17.12.08

TANPA POLIS PENGIRING...ok je !

Ahad lalu, ketika mengunjungi pakcik saya di Bukit Antarabangsa (Riverdalle), saya dapat menyaksikan kedatangan Menteri Besar Selangor ke lokasi tanah runtuh, tanpa diiringi oleh polis. Agak pelik. Lain dari biasa. Keesokannya, diakhbar keluar kenyataan Khalid Ibrahim seperti berikut:

Para pemimpin pakatan pembangkang di Selangor tidak perlu diiringi polis ketika menghadiri majlis-majlis dan tugasan luar kerana kehadiran pasukan itu hanya akan membataskan kemesraan mereka dengan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apabila seseorang pemimpin dikawal ketika sedang bertugas, rakyat tidak akan boleh menghampiri mereka kerana telah disekat oleh anggota polis yang bertugas sebagai pengiring.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak berniat untuk menafikan usaha pasukan polis tetapi mahu anggota yang bertugas mengiringi pemimpin itu melakukan tugas lebih penting yang merupakan keutamaan mereka iaitu membanteras jenayah di negeri ini.

''Pada pandangan saya tidak perlu pemimpin di negeri ini diiringi polis memandangkan jumlah polis pun kurang.

''Kalau asyik menjaga Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin lain mereka tidak boleh jaga masalah jenayah yang juga berleluasa di negara kita.

''Lagipun kita kerajaan yang telus dan sentiasa menghormati rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Selangor Ria 2008 di tempat letak kereta Stadium Melawati di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie agar pemimpin-pemimpin tertinggi di negeri ini perlu sentiasa diiringi anggota polis bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis-majlis dan sebagainya.

*********
Elok sangatlah tu. Jangan kita bazirkan tenaga polis. Ada banyak kes terutama di KL dan Selangor ini yang perlu mendapat perhatian polis. Kalau tak diiringi polis, pemimpin akan lebih menjiwai perasaan dan masalah rakyat. Kena duduk dalam trafik jem, beratur bayar tol dan isi minyak kat petrol pump. OK apaa...

6 comments:

jawa peranakan said...

SETUJU!!!
tak perlu bodyguard..

sebenarnya setiap dari kita ni dah memang sentiasa ada 2 bodyguard yang akan sentiasa ikut ke mana sahaja kita pergi..satu di kiri & satu di kanan..

kalau kita sentiasa ingat akan bodyguard tersebut maka kita akan sentiasa selamat..

PS-ada sesiapa nak cuba teka apa nama 2 bodyguard tersebut?

Nik said...

"bodyguard" itu mungkin soulguard kot...

pasal pengiring ni...erm, biar akal menilai lebih rasional dari emosi...akan keperluannya.aduhai pemimpin2 ku...korang kan pemikirrrr..pikior le sendiri...

dina said...

bior le polis buat koje deme, asyik nak jaga org beso2 je, payah juge...

armmean said...

org beso2 tu jer..eleh beso maner la sgt..muahahaha..ade yg lg Maha Besar..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
setuju bangat

Tuhfat al-Nafis11 said...

cukup la bagi kite yang menjaga kite tuu pun dah cukup....tuuu malaikat Raqib & Atid kiri kanan kite...