20.2.09

HEAVY METAL vs FINE METAL

Bagi sesiapa yang bosan dengan senario politik Malaysia, atau jiwa terganggu akibat kesan ekonomi merudum, atau tengah 'tension' kerana diberhentikan kerja....bolehlah melawat Muzium Negara. Di sini sedang berlangsung pameran seni besi halus Alam Melayu (fine metal). Pameran Senjata dan Mistik. Terdapat beribu bilah senjata seperti keris, lembing, pedang, sundang, badik, kelewang dan pelbagai lagi. Pasti anda akan dapat sesuatu disini. Pameran berlangsung sehingga bulan April. Masuk percuma.

Geng Labon, Noramean, R@duan dan Wanthewindz sempat mengunjungi muzium 17 Feb 2009 lepas. Tarikan untuk datang semula ke muzium cukup kuat. Nantilah....minggu depan datang lagi agaknya.....

9 comments:

armmean said...

Ketika memasuki ke muzium tu, dengan tiba2 kami telah bertukar menjadi seperti orang purba, kesan yang ketara terjadi kepada en. raduan..rambutnya panjang, mcm pang 5..alah imaginasi jer lebih tu..hehehe..

jawa peranakan said...

bang tuah ke tu?

PS-Heavy Metal = PERWAJA STEEL..

jawa peranakan said...

armmean..
raduan dah jadi HANG TUAH ke?
kalau raduan jadi HANG TUAH,maka jawa macam saya ni kena jadi PATEH KERMA WIJAYA la ye..

armmean said...

jawa peranakan:jadi Tamin Sari la..hahaha..

jawa peranakan said...

yop raduan..
abdullah jones org yang hebat.. beliau ada sebut nama tuan dalam blog beliau..

seorang yang hebat macam abdullah jones boleh sebut nama tuan,maka pasti tuan juga seorang yang hebat..

jawa peranakan said...

armmean..
Taming Sari tak best..beliau jawa bodoh..mudah je kena tipu dengan hang tuah..

hang tuah puji keris beliau..kata keris beliau cantik..hang tuah nak mintak tengok..dibaginya pulak..

tak pasal2 kena tikam dengan keris sendiri..

pateh kerma wijaya bijak..akal beliau mampu memperdaya sultan..

R@duan said...

jawa peranakan..
ada seorang pelukis lagi nama sama macam saya...agaknya dialah orang yang dimaksudkan abdullah jones tuuu..

jawa peranakan said...

ooo..mungkin dia..
tapi mungkin juga tuan..

Nik said...

brutalnya abang tu...tatuutt la