8.4.09

NAMANYA AINA

Anak saya yang lahir 1 April 2009, saya namakan AINA. Maksudnya MATA YANG CANTIK. Ada kawan tanya AINA SAJA? Saya kata AINA bukan AINA SAJA!. Kisahnya begini, selepas hari ke 4 kelahirannya, dia masih belum membuka matanya. Risau dibuatnya. Asyik tidur sahaja. Seperti bapa yang lain sudah tentu hendakkan nama anak yang baik-baik. Saya merujuk nama-nama di dalam buku dan internet. Ada beberapa nama disenarai pendek. Tapi akhirnya saya memilih (ilham dari Allah, sebenarnya setiap manusia telah ditetapkan Allah nama baginya) AINA. Pendek, ringkas, tepat dan padat. Saya harap saya sentiasa dapat memanggil dengan nama penuhnya apabila berinteraksi dengannya. Selepas nama AINA diberi lantas sahaja beliau membuka matanya dan ini membuat kami sekeluarga gembira dan bersyukur kepada Allah yang mencipta dan memelihara sekalian makhluk. Kisah semasa berada di Tanah Arab setahun lalu, mungkin ada kaitan dengan AINA. Begini ceritanya, saya amat takjub dengan ciptaaan Allah mengurniakan wanita Arab dengan mata yang cantik (nampak mata sahaja sebab semua mereka memakai purdah). Dengan mengenakan celak menambah lagi keayuan dan keunikan. Sebelum balik saya membeli sekian banyak celak, dan diagihkan kepada saudara mara perempuan saya. Sudah tentu isteri saya adalah orang yang utama. Saya sendiri mengenakan celak di matanya (walaupun beliau agak malu-malu). Namun dia agak segan untuk memakainya dan saya hormati pendiriannya. Kepada isteri saya, terima kasih tak terhingga kerana bersabung nyawa mengandung dan melahirkan anak-anak kita. Semoga Allah pelihara kita semua.

3 comments:

dina said...

tahniah yob! semoga Aina jadi anak yang solehah... anak aku nama Ain. pendek dak ringkas!

nini ruspawan said...

tahniah!! 1 April sama birth date dgn ayah saya n Dato' Mahsun

R@duan said...

dina:
:)
nini:
cantik mata...