11.1.09

BOIKOT BARANGAN YAHUDI ATAU BOIKOT PERANGAI MACAM YAHUDI?

Bersemangat sungguh orang-orang Islam untuk memboikot produk Yahudi @ Zionis. Tak rela walau sekupang masuk ke tabung Yahudi. Sekupang itulah nanti akan membiayai upacara penyembelihan dan pengeboman kanak-kanak dan wanita Gaza. Ada yang cuba boikot Marlboro, KFC, Starbuck, McD dan lain-lain. Bagus ada semangat begitu. Elok juga diiring dengan boikot perangai Yahudi sekali. Perangai Yahudi ini kalau ada dalam diri orang Islam, lebur hancur tak berguna juga. Antaranya seperti 1) menduakan Allah; yakin selain Allah,ada lagi yang paling berkuasa. 2)meninggalkan solat. 3)mengabaikan zakat yang wajib ke atasnya. 4)enggan berpuasa wajib di bulan Ramadhan. 5)tak terlintas dalam hati untuk menunaikan haji.

Itu perangai Yahudi yang paling basic. Yang asas ini pun ramai umat Islam dah tewas. Yang asas inilah perlu dibaiki. Kalau yang asas ini sudah berjaya barulah cantik nak boikot barangan Yahudi@Amerika@Zionis.

Walaubagaimanapun, saya telah pun istihar dalam hati saya untuk boikot KFC dan McD. Dua ini saja yang termampu oleh saya buat masa ini. Kalau ada kemampuan nanti saya boikot semua produk Yahudi. Kenapa dua sahaja? Realistik, saya buat yang termampu dahulu. Ketika ini saya masih memerlukan servis Yahoo dan Google. Perkakasan Dell dan Intel pun tak mampu dielakkan kerana di pejabat, jenama ini yang dibekalkan.

7 comments:

tempayanbudu said...

salam..

ate baguih lar roper itu..awok pon tgh duk nak boikot jugak nie..selama ni on boikot jugak, cume tak secara zahir..sekarang baru zahirkan..

Teruskan usaha kita...Takbir..!!!

jawa peranakan said...

setuju yop..

boikot produk yahudi..tapi perangai yahudi tak diboikot..

agak2nya kalau 1 pihak tu dia menyeru agar produk yahudi diboikot tapi dalam masa yang sama dia membenarkan jualan produk yahudi tu..iklan2 produk yahudi tu masih jugak dibenarkan disiarkan..maka itu dikira perangai yahudi tak yop?

Mak Su said...

betul tu, betulkan dalaman kita dulu, yg utama, baru ler kita kuat in and out utk lawan mereka, tak kira lah lawan cemana pun.

usain bolt said...

bang..
aku dah lama boikot kentaki dan mekdonel ni..tapi aku tengok perniagaan diaorang steady je.. dlm musim boikot ni pun ramai je org kita makan kat sana..

yang makan kat sana tu kira perangai yahudi tak?

bulan puasa pun ada yang makan kat sana..

PutRiZ DaMia said...

KALO NK DI IKUTKAN BNYK BRG YAHUDI YG NK DI BOIKOT NI...AGK2 LEH KE SBB NEGARA KITA SENDIRI PUN MCM MEMERLUKAN JE BRGAN MEREKA!!!!ERMMM.........

Nik said...

terpakasa kena harus bersedia berkorban ...

kalau kita dapat dapat makan kfc sedang ada saudara yang makan peluru dan bom? just mulakan je skrg dgn menzahirkan sedikit rasa marah dgn tindakan...insyaAllah langkah kecil ini akan menjadi suatu perubahan besar nanti...

anyss said...

Asal je ada bunyi macam Yahudi tu...boikot je semer!
Barangan Belanda dulu, masih boikot ke? Mmmmm jangan warm-warm chicken shit udah ler ye!