30.3.09

NUR LEMBAH PANGSUN

...bersama gitarist Sarawak, Derih...mengalunkan lagu..'Srikandi Cintaku'
En Kalui..

Ini ahli kumpulan SEMARAK BARA, Zila, Cekna, Ilyana, Zura, Aneta, Zamzuri, Saini, Karu, Nina. Dah abis kursus, buat kerja la pulak, jangan asyik bernostalgia terkenang-kenang cerita selama masa berkursus!!!! ~ 15-26 Mac 2009 ~





27.3.09

...AKU KEMBALI !!

14 - 26 Mac 2009......tarikh aku pergi berkursus. Sebab tu blog ni sunyi je!. Kini aku kembali....!!

14.3.09

INI DIA ORANGNYA....

Bekas Menteri Pelajaran Khir Johari yang bertanggungjawab melanyak tulisan jawi, sehingga hari ini ramai generasi muda buta jawi.
Menteri Pelajaran yang masih mengagungkan dan mempertahankan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dengar tak beliau sedang ketawa terbahak-bahak?

13.3.09

KL GRAFFITI

Pagi ni hujan lebat dari subuh sampai lewat pagi. Kena pergi kerja naik kereta. Leceh betul. Jem teruk. Dah 2 jam dalam kereta. Biasa kalau naik motor 20 minit je. Malas nak layan jem, masuk ke KL Downtown, sarapan pagi, kena nasi goreng + kuey tiaw + telur + milo. Lepas jamu selera, jamu jiwa+ mata pula. Di sini ada karya graffiti besar. tajuknya mungkin "KL DOWNTOWN, A SUBSIDIARY" seperti yang tertulis di karya. Seperti para demostran anti PPSMI tempohari, pelukis graffiti juga adalah golongan berani. Bukan kerana nama. Mahu visual yang dihasilkan oleh mereka, ditafsir, dirasai, dijiwai oleh orang lain. Salut kepada mereka yang berani.

11.3.09

Tanda-tanda terkena bom asap pemedih mata adalah seperti di bawah:
1) Mata berair, pedih dan terasa berpasir
2) Batuk-batuk
3) Kulit muka terasa tegang dan sedikit gatal-gatal
4) Loya tekak
5) Terasa hendak muntah
6) Suhu badan meningkat
7) Pening kepala
8) Hidung berair

10.3.09

BAPAK , ini sajak blues untukmu....

Pak Samad
Ini potretmu tanggal 7mac09
Tanganmu melambai aku....
Melambai kami...
Agar ikut perjuanganmu
- Bahasa Ibunda
Kita pertahankan -
Tanah Melayu-tiada lagi dalam sebutan
Tulisan Melayu (jawi)- sedang nyawa-nyawa ikan
Bahasa Melayu?- mau dihilangkan.
Sedang enak kau digelar sasterawan negara
Aaaah...- tinggalkan -
Bungkuskan saja ke dalam beg plastikmu
Bahkan gelaran itu....
Bisa kau kentutkan sahaja (disinilah bluesnya...)
Mengkentutkan gelaran sasterawan negara
Lebih baik daripada meletakkan maruah bangsa dan bahasa
Di telapak kaki...
Ayuh.....ayuh bersama Pak Samad
100,000 pencinta bahasa
Dari Masjid Negara ke Istana Negara
Bersama melakar sejarah bangsa
Kerna Bangsa kita
Bangsa berdaulat
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

8.3.09

KASIHAN DIA


Kasihan melihat abang abang polis ni. Sebenarnya mereka bukan setuju sangat PPSMI ni. Anak-anak mereka juga yang menjadi mangsa. Kawan saya cikgu kata, biasanya anak polis ni dalam pelajaran tak berapa...!Tapi apa boleh buat. Arahan dari pihak atasan, terpaksa juga bertugas. Tengok la muka abang-abang tu, tension jee.. Polis memang terkenal taat setia pada tuannya. Tak boleh lawan. Tuan suruh tembak gas pemedih mata ke dalam masjid, dia pun tembak aje. Tak pikir lagi dah. Kalau suruh 'jimat' pun dia akan kasi 'jimat'. Tau 'jimat' tu apa?...... kalau ada adik beradik, kawan-kawan kerja kat Bukit Aman tanya dia....!!

7.3.09

PENCINTA BAHASA MELAYU MENUNJUKKAN PERASAAN MEREKA

Walaupun pakai topi koboi tapi dia adalah Melayu.
Sasterawan Rakyat A Samad Said
Faisal Tehrani



Bahasa Melayu dikerandakan...oleh PPSMI

Mat Reaggae Rahmat Haron


Ipoh Mali Hanim Khairuddin
Cuci mata, pedih!...minum pun ada








Ke istana kita.....
Awak tangkap saya, saya tangkap awak....








Ust. Taliban





Black@ Amin Iskandar
-----------------------
Pelbagai golongan telah menyatakan perasaan mereka terhadap PPSMI yang banyak merugikan pelajar Melayu terutama di luar bandar. Yang datang terdiri dari guru-guru, pensyarah, pelajar universiti, pekerja profesional, ahli bomba, kerani, petani, orang Kelantan, Orang Perak, Orang Pahang, pelajar tahfiz, Orang Asli, ahli perniagaan, wartawan, blogger, orang miskin, orang kaya, pemuda, petua, mat rempit, rockers, penulis, pelukis, penyair, pemain gitar, penunggang motor, pemandu kereta, penaik komuter, orang Indonesia, Melayu, Cina, India, PAS, PKR,.......................yang tak nampak orang UMNO. mana diaorang pergi haa.? Perhimpunan ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Awak kata awak pejuang orang Melayu....!! Chait !