19.11.08

PENANGAN FIT

Baru-baru ini saya terserempak dengan orang kampung saya, Wahob (nama samaran). Usianya lebih 50 an. Semasa di kampung saya amat mengagumi beberapa orang termasuklah beliau. Kagum kerana beliau seorang segak, pakaian kemas dan wajah handsome. Namun pertemuan di Ipoh kali ini sungguh memeranjatkan saya. Kini beliau hidup merempat seorang diri tanpa keluarga, tidur bergelandangan di kaki lima dan taman permainan. Bekas kakitangan kerajaan ini kini merana hidup setelah terlibat dengan dadah yang bernama fit. Dadah jenis ini diambil dengan cara suntikan atau hidu. Untuk mendapat sedikit duit kerja yang boleh dilakukan ialah menjaga parkir di sekitar bandaraya Ipoh. Kami berbual dan mengenang kampung halaman dan salah silah keluarga bila bertemu. Beliau memberitahu alangkah silapnya jalan yang diambil, tetapi sudah terlalu lambat. Dalam usia senja hendak balik ke pangkal amat susah. Beliau menunjuk tanpa segan silu kedua-dua lengannya yang dipenuhi kesan lubang suntikan. Meremang bulu tengkuk saya. Sebagai melepaskan tanggungjawab saya sempat mengajaknya betulkan jalan hidup kerana secara logiknya hayat untuk hidup golongan sebegini terlalu pendek. Mungkin taubat seminggu atau sehari sebelum mati itu yang akan menyelamatkan dari azab Allah buat selama-lamanya. Namun Wahob sendiri menyatakan idea yang dia akan gunakan duit KWSP (katanya dalam RM20,000) untuk pergi ke Mekah, memusnahkan passport dan tinggal di sana untuk menghabiskan hayatnya dengan bertaubat kepada Allah. Dalam perjalanan pulang ke rumah air mata saya bergenang dan berdoa supaya Wahob dapat keluar dari sengsara penjara dunia dan di beri hidayat oleh Allah.

8 comments:

jawa peranakan said...

sama2 la kita berdoa kepada Allah agar Wahob diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah..Amin..

Anonymous said...

hidayat Allah sangat MAHAL. sekiranya ia barangan murahan sudah tentu yang paling layak dapat hidayat ialah bapa saudara nabi Muhammad, Abu Tholib yang susah payah berkorban menyelamatkan dan mempertahankan nabi sewaktu awal-awal nabi mengembangkan Islam.... Namun firman Allah kepada nabi mafhumnya " Sesungguhnya hidayat (petunjuk) adalah urusanKu, Aku akan beri pada siapa yang Aku suka". Nah sekarang marilah kita semua menyukakan Allah.

irdina said...

huhuhu..isk!isk!..sob..sob..sedih tul sy rs bila bc entri yg ni!!!...

-http://nurdiniirdina.blogspot.com-
kalu senang singgah la yer!!!

Tuhfat al-Nafis11 said...

yop singgah laa...ader lagu geng labon versi indon...sambil nyanyi leh labon...leh ngurat..leh mcm2 lagi...

Mak Su said...

semoga dipermudahkan :(

R@duan said...

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dijauhi anak-cucu kita dari bencana dadah (...mulanya saya nak tulis bencana dadah tu sebagai 'binatang dadah'...tapi binatang tidak ada kaitan dalam permasalahan ini, dan cepat-cepat hati saya 'mohon maaf' kepada sekalian binatang kerana cuba mengheret secara tidak sengaja komuniti mereka...)

tempayanbudu said...

Salam..ate macam nk kenal jer org nyer..x tau lar..mgkin x berapa nk cam pasai bukan besh awok..duan awok ambil gambor kt blog mike bleh..nk pakai..sajer2..hehheh

R@duan said...

tempayanbudu:
silakan (siloke kata org Kelantan)