12.12.08

10:2

10 ekor kerbau, 2 ekor kambing telah dikorbankan di Kg. Kepayang Fair Park, Ipoh, Raya Aidil Adha lalu. Banyak tu. Semua penduduk dapat bahagian masing-masing (daging/tulang). Yang susah, yang senang, miskin kaya semua dapat. Jadi seperti acara mewah pula. Menggulai, masak sup, makan makan di perkarangan masjid. Terfikir juga dalam hati. Tahun depan sembelih 5,6 ekor dah la. Selebihnya sedekah duit untuk dibuat majlis korban bagi saudara Muslim yang miskin seperti di Kemboja, Afrika dll. Khabarnya ada saudara muslim kita di sana yang dah bertahun tak merasa makan daging kerana terlalu miskin. Hidup pun melarat. Apa pun didoakan peserta korban tadi mendapat ganjaran selayaknya dari Allah SWT. Amin.

8 comments:

tempayanbudu said...

Salam..ate betoi doh kamu punyer idea tue..kalo doh banyok benor kt sini nk buat aper yerk..elok ler kiter ngator ke tmpat lain..sian kat deme..teman setuju cadangan mike tue..heheh

Nik said...

betul...share la skit kat jiran seagama ye...mudah2an berkat.....

Mak Su said...

marilah buat perubahan iteww

jawa peranakan said...

sekurang-kurangnya daging korban tersebut tidak diagihkan kepada mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa.. khabarnya ada di antara mangsa dalam kejadian tersebut tidak mahu menjamah makanan yang tidak mencapai piawaian (standard) mereka..

itulah yang berlaku sehingga ada media yagn menjumpai berpuluh-puluh bungkusan makanan yang masih elok yang telah dibuang ke tempat pembuangan sampah berhampiran kawasan kejadian.. ada pula beberapa ekor babi hutan yang sedang menikmati makanan tersebut.. dipercayai bungkusan makanan tersebut adalah untuk mangsa tanah runtuh tetapi telah dibuang kerana mereka enggan menjamah NASI BUNGKUS..

PS-mereka juga tidak mahu tinggal di dewan sekolah yang telah disediakan sebagai penempatan sementara..mereka mahukan hotel 5 bintang..

R@duan said...

kebanyakan orang asli di negara kita masih tinggal di lereng bukit, mereka tidak mahu tinggal di tanah pamah. kata mereka "kat syini syelesya, tinggi, buleh nampak orang bawah, banyak angin...."

Nik said...

kat syini syelesye,nyinggi,muleh namak o'ang mawah nyun, manyak angyin....(sengau "mereka" itu tak habis habis)

R@duan said...

so...usahlah kita berkelahi kerana hendakkan tinggal di lereng bukit. dah macam orang asli je...

jawa peranakan said...

yop..
org asli tinggal di celah2 bukit tanpa menebang pokok & menarah bukit..itu sebab bala tak turun atas kepala diaorang..

mungkin boleh dicadangkan agar org kita yang gemar tinggal di celah2 bukit ni berpindah dan memilih untuk tinggal di atas pokok pula.. sesuai dengan kemampuan akal mereka..

kerajaan pula perlu menyokong usaha tinggal di atas pokok sebab bila banyak rumah dibina di atas pokok maka banyak la pokok yang perlu ditanam sekaligus akan menjadikan bumi kita ini lebih hijau.. tak gitu yop?