27.1.09

DIARI 23270109

Pantai Sepat jadi saksi, 'Kanda pergi tidak lama wahai adindaku...'
'lari dari masalah dunia dan masalah pejabat?.....'
.....ke Kuantan
...berjumpa dengan kera yang comel di Telok Cempedak, boikot dan protes produk McD
...sambil tengok laut...yang 'mengandungi' pelbagai makhluk di dalamnya...
Tolong menolong tolak menolak ... batu kembar jadi saksi (Telok Cempedak)
Cari ketam di pantai...tapi jumpa di restoran...
Badai melanda aku tak peduli... tinggi air yang melantun, tinggi lagi semangat aku..
Penat mandi, rehat. Penat rehat, mandi. Mandi rehat mandi rehat... (Pantai Balok) Ehh...Terjumpa harta karun !? (Pantai Balok)
-------------------------------------------------------------------------
1) Kuantan banyak pantai menarik. Telok Cempedak, Pantai Balok, Pantai Sepat dll
2) Memang layak digelar pusat peranginan. Banyak angin dan bertiup dengan kuat pula.
3) Pantai putih dan bersih
4) Makanan pun sedap-sedap.
5) Hotel banyak. Tapi kalau tak booking mungkin tak dapat bilik.
6) Sata...mmmm sedap!
7) Dari tingkat 4 Hotel Greenlast...melihat gerhana matahari separa ciptaan Allah...Subhanallah!!

8 comments:

abdullahjones said...

air balok? salah tu. pantai balok yang betulnya.

BAINI KHAIRI said...

sata memang lazat....time panas-panas tu, pergh!

Anonymous said...

abdullahjones:
salah eja tu dah di betulkan, terima kasih.

baini:
3 seringgit

r@duan

jawa peranakan said...

SATA 3 SERINGGIT?
melampau betul..mike dah kena dah yop..

tapi tak pe..benda makan..usah berkira sangat..

Nik said...

takpe yeop...masuk lg dlm kalendar xtvt labon arr....(satu pun tak jalan lagi camner hahaha?)

Mak Su said...

aku lena banget masa gerhana, ingat nak tengok, sedar2 dah senja....uwaaaaaaa

R@duan said...

....masih terasa tiupan angin di pantai sepat....ahhhh ! sedapnya sampai ke tulang....tak macam KL ni...jerebu asap lori...

jawa peranakan said...

kecur ayor lior bila mengenangkan pantai sepat..bukan apa..teringat pekasam ikan sepat..