31.12.09

1.1. ( SATU HARI BULAN SATU )

1.1 , ialah hari teman dilahirkan kedunia ini. Terima kasih diucapkan kepada emak teman yang berhempas pulas mengandung dan melahirkan teman ke dunia ini. Susah seorang ibu mengandung, melahir, membesarkan seorang anak bukanlah kesusahan yang sedikit. Terlalu banyak pengorbanan dilakukan. Semoga Allah balas segala pengorbanan 'Mak Encik, Cik Yah, Mak Yah, Sakyah, Sakiah, Sakaiah, Yah' (gelaran mak teman) dengan rahmatNya. Amin!

29.12.09

GRAFFITI STENSIL

Stensil ialah salah satu kaedah menghasilkan graffiti. Jalan ini lebih mudah dan boleh menghasilkan graffiti dalam jumlah yang banyak. Langkah pertama, kenalpasti apa idea yang hendak di'graffiti'kan . Kemudian cari gambar-gambar atau tulisan yang bersesuaian. Kalau kamu boleh melukis, itu bonus untuk dapatkan tulisan atau karektor yang kamu suka. Ikut suka kamu. Lepas itu kamu potong tembus bahagian yang hendak di spray. Guna cat air pun boleh, tapi leceh sikit. Takkan tak ingat masa darjah 1 dulu pakai span dan cat air untuk buat ni!. Setelah siap, kamu boleh cari tempat yang sesuai untuk pamer dan kongsi hasil karya kamu itu dengan orang lain. Kalau dapat tempat yang ramai orang itu lebih baik. Lekatkan di dinding, dan spray ditempat yang di potong tembus tadi. Nah sekarang graffiti kamu telah siap. Mudah bukan?. Maknanya mesej (kalau ada...) yang kamu hendak sampaikan akan dilihat dengan jelas. Kalau kamu tak berani, kamu buat kat dalam jamban rumah kamu sahaja. Dengan graffiti kamu dapat menerbitkan karya kamu secara percuma tanpa apa-apa cas. Kalau kamu hantar karya kamu ke mana-mana majalah, belum tentu karya kamu itu akan disiarkan. Sori la !kalau ada unsur-unsur kritikan melampau, jangan harap!.

Bagi graffiti di atas , isu semasa ' penjualan enjin jet F-5E' secara haram menjadi topik utama. Idea datang secara tiba-tiba apabila rasa amarah dalam hati sudah tidak tertahan lagi. Marah kepada orang yang diberi amanah, mengkhianati sumpah setia sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan menjaga negara. Ini manusia paling setan dalam dunia!. Rasa amarah begini tidak boleh di simpan di dalam hati, kelak akan mengundang masalah lain seperti penyakit jiwa, kemurungan, sedih berpanjangan dan sebagainya. Ia harus dikeluarkan melalui saluran tertentu samada tulisan, berbual-bual,, melukis, menjerit sekuat hati dalam kereta yang berkunci rapat, atau alihkan kepada isu lain seperti pergi berkelah, mandi laut, main jetski, motorcross, memancing dan sebagainya. Jalan terbaik banyakkan zikrullah.

Berbalik kepada graffiti, ia juga satu jalan atau kaedah terapi jiwa. Anda setuju ? Kalau tak setuju , sila tulis apa yang anda tak setuju itu di bawah. Jangan disimpan di dalam hati. Kelak diri anda merana sendiri!

27.12.09

AHLI BARU TEMAN...


Ini ahli baru teman. Beliau menyertai famili teman kira-kira 3 minggu lalu. Teman jemput beliau di rumah Cikgu Jakpor, Beluru, Kuala Kangsar dengan bantuan pakar scrambler Sayong Encik Tok E. Namanya BKZ. Bunyi meraungnya boleh tahan. Tingginya pun teman berkenan, kalau di KL ni, taklah jamm dalam banjir bila hujan lebat. Beliau akan teman tugaskan untuk membawa teman kemana-mana saja teman suka. ISA ...'ikut suka aku' le!.

25.12.09

AJENYER NGAMPUT WAK BETOI !

1 Malaysia terjejut . Terkejut 1 Malaysia. Malaysia 1 terkejut. Malaysia terkejut 1. Ajernyer ngamput wak betoi!

20.12.09

PELANCARAN UREKA, SEKOLAH BUDAYA RAKYAT

Bismillah.......
dikunjungi oleh bonzer Kuale....
Stencil....
Pylox spray ni boleh juga digunakan untuk baling anjing. Banyak anjing di KL sudah tak berani mengacau pengkarya graffiti setelah dibaling dengan spray ini.....

Pelancaran UREKA Oleh saudara Pyanhabib
19. 12.2009
Kuala Kangsar

* Kepada Pn PPB (dari Penang) yang metor mencari Ureka berjam-jam (tapi tak jumpa), kami minta maaf banyak-banyak. Tempat tu baru dan agak tersembunyi sikit. Saya sendiri pun pada awalnya sesat juga.

19.12.09

5 JAM SEBELUM TEMBANG DI KUALE...

Mereka mengenakan t-shirt bewarna hitam tanda support (sokong) konsep "putih, kuning, hitam" graffiti sekolah budaya rakyat....(agaknya laa....!!)
Putih, kuning, hitam ialah: AGAMA , PEMIMPIN, YANG DIPIMPIN

16.12.09

MOH KE KUALE KITE....YOP !!

Ate, mak sedara teman, bapak sedara...tok led, pokcu, pakwe dan semua orang-orang kampung teman yang nak nengok teman nyembor cat spray kat dindin...datang le ke Kuale Sabtu nii....bukan teman je, ramei lagi yang buat macam-macam persembahan....ish datang je !! Kome tengok kat acara tu...atas !!

15.12.09

TERSENARAI DALAM TOP 30

Karya ini tersenarai dalam 'top 30' pertandingan http://seniuntukaids.blogspot.com/. Di buat secara mudah tanpa memerlukan pemikiran yang kuat. Niat asal ialah untuk bantu menjayakan program, bukan untuk hadiah. Teringat semasa bertugas dengan Kementerian Kesihatan suatu masa dahulu....susah untuk dapatkan audien/orang ramai bila buat sesuatu program kesihatan. Nah ! sekarang saya sudah bantu satu program kesihatan dalam negara kita. Tahniah untuk saya dan keluarga saya.
( Patutnya karya ni dapat no 1...kadangkala hati berbisik yang luar biasa lalu kawan-kawan lain cemburu yang amat sangat, terutama Abdullah Jones hi hi hi ...)

13.12.09

JENUH MEMIKIOR.....

...pikior projek graffiti Tembang di Kuale....
....pada 19 Disember 2009 nanti....
....sempena pelancaran SEKOLAH BUDAYA RAKYAT....
...oleh Pynhabib....

21.11.09

TAMAT

Telah tamat sebuah pengajian "Sarjana Pengajian Melayu (Kesenian : senirupa)". Kertas penyelidikan terakhir telah dihantar pada 16 Nov 2009. Semoga sukses semuanya. Ingin berehat dari belajar buat seketika. Beri tumpuan pada kerja dan keluarga.....

13.11.09

INGATAN KEPADA PESERTA PAMERAN ENDAU ROMPIN

PAMERAN ENDAU ROMPIN
GAP's telah dimaklumkan bahawa pameran akan diadakan pada 6 hingga 15 mac, 2010. Setia usaha telah pun menghantar surat kepada semua peserta agar dapat menghantar gambar karya, ukuran bahan, harga untuk dibawa dalam mesyuarat pada januari, 2010 . Tarikh akhir pada 31 disember, 2009. Pada yang gagal menghantarnya dikira tidak berminat menyertai pameran. Pada mesyuarat nanti akan diputuskan tarikh penghantaran karya yang dijangka dua minggu dari tarikh pameran. Juga akan dimaklumkan tempat penghantaran dan pameran.Di harap persatuan negeri yang menghantar penyertaan dapat memastikan perkara di atas agar segala urusan erjalan lancar.Kepada saudara Raduan ( penolong s/u ) dapat membantu mendokumentasikan semua karya peserta yang terdapat dalam komputer.Semoga bersaja.

11.11.09

Bergambar sebelum pencen.....

Dari kriri: En Zubir, En Kelana dan YM Raja Rosli.
Pencen, bagi setengah orang adalah merdeka dari bebanan kerja. Bagi setengah yang lain pula ibarat perpisahan yang menyakitkan. Lantaran itu ada orang menyambung perkhidmatan hingga ke umur 58 tahun, manakala yang lain tak sabar-sabar menunggu 55. Ada juga orang yang cuba pencen lebih awal dari 55. Itulah senario bagi penjawat awam. Pelbagai persepsi tentang 'pencen'. Sahabat saya, YM Raja Rosli, kanan , akan bersara bulan depan. Semoga beliau dalam keadaan aman dan sihat sentiasa setelah menjalani hidup sebagai pesara kerajaan.

5.11.09

MACAM-MACAM GILER ADER....



Sajak Abdullah Jones, "Perempuan Gemok di Sebelah Meja" membuat saya selalu terbayang bagaimanakah rupa dan bentuk bodinya. Memang benar....ia ehsan pemberian tuhan....
Lokasi: Sg. Klang, baru-baru ini perempuan ini tenggelam dek banjir.

2.11.09

BELUM...& AMIRUL FAKIR...



Entah kenapa tak pasal-pasal, hati ini selalu teringat-ingat Belum. Bila tengok album lama, rupa-rupanya kawan aku penyair dan penulis ada sama dalam ekspedisi tahun 2005 itu. Kami menginap dalam khemah yang sama sepanjang 3 hari di sana. Khabarnya beliau sekarang menderita sakit, aku pun tak dapat berita sebenar sakit apa dan bagaimana keadaannya sekarang. Kawan-kawan di Ipoh akan buat kutipan amal TAF Tabung Amirul Fakir untuk menampung keperluan rawatan dan sara hidup pada 14 Nov 2009 di YKP. Pelbagai aktiviti di rancang terutama dari sudut sastera dan seni. Ya golongan ini halus jiwanya. Lantas itu terus berjuang membantu rakan-rakan yang sengsara dengan cara sendiri. Semoga semua berjaya.


baca lagi.....


Sabtu, 14 November 2009, Rumah YKP3.00 – 6.00 petangKami akan membuat jualan ‘bundle’ (buku, pakaian, segala macam item) di samping memutar beberapa filem pendek / seni video dan bertemu dengan khalayak yang ingin berbicara dan berinteraksi dengan kami mengenai seni atau apa saja.8.30 -10.30 malamPada malamnya saudara Meor Yusuf Azidin aka Meor Folk diundang khas untuk sesi promosi buku beliau ‘Sembang Tepi Jalan’ dan mungkin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau sebagai pemuzik jalanan. Beliau seterusnya akan melancarkan Tabung Amirul Fakir (TAF). Acara persembahan dan bacaan puisi akan turut dijalankan untuk mengumpul dana bagi tabung tersebut.*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki. Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan. Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah.


1.11.09

SEPETANG BERSAMA ISSAREZAL ISMAIL

Khamis lepas 29 Okt 2009, Buat pertama kali, aku sempat berjumpa dengan Pelukis muda Issarezal Ismail di Pasar Seni. Beliau baru pulang dari Bandung Indonesia. Di sana beliau menyambung pelajaran diperingkat PHD. Katanya mungkin setahun dua nanti habislah penyelidikannnya dalam bidang 'kesenian generasi muda'. Aku dapati anak muda ini begitu bersemangat dan teruja dengan bidang yang diambilnya ini. Banyak perkara dibincang walaupun pertemuan sekejap sahaja, sekitar 2-3 jam. Beliau menceritakan pengalaman menuntut di Indonesia, kadangkala kami membandingkan metodologi pendidikan antara Malaysia dan Indonesia. Aku pula ambil kesempatan untuk menceritakan perihal penyelidikan yang sedang aku lakukan iaitu 'senario graffiti' di Malaysia. Kajian kami hampir sama, iaitu berkenaan satu bentuk kesenian di kalangan generasi muda yang terdedah dengan maklumat global, cepat dan pantas. Di dalam perbincangan itu, banyak titik pertemuan dan persamaan di dalam dapatan-dapatan antara kami berdua. Aku juga sempat membawa beliau melawati lokasi graffiti yang popular di Kuala Lumpuri iaitu di Sg. Klang/Pasar Seni/LRT dan Jalan Jelatek. Di sini Graffiti Piece yang dihasilkan oleh pengkarya mempunyai nilai ekspresi dan kualiti estetika tersendiri....

28.10.09

Pemancing yang minat seni visual...

En Azman ialah seorang pemancing di Sg Jelatek K.Lumpur. Kami bertemu ketika masing-masing sedang melayan hobi. Beliau memancing, saya melukis. Bersembang, berlabon. Katanya kerja seni susah dilakukan oleh kebanyakan orang. Oleh kerana minatnya melihat saya melukis, maka saya abadikan namanya di dinding Sg Jelatek ini tanda kami pernah bersua, bersembang dan berlabon....

26.10.09

Sayong Lembah kampung istimewa

Cadangan lirik lagu untuk dinyanyikan oleh Perantau Sayong Lembah...

Teringat cerita dulu-dulu
Sayong Lembah nama kampongnyer
Ngeronyen melabon di jeti tambang
Dari petang bawok ke malam
Orang lalu lalang, idak kome peduli
Seronok bebenor melepak di tambang
Lagi ramei, lagi meriah, lagi hebat le labonnyer,
Bot tambang Sayong , nostalgia
Bot tambang Sayong, kenangan mengusik jiwa

Apa nak heran, tiba-tiba sorang hilang
Ropernya udah tojon kayor
Berdebush ayor sungei mencobok
Kuak lentang, kuak rerama
Ikut suka kome le adanyer

Malam sikit boleh le ngail
Naik bot, sampan pun boleh
Yang ngail, ngail...yang tido, tido
Udah mengoloh bila nak dapat ikannyer
Nyudahnye beli ikan di merket
Ngail ikan sungei, dapat ikan laut

Melabon tepi tambang
Macam-macam cerita
Macam macam gaya
Cerita motor, cerita makwe,
Cerita politik pun ade juge
Ada yang betoi, ada yang reka-reka
Janji stail mesti ada

Kenangan di kampung tak boleh dilupa
Dari kecik sampei ke tua
Mana idaknyer
Kampung teman kampung istimewa
Kampung teman kampung istimewa


Bile berkumpol dihari raya
Nyemat bukan main lagi kome
Ngalahkan wakil rakyat ropernyer
Baju melayu berwarna warni
Merilap bercahaye menyilokan mate
Eimook kome....

Ate...bile nak balik kampong yop?

21.10.09

kita kawan tak mau lawan

street art , jalan jelatek, 9'x7', 17 okt 2009, cat erosol atas dinding, Raduan Norudin

19.10.09

Jalan Jelatek Kuala Lumpur


17 Okt 2009
Laskar:berperang dengan diri sendiri
Projek MOC2 (meeting of character 2)
Untuk disumbangkan ke pertandingan SENI UNTUK AIDS, anjuran PROSTAR
Mesej: Pengidap Aids mesti kuatkan semangat untuk terus hidup....

4.10.09

Pusing KL cari Graffiti....3.10.09

ipers / nba
bubuk
they
sorga jelatek
penampar arab...
BZ
Siek

TLG

tikus kuala lumpur besar-besar...
Jeng / Snozze
Afia gadis graffiti
Bubuk
Marah nampak...
Senyumlah sayang...
RN