31.12.08

dLOKASI

Apa lagi yang tak cukup tu yop...?!
Sahabat gua, Armmean & Nick sedang ngetest set baru

29.12.08

YANGAT / NYANGAT

Di Perak, kalau anda terdengar perkataan ini (yangat, nyangat) maknanya ialah minuman panas. Berasal dari perkataan air hangat (ayor hangat). " Moh kita pekena yangat dulu".

28.12.08

Demonstrasi

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," kata Ofer Shmerling,pegawai pertahanan awam entiti haram Israel.

SMS dari Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub:
Pemuda PAS mengajak umat Islam bantah serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin! Ayuh ke demonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa, 30 Disember 2008, 11 pagi.

20.12.08

ADUHAI ANAK

Cuti dekat nak habis dah. Nak masuk musim baru persekolahan. Tahun depan anak masuk darjah 1, 4 dan 5. Tadi, bawak budak-budak pergi beli pakaian sekolah. Suka mereka. Balik rumah terus test. Ngonyen memanjang. Takpalah anak. Tu tugas seorang abah. Alhamdulillah ada bonus bulan ni. Separuh dah dihabiskan tadi. Harap di sekolah kamu boleh mengaum macam anak rimo kat atas tu.

NAMA TEMPAT & WARNA


Air Kuning
Tanah Merah
Seputih
Air Hitam
Pasir Putih
Bukit Kayu Hitam
Blackburn
Greenwood
Whitehouse
Tanah Hitam
Laut Merah
Greentown
....

17.12.08

TANPA POLIS PENGIRING...ok je !

Ahad lalu, ketika mengunjungi pakcik saya di Bukit Antarabangsa (Riverdalle), saya dapat menyaksikan kedatangan Menteri Besar Selangor ke lokasi tanah runtuh, tanpa diiringi oleh polis. Agak pelik. Lain dari biasa. Keesokannya, diakhbar keluar kenyataan Khalid Ibrahim seperti berikut:

Para pemimpin pakatan pembangkang di Selangor tidak perlu diiringi polis ketika menghadiri majlis-majlis dan tugasan luar kerana kehadiran pasukan itu hanya akan membataskan kemesraan mereka dengan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apabila seseorang pemimpin dikawal ketika sedang bertugas, rakyat tidak akan boleh menghampiri mereka kerana telah disekat oleh anggota polis yang bertugas sebagai pengiring.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak berniat untuk menafikan usaha pasukan polis tetapi mahu anggota yang bertugas mengiringi pemimpin itu melakukan tugas lebih penting yang merupakan keutamaan mereka iaitu membanteras jenayah di negeri ini.

''Pada pandangan saya tidak perlu pemimpin di negeri ini diiringi polis memandangkan jumlah polis pun kurang.

''Kalau asyik menjaga Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin lain mereka tidak boleh jaga masalah jenayah yang juga berleluasa di negara kita.

''Lagipun kita kerajaan yang telus dan sentiasa menghormati rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Selangor Ria 2008 di tempat letak kereta Stadium Melawati di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie agar pemimpin-pemimpin tertinggi di negeri ini perlu sentiasa diiringi anggota polis bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis-majlis dan sebagainya.

*********
Elok sangatlah tu. Jangan kita bazirkan tenaga polis. Ada banyak kes terutama di KL dan Selangor ini yang perlu mendapat perhatian polis. Kalau tak diiringi polis, pemimpin akan lebih menjiwai perasaan dan masalah rakyat. Kena duduk dalam trafik jem, beratur bayar tol dan isi minyak kat petrol pump. OK apaa...

16.12.08

CIKGU 5 BINTANG

Norazizol, guru. tapi tak pernah mengajar saya. Saya mengenali beliau semenjak 1999. Baru-baru ini, raya haji ke3, saya menziarahinya di Ketereh, Kelantan. Menyambut saya dengan peluk Arab. Isterinya yang dipanggil Umi oleh anak murid juga baik terhadap saya. Ketika saya sampai di rumahnya jam 9.00 pagi, sudah ada 5 orang pelajar lelaki tingkatan 6, SMK Hamzah, Machang. Rupanya mereka sudah berada di rumah Cikgu Norazizol sedari semalam, -tidur di rumah cikgu-. Hamboi, mesti cikgu/cikgi sekelamin ini hebat banget. Memang...sesiapa yang berada disamping cikgu Norazizol akan gembira. Selang beberapa perkataan, anda akan ketawa apabila berbual dengannya. Betuuul! . Sebelum meninggalkan rumah beliau, saya dibekalkan seekor harimau dan sehelai kemeja. Harimau?....ia sebuah majalah tahunan sekolah. SMK Hamzah, ialah sebuah sekolah unggul di Machang, Kelantan.

12.12.08

10:2

10 ekor kerbau, 2 ekor kambing telah dikorbankan di Kg. Kepayang Fair Park, Ipoh, Raya Aidil Adha lalu. Banyak tu. Semua penduduk dapat bahagian masing-masing (daging/tulang). Yang susah, yang senang, miskin kaya semua dapat. Jadi seperti acara mewah pula. Menggulai, masak sup, makan makan di perkarangan masjid. Terfikir juga dalam hati. Tahun depan sembelih 5,6 ekor dah la. Selebihnya sedekah duit untuk dibuat majlis korban bagi saudara Muslim yang miskin seperti di Kemboja, Afrika dll. Khabarnya ada saudara muslim kita di sana yang dah bertahun tak merasa makan daging kerana terlalu miskin. Hidup pun melarat. Apa pun didoakan peserta korban tadi mendapat ganjaran selayaknya dari Allah SWT. Amin.

4.12.08

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM

Saya dengar para ustaz berkata, bahawa penyejuk bagi jiwa ialah istighfar....
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM

3.12.08

AKHIRNYA...BONGAP BONA!

Kadang kadang kita ni sebagai pekerja, adakalanya melihat orang atasan membuat keputusan yang bodoh sungguh. Tapi nak buat macamana ye? Kita cuma mampu gelak dalam hati sajalah. Mereka nak berlabon juga walau pun apa yang dilabonnya tengin benar. Akhirnya sekali lagi kita tergelak dalam perut. Jangan terburai isi perut dah la.

..............................
Tambah sikit lagi.

(Slang Negeri9)
Orang atasan yang den maksudkan tu sebona yo orang bawah jugak, Orang yang di ateh dio tu pun sebona yo orang bawah jugak. Maksudnyo banyak lapih la ni. Limo nam lapih ado. Sapo yang nak buek keputusan ni...last last sapo pun tak beghani. walopun orang atasan tapi takat jadi posmen yo, buek apo. Macamano nak efektif. Makan maso nak buek sesuatu keputusan. Bongap. Ni la kalau banyak sangat kepalo. Kepalo tu kalau kek dalamnyo ado otak tak apo la jugak. Bongap. Kepalo jonih ni nak dibuek kari pun tak boleh. Kalau tidak nak jugak ngetes Kari Kepalo Orghang.