1.4.09

INI BUKAN APRIL FOOL


Sehingga ini belum ada nama lagi gegirl ni. Belum dapat ilham lagi. Satu perkara nak kongsi bersama tuan/puan ialah perkhidmatan yang diberikan oleh HUKM. Saya sungguh berpuas hati dan mengucap ribuan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat merawat dan menjaga isteri saya semasa di HUKM. Kos serendah RM16.00 (bagi penjawat awam) untuk khidmat melahirkan seorang manusia sungguh menakjubkan. Kepada tuan/puan yang merasakan bahawa hospital swasta adalah lebih baik daripada hospital kerajaan, sebenarnya anda telah terpedaya dengan diri anda sendiri. Sebabnya ialah tiada siapa yang menyuruh anda berfikiran sebegitu. Di HUKM, isteri dan anak saya tidak terlepas dari perhatian Dr dan Jururawat pada setiap masa. Bilik rawatan, peralatan dan makanan yang disediakan adalah yang terbaik. Saya, isteri dan anak meninggalkan HUKM dengan ucapan terima kasih berkali-kali kepada staff bilik Intan tanda saya bersyukur mendapat perkhidmatan yang baik. Syukur kepada Allah SWT , Terima kasih staff HUKM. ---------------------------------------------------------------------------------------- 2.4.09
lahir 1April2009.....namanya...belum dapat ilham lagi !!



...Umi kepada Eiszlam, Syuhada dan Sufia dah dimasukkan ke HUKM sejak pagi semalam 31Mac2009. Kemungkinan hari ini 1April 2009 mereka akan mendapat seorang adik. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

12 comments:

usain bolt said...

alhamdulillah..
maka bertambah la seorang lagi umat Muhammad SAW yang bakal mengimarahkan bumi Allah SWT ini..

amin..

W@hid 2009 said...

Comel nye... Dekat2 nak ropa muka Duan pun ade.... Anak ayah....

W@hid 2009 said...

Alahamdullillah bertambah lagi le keluarga mike...Bertambah anak bermakna bertambah rezeki..

Tuhfat al-Nafis11 said...

alhamdulillah... yeop! mike dgn rosman dah selamat. moga bertambah-tambah lah rezki dan umat nabi Muhammad SAW. aper lagi cuti ler lepas ni boleh pegi ngail...hehehhehe

jawa peranakan said...

alhamdulillah..lelaki ke perempuan yop?

tempayanbudu said...

Salam..

Alhamdulillah..bertambah umat Nabi Muhammad..Semoga menjadi pewaris kepada pejuang agama, bangsa dan negara..

jawa peranakan said...

tuan..
tidak semua org bernasib baik seperti tuan dan keluarga tuan..
saya punya pengalaman di hospital kerajaan (bukan HUKM) ketika isteri melahirkan anak yang pertama..

kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan pengalaman tersebut ialah jururawat dan doktor di hospital tersebut tidak layak menjadi jururawat dan doktor untuk merawat manusia..mereka lebih sesuai jika merawat lembu..

apapun tahniah kepada tuan dan keluarga yang telah menerima layanan baik dan adil di HUKM..alhamdulillah..

8 said...

Tahniah.

Semoga menjadi pejuang islam yang tegar. Salam

W@hid 2009 said...

Kat bandar besar memang dapat layanan yang baik,itu rezeki masing2,yang saya banyak dengor komplain dari hospital bandar2 kecil,Contoh di Tempat teman sendiri,banyak complain dari orang awam,ada yang ok ada yang tak ok,mungkin kerana yang tak ok tu dapat layanan staff yang di belenggu masalah,yang ok pulak kena time staff yang bermasalah dan yang dah dekat nak pencen ke atau mcm2 boleh jadi.Apa pun Tahniah Staff HUKM...boleh jadi contoh hospital lain..Arwah bini teman pun staff nurse,mcm2 pengalaman yang di laluinye.apa pun kena sabar dengan pelanggan,berbuat baik pada orang ,,kebaikan yang kita dapat,janji kerja dengan ikhlas....

R@duan said...

...mungkin ada benarnya kata wahid & jawa peranakan. tapi 4 orang anak-anak saya dilahirkan di hospital kerajaan semuanya dapat layanan baik.....saya pun selalu bersangka baik terhadap mereka. agaknya sebab itu aura yang baik-baik tu datang balik kepada saya .... agaknya la...wallahua'lam.

jawa peranakan said...

betul tu..
mungkin staff hospital itu (bukan HUKM) tidak bersangka baik dan tidak berkelakuan baik terhadap saya maka aura tidak baik itu melekat kepada saya hingga saya juga menyangka mereka dengan sangkaan yang tidak baik..

Nik said...

Alhamdulillah....tahniah yopppp. alaa..bagi la name glemer glemer skit yopp..macam..madona ke, britney ker, helle bery ker, tak pun khatty ker..jgn khattt tui dah la...hehhe, ...amber cume tulun bg idea jer...kalo tak best jgn ambik...

anyway....tuan hamba bukan setakat prolifik,propagate malahan procreate jugak ehh.hehe...moga bahagia selalu