5.4.09

ADUHAI PASAR KARAT@PETALING STREET....




Pagi ini, Ahad, saya ke Jalan Petaling. saja nak tengok tempat yang dilawati PM petang semalam . Sambil tu pergi ke Pasar Karat. Tapi sungguh hampa kerana semua para peniaga di Pasar Karat tidak dibenarkan berniaga lagi di kawasan tersebut. Terdapat sebuah van DBKL dan beberapa anggota penguatkuasa merayau-rayau mencari dan menangkap peniaga yang berdegil. Di jalan utama kelihatan polis menyaman kenderaan yang meletak kereta di kawasan salah. Niat saya ke situ ialah sekadar beriadah, berjalan-jalan dan melihat senario manusia di KL. Bagi saya, mereka ini tidak perlu disekat dari berniaga mencari sedikit pendapatan. Sepatutnya sediakan tempat kepada mereka bukan menyekat. Buat port elok-elok macam pasar karat Ipoh (Loken). Tak boleh ke orang DBKL fikir macam yang saya fikirkan.....??

11 comments:

usain bolt said...

DBKL perlu ada pekerja yang hebat macam tuan..

R@duan said...

susah sangat ke nak ambik hati rakyat.?...alahai..!!

jawa peranakan said...

senang dan mudah kepada pemimpin yang memang inginkan kebaikan untuk rakyat..

R@duan said...

..pagi ini, Isnin saya melawat lagi ke situ. perniagaan ada seperti biasa...

dina said...

teman dah lama tak pegi pasar karat petaling street, ada benonya kata yob tu, cer buat macam Memory Lane kat Ipoh, terbuka senang jamu mata.

ah long said...

Hotel Malaya di Petaling Street meninggalkan 1001 kenangan manis kepada Najib..

Kerana itulah Petaling Street menjadi antara lokasi pertama yang beliau lawati selepas menjadi PM..

Aidilangelo said...

Kat key el deme hagham mandang kesenih2 entik ni kot yob..

salam kenei2.. temanpon oghang kume juge.. ekekeke

Azhar said...

Assalamualaikum Duan

Lame benor tak jumpe ngan mike. Udah 25 taun tu.....lepeh abih SRP. Udah 4 anak mike ye?? Tahniah le.

Kalau ade mase, kontek le awok 012-3215657

W@hid 2009 said...

Mike ni Azhar Mat Yatim ke...?

Azhar @ ja'a said...

Azhar Azlam Yatim la Wahid. Adik Cikgu Anita. Kamu ape habo?? Seghonok kamu dapat khoje pun kat belah-belah sane gak. Ngan kamu pun same le. Dah lame benor tak jumpe. Lepeh abih SRP kot.

R@duan said...

Ya Allaaahh Ja'a.......lama btoi tak jumpe mike. mana mike duduk sekarang niii... Teman tau mike maintain hensem, remos tak tinggal. Oh teringat kisah sekolah 25 tahun lalu....