30.1.09

GENG LABON DI PAMERAN IYLIA AFIAT NSTP


Cabaran...



Syabas Iylia Afiat, orang muda (21th) yang punya potensi besar dalam arena catan......

29.1.09

GAPS di KUANTAN

GAPS ialah Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia. Kelihatan dalam gambar Yang DiPertua GAPS YM. Dato' Tengku Alaudin b. Tengku Abd. Majid sedang mempengerusi mesyuarat.

GAPS ialah gabungan:
Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA)
Persatuan Senilukis Negeri Kelantan (PESENI)
Persatuan Pelukis Melayu Pulau Pinang (PPMPP)
Kumpulan Pelukis Negeri Melaka(KPNM)
Persatuan Seni Visual Kota Kinabalu Sabah (PSVS)
Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS)
Persatuan Pelukis Sarawak(SAS)
Persatuan Pelukis dan Rekacipta Negeri Johor(SERUPA)
Angkatan Pelukis Darul Ridzuan(APDR)
Persatuan Pelukis Negeri Perlis(PPNPs)
Angkatan Pelukis Kedah(APK)

Aktiviti akan datang:
EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN
22-25 Mei 2009
Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor, GAPS, Kerajaan Negeri Johor
Ahli GAPS sahaja (30 orang)

ZIARAH SENI GENG LABON

Pekara: Melawat artis profesional dalam bidang seni tampak
Siapa tu?: Patrick Lasak (Pelukis), Zainuddin Abindin Hazir (Pengarca, Pensyarah) & Prof Zulkifli Yusoff (Pensyarah, Pelukis, Pengarca)
Di mana?: Tg Malim
Bila?: Sabtu ini, 31.1.2009
Masa bertolak?: 10.00 pagi....dari Pantai Dalam
Macamana nak pergi?: Naik kereta la... Avanza ...ada 4 orang dah cukup. (lagi sikit lagi bagus!)

---------------------------------------------------------
Posting ke 2

PENGUMUMAN

Ziarah Seni Geng Labon ke Tg. Malim terpaksa ditunda ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian kerana Artis yang ingin dilawati mengadakan program lain di luar Tg Malim. Harap bersabar....tk.

27.1.09

DIARI 23270109

Pantai Sepat jadi saksi, 'Kanda pergi tidak lama wahai adindaku...'
'lari dari masalah dunia dan masalah pejabat?.....'
.....ke Kuantan
...berjumpa dengan kera yang comel di Telok Cempedak, boikot dan protes produk McD
...sambil tengok laut...yang 'mengandungi' pelbagai makhluk di dalamnya...
Tolong menolong tolak menolak ... batu kembar jadi saksi (Telok Cempedak)
Cari ketam di pantai...tapi jumpa di restoran...
Badai melanda aku tak peduli... tinggi air yang melantun, tinggi lagi semangat aku..
Penat mandi, rehat. Penat rehat, mandi. Mandi rehat mandi rehat... (Pantai Balok) Ehh...Terjumpa harta karun !? (Pantai Balok)
-------------------------------------------------------------------------
1) Kuantan banyak pantai menarik. Telok Cempedak, Pantai Balok, Pantai Sepat dll
2) Memang layak digelar pusat peranginan. Banyak angin dan bertiup dengan kuat pula.
3) Pantai putih dan bersih
4) Makanan pun sedap-sedap.
5) Hotel banyak. Tapi kalau tak booking mungkin tak dapat bilik.
6) Sata...mmmm sedap!
7) Dari tingkat 4 Hotel Greenlast...melihat gerhana matahari separa ciptaan Allah...Subhanallah!!

23.1.09

CUTI-CUTI....

23 hingga 27 Jan 2009. Cuti di Pahang. Untuk kepuasan bercuti mungkin saya akan off handphone supaya urusan pejabat tak mengganggu cuti saya...Yeahuuuuuuu !!!!

-Bercuti sambil menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Pelukis Semenanjung ke 2, GAPS di Seri Malaysia, Kuantan....yeahuuuuuu !!-

22.1.09

KELANA & PISAU


Saya baru membeli sebilah pisau. Secara peribadi saya tidak menganggap saya membeli pisau tetapi saya membeli ‘seni’. Nilai seni pula sifatnya begitu abstrak. Ia bergantung ‘siapa’ yang mentafsirnya. Jika hasil seni ditafsir oleh ahli atau pakar maka nilai seni akan diletak tinggi dan di tempat sepatutnya. Sebaliknya, jika orang kebanyakan menilai seni maka sudah tentu ‘seni’ itu tiada membawa apa-apa erti. Pisau ini dibuat dengan begitu teliti oleh En Kelana. Beliau mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pisau yang saya inginkan. Besi ‘chasing bearing’ditempa, hulu dan sarung diukir secara manual. Kayu jenis Serian Batu @ Kerian Batu mempunyai urat-urat yang sungguh menarik. Hulu dan sarung adalah dari jenis kayu yang sama dan kontiniti. Koheren. Urat-urat berselirat memberi mood dan aura tersendiri kepada pisau ini. Kerajinan meneliti dan mengamati setiap selirat urat dan buku kayu akan membawa kenikmatan yang maksimum. Kemungkinan juga akan membawa kita ‘menemui‘ sesuatu. ‘Penemuan‘ ini biasanya bergantung kepada ‘siapa‘ yang menilainya. Kerak @ teras kayu yang keras ini biasanya akan memberi saingan dan menguji pengukir seperti Kelana. Hanya pakar yang mampu menanganinya. Tiada bahagian pada pisau ini yang terlepas dari sentuhan seni Kelana. Dari hal memilih besi dan kayu sehinggalah kemasan (finishing).Oleh kerana pisau ini dikategorikan sebagai hasil seni 3 dimensi, maka satu lagi kaedah menikmatinya ialah dengan cara sentuhan. Memegang, mengusap, dan menguji. Sila datang menemui saya untuk menikmati seni tempa dan ukiran pisau karya En Kelana. Jika di zaman dahulu, orang lelaki Melayu dilihat macho jika senjata diselit dipinggang. Tetapi zaman ini, mungkin masih macho jika Melayu memiliki atau menyimpan ’senjata’ walaupun terselit di dalam laci. Jika diperiksa oleh polis. Katakan ’Pisau ini ditempah khas untuk sembelihan Korban atau Aqiqah pada Hari Raya Korban nanti…..”

MACAM KENAL JE MAMAT NI...

jeng jeng jeeeeeeng !!....



malaysia boleh !...

ehhh !....macam pernah jumpa kat Padang Rengas...!!

wow....!!

anda kenal ke mamat ni ?!... kawan saya kata dia anak menteri.

18.1.09

ADA MASYUUUUUK !!!...

Laporan Petugas Media yang bertugas di PRK Kuala Terengganu mendapat sampul berisi wang....Wah! Ada masyuuuuukkk !!!!
Tengok sini: http://kudaranggi.blogspot.com/2009/01/sogokan-wang-kepada-pemberita-cukup.html

THE VISUAL DIARY of RINA ABDUL SHUKOR

Rina Abdul Shukor. You have a wonderful and rich experience to paint visual diary of your own in rich visual experience.

Venue: Pelita Hati of Arts, Bangsar
14th Jan - 7th Feb 09
Monday- Saturday
10 am - 6 pm (closed on Sundays & Public Holoday)

Launching by Media Prima Chairman.

Zainuddin Abindin Hazir, sculptor and art lecturer.

16.1.09

14.1.09

LAGU ORANG MARHAEN

tengok di sini: http://www.youtube.com/watch?v=nhjnqeFrelU&feature=related

Lirik: Dr Asri, bekas Mufti Perlis. Nyanyian: Kopratasa. Ditujukan khas kepada 'pemimpin projek'. Bikin projek sana sini sebab nak 10%, 20%...(barua betoi!). Tidak dibenar siar di stesen tv & radio gomen. Stesen YouTube...no problem!

POTONG TANGAN

Alat ini digunakan oleh anggota komunis Malaya sekitar tahun 50an untuk menyeksa tahanan. Zaaasss!!!... putus ! tangan bergolek ke bumi...darah memancut !
Lokasi: Muzium ATM, Port Dickson

11.1.09

BOIKOT BARANGAN YAHUDI ATAU BOIKOT PERANGAI MACAM YAHUDI?

Bersemangat sungguh orang-orang Islam untuk memboikot produk Yahudi @ Zionis. Tak rela walau sekupang masuk ke tabung Yahudi. Sekupang itulah nanti akan membiayai upacara penyembelihan dan pengeboman kanak-kanak dan wanita Gaza. Ada yang cuba boikot Marlboro, KFC, Starbuck, McD dan lain-lain. Bagus ada semangat begitu. Elok juga diiring dengan boikot perangai Yahudi sekali. Perangai Yahudi ini kalau ada dalam diri orang Islam, lebur hancur tak berguna juga. Antaranya seperti 1) menduakan Allah; yakin selain Allah,ada lagi yang paling berkuasa. 2)meninggalkan solat. 3)mengabaikan zakat yang wajib ke atasnya. 4)enggan berpuasa wajib di bulan Ramadhan. 5)tak terlintas dalam hati untuk menunaikan haji.

Itu perangai Yahudi yang paling basic. Yang asas ini pun ramai umat Islam dah tewas. Yang asas inilah perlu dibaiki. Kalau yang asas ini sudah berjaya barulah cantik nak boikot barangan Yahudi@Amerika@Zionis.

Walaubagaimanapun, saya telah pun istihar dalam hati saya untuk boikot KFC dan McD. Dua ini saja yang termampu oleh saya buat masa ini. Kalau ada kemampuan nanti saya boikot semua produk Yahudi. Kenapa dua sahaja? Realistik, saya buat yang termampu dahulu. Ketika ini saya masih memerlukan servis Yahoo dan Google. Perkakasan Dell dan Intel pun tak mampu dielakkan kerana di pejabat, jenama ini yang dibekalkan.

8.1.09

ALI PERGI DAHULU....

Sahabat seperjuangan saya, Muhamad Ali Abdul Salam yang pernah bertugas di RTM sebagai Pereka Set telah dijemput Ilahi semalam. Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ramai saudara dan rakan taulan berkumpul malam tadi di Hospital Ampang sebagai penghormatan. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Al Fatihah.

6.1.09

dLOKASI 3

Siaran sulung 'Di Luar Lingkungan; Sayed Munawar', TV1, 5 Jan 2009. Bersiaran setiap Isnin 9.30 - 10.30 mlm.
...ini la koje teman, design set untuk siaran tv.....!!

5.1.09

dLOKASI 2

Sesi latihan.....
Di Luar Lingkungan, Sayed Munawar, TV1, Isnin, 9.30 mlm