27.2.09

JADUAL....

Sabtu 28.2.2009
Pagi-petang: Ikram ahli keluarga- kemas rumah
Petang-malam-subuh: Masjid Sri Petaling
Ahad 1.3.2009
Pagi: Ikram ahli keluarga-mengaji bersama anak-anak
Petang 3-6 ptg: Hi Tea bersama Nizar Jamaluddin di Shah Alam

25.2.09

HAMBIK KO...

Nah kau !....weeeeyyyykkkk.....untuk pakcik dan makcik yang tak habis-habis 'main' politik.

SUATU KETIKA DITAHUN 1985

Salah satu aktiviti kami pemuda Kg Sayong Lembah ialah menyertai pertandingan rakit berhias sempena Keputeraan Sultan Perak. Gambar ini di ambil pada 1985. Memang seronok, mencabar kreativiti, & kerja secara berkumpulan. Tapi sekarang aktiviti ini tiada lagi.

Lagi gambar dalam blog: http://1-mattekang.blogspot.com/

24.2.09

2 BUKIT, 1 BATANG

Budak ini tersengih sampai ke telinga apabila mendapat tahu 3 pilihanraya kecil akan diadakan di 2 bukit, 1 batang ( Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai). Itu belum masuk Bukit Lanjan lagiii......Mungkin dia ingat pilihanraya ini main-main agaknya. Tak kisah la dik. janji kau happy !...ketawa....ketawa.....nasib baik gigi kau putih!.....

INI HAL POLITIK DIK, HAL ORANG TUA-TUA.....KAU BUDAK-BUDAK MANA TAHUUU...

23.2.09

INGAT JANGAN tak INGAT...

Saya baru terjumpa ini dalam blog sepuloh tahun sebelum merdeka. Rupanya rasa tak senang dengan institusi Raja telah lama ada dalam jiwa orang Melayu....

Akhbar MAJLIS, keluaran 9 Feb 1948

" Ingat Jangan Lupa, Kesimpulan Dasar UMNO, Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja".

21.2.09

CEWAHH ....

Walaupun pemain simpanan, tetap hensem....Gambar ni tahun 82 kalau tak silap saya...Johan 3 tahun berturut-turut. Under 16th. Foto diambil dari blog: http://1-mattekang.blogspot.com/

20.2.09

HEAVY METAL vs FINE METAL

Bagi sesiapa yang bosan dengan senario politik Malaysia, atau jiwa terganggu akibat kesan ekonomi merudum, atau tengah 'tension' kerana diberhentikan kerja....bolehlah melawat Muzium Negara. Di sini sedang berlangsung pameran seni besi halus Alam Melayu (fine metal). Pameran Senjata dan Mistik. Terdapat beribu bilah senjata seperti keris, lembing, pedang, sundang, badik, kelewang dan pelbagai lagi. Pasti anda akan dapat sesuatu disini. Pameran berlangsung sehingga bulan April. Masuk percuma.

Geng Labon, Noramean, R@duan dan Wanthewindz sempat mengunjungi muzium 17 Feb 2009 lepas. Tarikan untuk datang semula ke muzium cukup kuat. Nantilah....minggu depan datang lagi agaknya.....

18.2.09

ARTIS TUA SPA Q YANG CUN MELECUN tapi dia terlupa akan PANGGILAN KUBUR. aduhai makcik, bertobatlah...ada masa lagi nii...!!




Saya berharap artis tua cun melecun ini dapat melihat blog saya ini kerana saya amat meminati beliau. Saya tak sanggup dengar orang membuat tuduhan seperti 'dah tua nak mampos, tak sedar diri lagi ke?', ' rumah kata pergi kubor kata mari', 'macam barua' dan macam-macam lagi. Ada juga yang kata' ...maka tertipulah segala makcik dan pakcik di ceruk-ceruk kampung yang menjadi peminat pelakon ini...kaki mabuk arak rupanya'.


SMS DARI BSLN

katanya....Anda d jemput hadir ke Perasmian Pameran Amal Palestin yg d rasmikan oleh YBhg Datin Paduka Marina Mahathir pd 20/02/09, Jumaat 3ptg d Balai Seni Lukis Negara. TQ.

16.2.09

ELIZABETH WONG BOLEN

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bolennya kepada umum. Aje gemor boleeeeen !!

NAMPAK KE TAK NAMPAK?


Imej dirakam oleh saya sendiri, di Port Dickson, Nov2008 lalu

13.2.09

BERJUMPA, BERLABON DAN BERGAMBOR


Hensem dan bergaya, kuat dan bertenaga, pembela agama dan bangsa. Inilah pemuda Sayong Lembah, sekarang sudah keluar berhijrah meninggalkan kampong, berkelana mencari ilmu dan rezeki di Lembah Klang. Teruja saya melihat mereka hebat-hebat belaka. Semasa di kampong kumpulan ini penggerak kepada aktiviti-aktiviti masyarakat seperti kenduri-kendara, gotong royong dan sebagainya. Baru-baru ini mereka bertemu di Old Town White Coffee, Damansara untuk pelbagai topik perbincangan. Tahniah.

* teman cilok gambor ni dari blog tempayanbudu...jangan mare..!!

TRIMA KASEEEEEEYYYYYY !!

Datuk Kathy dan Datuk David Arumugam

9.2.09

IPOH MALI: TALAK SOMBONG

Pelajaran buat pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau:
1) Jangan memilih katak sebagai wakil
2) Tunggul kayu pun jangan pilih
3) Jangan terpedaya dengan logo parti; logo tak boleh buat kerja wakil rakyat
4) Undi adalah rahsia

MANUSIA DAN KATAK

MANUSIA KATAK
MENGKATAKKAN MANUSIA
KATAK MANUSIA
MANUSIA DIKATAKKAN
KEKATAKKAN MANUSIA
SEKATAK-KATAK MANUSIA
MANUSIA MENGKATAKKAN MANUSIA
KATAK MEMANUSIAKAN KATAK
KATAK DIKATAKKAN
MANUSIA DIMANUSIAKAN

MIMPI KATAK

Diberitakan ADUN Jelarpang, C.Jhering dan Behhrang sudah 5 hari tak boleh tidur lena kerana sering diganggu 'mimpi diserang katak'. Mereka juga dikatakan sudah kurus cengkung kerana tidak mendapat tidur yang cukup. Mata pula tersembul seperti katak. Manakala kulit mula bersisik kerana tindak balas hormon akibat 5 hari tidak tidur.

6.2.09

SIMBOLIK HUJAN LEBAT DI PERAK

HUJAN DENGAN LEBAT DI PERAK SEJAK SEMALAM DAN DIJANGKA AKAN BERULANG LAGI DALAM SEHARI DUA INI IALAH UNTUK MERAIKAN KEMUNCULAN 'KERAJAAN KATAK'.

-Katak-katak ini telah berjaya mencipta sejarah politik Malaysia
-Katak-katak ini akan dikenang, samada dikenang manis atau dikenang pahit.
-Tahniah kepada Dr Zamri.
-Daulat Tuanku.
-Rakyat diminta bertenang dan bersabar