30.4.09

http://pyanhabib.blogspot.com/2009/04/catatan-kecil-kepada-tun-mahathir.html

Pynhabib sanggup lawan Tun Dr Mahathir di Penanti....

28.4.09

EKSPLORASI SENI DI HUTAN 'ROYAL BELUM'



....cerita lama nii....2006. Satu lagi projek masuk hutan akan diadakan Ekspedisi Lakar Endau-Rompin 22-25 Mei 2009. Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor.

26.4.09

SELSEMA BABI LA PULAAAK....


H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk BANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema babi yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia. Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu. "Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

MENGAPA SAYA SUKA RUMAH SAYA...

...sebab dia beeeesssst!!! Boleh nampak Kay Eeeeeellll......

CAP AYAM

Semalam tengok bola piala FA akhir. Kelantan lwn Selangor. Bukan nak cerita siapa menang atau kalah. Yang menang raikan kemenangan dan yang kalah terima kekalahan. Ceritanya ialah mutu permainan bolasepak kita masih belum memberansangkan. 'Cap Ayam' kata budak sekolah Bendang Kering. Koman la tuu... level kampung! Apa lagi yang tak kena tak tahulah. Tengok pemain dah berusaha bersungguh-sungguh. Coach pun dah mainkan peranan masing-masing. Penonton masih ingin datang ke stadium kalau permainan menyeronokkan. Agaknya banyak sangat campurtangan orang politik tak?..Entah le yop, barangkali kome ada jawapannya... Atau kita terima sahaja sukan bolasepak kita sekadar senaman untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkatkan badan...ada yang tak setuju agaknya...

20.4.09

SAINS KENTUT

1. Dari mana asal kentut? Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut? Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk? Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi? Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi? Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari? Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut? Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan? Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut? Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut? Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut? Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar? Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut? Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut? Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral? Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus? Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam

19.4.09

LEPASKAN KEMBALI AKU KE LAUT


Drama era 50an ( 1957 ) Lepaskan Kembali Aku Ke Laut, di Parit Buntaq, Perak. Dilakonkan pada 2007. Khir Mohd Nor melakonkan watak seorang yang kuat UMNO tetapi hidupnya tak tentu pendirian. Apabila tidak mendapat jawatan maka beliau buat perangai. Kehidupan rumahtangga Khir juga kacau bilau setelah beliau berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya...

18.4.09

HUJAN SUDAH TEDUH

Macam ni la caranya dema (bomba) memancutkan ayor untuk buat hujan. Dalam baju hujan, atas kren tu ialah jurukamera. Dua orang perempuan tu ialah pelakon.
Gambar-gambar semasa rakaman drama Hujan Sudah Teduh di Muar 2006. Wah.!..musim panas begini kalau main ayor, seronok weh.

17.4.09

PERGH, GILER...!!



layan eksperimen ' pengembaraan cahaya'
* gambus: zulkifli ramli
* electro acoustic: kamal sabran ( orang giler..kah kah kah )

di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=GBjEQPqNmws

ada lagi di sini:
http://kamalsabran.blogspot.com

16.4.09

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Agensi di bawah KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN:
-Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
-Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
-Perpustakaan Negara
-Jabatan Warisan Negara
-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
-Jabatan Muzium Malaysia
-Istana Budaya
-Balai Seni Lukis Negara
-Arkib Negara Malaysia
-Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
-Jabatan Penyiaran Malaysia
-Jabatan Penerangan Malaysia
-BERNAMA
-Filem Negara Malaysia
-JASA
-----------------------------------------
selamat menjalankan tugas

15.4.09

MATAHATI KE MATADUNIA


Hamir Soib,kanan sekali, rakan facebook saya berada di RTM pagi tadi, beliau sangat gigih dan berpendirian tetap dalam dunia senilukis. Kini melangkah lagi dengan projek MATAHATI KE MATADUNIA. lagi di http://www.matahatikematadunia.com/

9.4.09

PERKAHWINAN KEMENTERIAN PENERANGAN,KOMUNIKASI, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

Boss baru, ada 'tariannya' tersendiri. Nanti kita tengok.

NASIB SI KAMBING

Al Sirul Al Lingkupi
Y.M Azilahi Al Ghuyub
-------
Mahkamah telah menetapkan kedua-dua anggota UTK yang telibat dalam pembunuhan Altantuuya dijatuhi hukuman mati.


Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan."Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.


* KAMBING PUN KENA HUKUMAN GANTUNG KE?


* Setakat ini orang ramai masih tidak melihat muka mereka. Perlu diingat, mereka berdua mengatakan mereka kambing hitam. Mereka hanya pickup dan meletupkan atas perintah. Maka gembala kambing hitam sudah tentu tidak mahu kambingnya hilang ditelan tanah. Hanya patung yang digantung?

PEREKA KKM DI LANGKAWI 2002

Geng Pereka Kementerian Kesihatan, semasa berkursus di Langkawi tahun 2002. Gambar diambil dari emel En Badrul, Pereka Pahang. Saya sempat berkhidmat dengan KKM bermula 1990-2004 di Hospital Ipoh. Apa khabar kawan-kawan kita di KKM?

8.4.09

NAMANYA AINA

Anak saya yang lahir 1 April 2009, saya namakan AINA. Maksudnya MATA YANG CANTIK. Ada kawan tanya AINA SAJA? Saya kata AINA bukan AINA SAJA!. Kisahnya begini, selepas hari ke 4 kelahirannya, dia masih belum membuka matanya. Risau dibuatnya. Asyik tidur sahaja. Seperti bapa yang lain sudah tentu hendakkan nama anak yang baik-baik. Saya merujuk nama-nama di dalam buku dan internet. Ada beberapa nama disenarai pendek. Tapi akhirnya saya memilih (ilham dari Allah, sebenarnya setiap manusia telah ditetapkan Allah nama baginya) AINA. Pendek, ringkas, tepat dan padat. Saya harap saya sentiasa dapat memanggil dengan nama penuhnya apabila berinteraksi dengannya. Selepas nama AINA diberi lantas sahaja beliau membuka matanya dan ini membuat kami sekeluarga gembira dan bersyukur kepada Allah yang mencipta dan memelihara sekalian makhluk. Kisah semasa berada di Tanah Arab setahun lalu, mungkin ada kaitan dengan AINA. Begini ceritanya, saya amat takjub dengan ciptaaan Allah mengurniakan wanita Arab dengan mata yang cantik (nampak mata sahaja sebab semua mereka memakai purdah). Dengan mengenakan celak menambah lagi keayuan dan keunikan. Sebelum balik saya membeli sekian banyak celak, dan diagihkan kepada saudara mara perempuan saya. Sudah tentu isteri saya adalah orang yang utama. Saya sendiri mengenakan celak di matanya (walaupun beliau agak malu-malu). Namun dia agak segan untuk memakainya dan saya hormati pendiriannya. Kepada isteri saya, terima kasih tak terhingga kerana bersabung nyawa mengandung dan melahirkan anak-anak kita. Semoga Allah pelihara kita semua.

SELEPAS 25 TAHUN

Pagi ini buka blog, tengok ada seorang kawan saya, Azhar Azlam Yatim menulis di ruangan komen. Terkejut juga, sebab dah lama benar tak jumpa beliau, walaupun kampung saya dengan kampung beliau tidaklah jauh sangat. Saya sempat belajar satu kelas dengan beliau semasa di tingkatan 1 - 3. (1982-1984) di SM Sayong. Kakaknya Anita pernah mengajar saya semasa saya darjah 6 di SK Sayong. (Apa khabar Cikgu Anita?) Selepas 1984 saya ke SM Clifford, Azhar saya dengar ke SM Sains...?(tak pasti). Semenjak itu, seingat saya kami tak pernah berjumpa. Cuma dengar khabar dari kawan-kawan sahaja. Azhar berasal dari keluarga baik-baik. Bapanya seorang guru. Dengar khabar, boleh tahan juga garangnya. Bila balik ke kampung, melalui jalan-jalan tertentu, selalunya saya akan beritahu anak isteri, bahawa di rumah (sekian-sekian) terdapat kawan saya (sipolan-sipolan). Termasuklah di rumah Azhar. Semoga semua kawan-kawan kita dilindungi Allah dan mencapai kejayaan.Amin.

5.4.09

ADUHAI PASAR KARAT@PETALING STREET....




Pagi ini, Ahad, saya ke Jalan Petaling. saja nak tengok tempat yang dilawati PM petang semalam . Sambil tu pergi ke Pasar Karat. Tapi sungguh hampa kerana semua para peniaga di Pasar Karat tidak dibenarkan berniaga lagi di kawasan tersebut. Terdapat sebuah van DBKL dan beberapa anggota penguatkuasa merayau-rayau mencari dan menangkap peniaga yang berdegil. Di jalan utama kelihatan polis menyaman kenderaan yang meletak kereta di kawasan salah. Niat saya ke situ ialah sekadar beriadah, berjalan-jalan dan melihat senario manusia di KL. Bagi saya, mereka ini tidak perlu disekat dari berniaga mencari sedikit pendapatan. Sepatutnya sediakan tempat kepada mereka bukan menyekat. Buat port elok-elok macam pasar karat Ipoh (Loken). Tak boleh ke orang DBKL fikir macam yang saya fikirkan.....??

1.4.09

INI BUKAN APRIL FOOL


Sehingga ini belum ada nama lagi gegirl ni. Belum dapat ilham lagi. Satu perkara nak kongsi bersama tuan/puan ialah perkhidmatan yang diberikan oleh HUKM. Saya sungguh berpuas hati dan mengucap ribuan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat merawat dan menjaga isteri saya semasa di HUKM. Kos serendah RM16.00 (bagi penjawat awam) untuk khidmat melahirkan seorang manusia sungguh menakjubkan. Kepada tuan/puan yang merasakan bahawa hospital swasta adalah lebih baik daripada hospital kerajaan, sebenarnya anda telah terpedaya dengan diri anda sendiri. Sebabnya ialah tiada siapa yang menyuruh anda berfikiran sebegitu. Di HUKM, isteri dan anak saya tidak terlepas dari perhatian Dr dan Jururawat pada setiap masa. Bilik rawatan, peralatan dan makanan yang disediakan adalah yang terbaik. Saya, isteri dan anak meninggalkan HUKM dengan ucapan terima kasih berkali-kali kepada staff bilik Intan tanda saya bersyukur mendapat perkhidmatan yang baik. Syukur kepada Allah SWT , Terima kasih staff HUKM. ---------------------------------------------------------------------------------------- 2.4.09
lahir 1April2009.....namanya...belum dapat ilham lagi !!



...Umi kepada Eiszlam, Syuhada dan Sufia dah dimasukkan ke HUKM sejak pagi semalam 31Mac2009. Kemungkinan hari ini 1April 2009 mereka akan mendapat seorang adik. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.