosional sangat.
Mari kita berfikir secara terbalik pulak.! seronok ni...

1) SRK memang layak dianugerahi datuk sebab telah berjaya mempromosi negeri melaka walau pun baru sekali berlakon di Malysia/melaka. Sedangkan para pembikin filem tempatan walaupun beranak kat malsysia masih belum berjaya membawa Melaka ke arena antarabangsa.

2) ramai orang melaka telah terikut budaya baik yang di bawa oleh SRK. Boleh dikatan setiap lelaki di Melaka cuba sedaya upaya menjaga rupa sahsiah diri. Bersenam untuk mendapatkan lengan berketul dan mencuci muka setiap malam bahkan menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan minyak rambut berjenama tempatan.

3) Ekonomi pekedai makan semakin baik. Dengan adanya tayangan video SRK membuatkan kedai makan disimpang-simpang kg bertambah pelanggan. Secara tidak langsung memulihkan ekonomi rakyat melaka. bayangkan kalau 20,000 pekedai makan di melaka menayangkan video SRK jumlah terkumpul janaan ekonomi melaka mungkin mencecah 14 bilion. banyak tu..

Dengan itu amat wajar SRK dianugerahkan datuk kerana sumbangannya begitu besar kepada melaka.

jawa peranakan said...

kalaulah datuk laksamana hang tuah masih hidup,maka pasti beliau kecewa..

betapa tidak..beliau dulu sebelum layak digelar datuk,terpaksa mendaki gunung ledang untuk mendalami ilmu persilatan..bermati-matian pulak mempertahankan negeri dari musuh..sanggup difitnah dan dihukum bunuh..terpaksa pulak bunuh sahabat baik yang dah dianggap sebagai saudara iaitu Jebat..terpaksa pulak meredah belantara pahang untuk meminang tun teja dan mengorbankan perasaan kasihnya kepada tun teja..barulah dapat gelaran DATUK..

alih2 sekarang..kerajaan yang beliau pertahankan dengan nyawa beliau tu senang2 je bagi datuk kepada Shah Rukh Khan..gelek2 sikit..tumbuk2 sikit..dapat datuk..

Anonymous said...

dialog gambar..
abah:hahaha!!sebelah ekor ni abah yg punya, makan budok!!..bestnya bergayut-gayutan ni..lalalala...
anak:hekeleh..abah tu..cam best sgt..x bg org main kat ekor..alah..kat ekor tu xde isi punnn..

Anonymous said...

Asri - yop ader lagi nii...byk bebenor ni... endak ker tak endak..tak per teman bagi jer ler yer..

Legat= mata asyik memandang kearah sesuatu
Muey= nak muntah
Melantak= makan (cth:kuat melantak)
Ngekek= suka teramat sangat
Terenjat= terkejut/cemas
Mencobak-cobak= tak henti-henti

nii.. lepas meeting la nii byk benor teringat nyer.. mencobak-cobak keluor dari kepala
haa lagi jgn lupe ajor teman buat blogg..

cabey said...

Seronok benor anak ngan abah mengerojekan dinosor tuu..
Banyak betol dialek perak en asri yang saya sendiri tak pernah dengar..orang jati perak ker nii sama mcm en raduan tuan punyer blog..ni

Anonymous said...

Yop ni ha ader lagi...

Kengkiak = anai-anai hitam berkepala besor

Keredek = cengkerik tanah (dok dlm lubang pastu tuang air dlm lubang)

Ngelewor = diluar kawalan sama mcm melilor..mcm org mabuk minum todi (ke kiri ke kanan)

Kecor/lecor = especially utk air lior..cth; kecor air lior awak nengok lauk tempoyak tuu..

Mengelinak = berkeliaran/berada disisi/dicelah-celah..cthnyer tuu haa anak ayam nyer ader mengelinak kat ibunyer..

Jelepek = letih yg teramat sgt hingga tak larat nak bangun

Pantang lepa = lebih kurang lalai ler

Parak = cth nyr parak la mcm nii kalu awak jer yang keluar duit ...

Lesut = macam kemek jugak laa tapi sikit sangat

Haa perkataan mencobak-cobak sama juga mcm membuak-buak

Melendut/Landuh = sama macam .. melengkung ke bawah disebabkan bebanan dari bahagian atas

Sebu = terasa mcm kenyang tak kenyang

Jelabang/Rabang = tak mendengar dengan baik apabila sedang bersembang dengan kengkawan

Cebuk = timba air

Ngeren = senget sikit

Itu jer laa utk ari nii kalu teman salah harap perbetulkan ....mintak maaf byk2 la yer

-ASRI -

Anonymous said...

Jebak = jerat/perangkap

Ganjey = malu/janggal
Pudor = malu

Terbelih = terlilit/terjerut

Soyok = utk atap yang menjulur/ditambah

Keroko = cakar

Gayong = timba air

Berde'eh = merengus/mengeluh

Ngayan = Menyauk ikan menggunakan alat yg diperbuat dari rotan dan jaring/jala.

Pengilo = bapak kepada bubu berbentuk empatsegi

Uraih = umpan/mengumpan

Cerum-ceram = seram sejuk

Paneih merembang/tghari rembang = matahari pukul 12.00 terpacak atas kepala/panas yang amat sangat

Dogoi = botak licin

Gempor = heboh/gempar

Laeh = lesu.. cthnyer laeh benor ropenyer mcm takkan makan

Peghodi = sama mcm ghodi

Pomen = tukang membaiki sesuatu

Nik said...

mumbai press : ape perasaan en. shah rukh khan datuk dari kerajaan malaysia

SRKhan : semalam saya kamus juga ada buka cakap itu datuk punya meaning itu tua punya worang juga. tapi tada apa la, saya banyaaakk hepi pasai itu boleh buat belanja sama itu saya punya bibik juga