8.4.09

SELEPAS 25 TAHUN

Pagi ini buka blog, tengok ada seorang kawan saya, Azhar Azlam Yatim menulis di ruangan komen. Terkejut juga, sebab dah lama benar tak jumpa beliau, walaupun kampung saya dengan kampung beliau tidaklah jauh sangat. Saya sempat belajar satu kelas dengan beliau semasa di tingkatan 1 - 3. (1982-1984) di SM Sayong. Kakaknya Anita pernah mengajar saya semasa saya darjah 6 di SK Sayong. (Apa khabar Cikgu Anita?) Selepas 1984 saya ke SM Clifford, Azhar saya dengar ke SM Sains...?(tak pasti). Semenjak itu, seingat saya kami tak pernah berjumpa. Cuma dengar khabar dari kawan-kawan sahaja. Azhar berasal dari keluarga baik-baik. Bapanya seorang guru. Dengar khabar, boleh tahan juga garangnya. Bila balik ke kampung, melalui jalan-jalan tertentu, selalunya saya akan beritahu anak isteri, bahawa di rumah (sekian-sekian) terdapat kawan saya (sipolan-sipolan). Termasuklah di rumah Azhar. Semoga semua kawan-kawan kita dilindungi Allah dan mencapai kejayaan.Amin.

2 comments:

Ja'a said...

Alamak!! Siap ada entry khas untuk aku. Teghase malu la pulak.....he he he....tapi terime kasih daun keladi je le. Lepeh SRP aku sambung kat Teknik Ipoh, bukan SM Sains. Kakak aku tu ok-ok je. Anak dia 5 orang, yang sulong dah 20 taun lebih umor die. Deme tinggey kat Selayang. Aku pulak same macam kamu gak...ade 4 wagheh tapi 3 je yang idup. Yang sulong 13 taun, yang bongsu 4 taun. Aku dah dekat 20 taun keghoje kat kolumpor ni. Ghomoh aku kat Taman Permate, Ulu Klang. Kalau kamu bawak anak kamu ke zoo, lajak ke dango kecik aku. Aku pun kalau balik kuale selalu gak bawak anak aku round nak moto sampey ke sayong tapi tak peghonoh pun tejumpe ngan kawan-kawan lame. Nasib baik entry kamu pasey keghete kebey tu tersesat masuk ke yob4ever.com. Daghi situ le aku jumpe blog kamu ngan blog wahid. Alhamdulillah, kawan-kawan aku macam kamu dan wahid jadi oghang baik-baik. Huh....panjangnye celoteh aku, nanti ade kutu yang boring pulok. Kalau ade ghejeki, nanti kite ngetey same-same.

W@hid 2009 said...

Walaikum salam,Jumpa gak kita dalam blog yakk... Aku sihat alhamdullillah,semejak aku sambung belajor kat Vakasional Taiping dah tak jumpa kawan lama,Apa khabor kawan2 kita masa kat sekolah Menengah Sayong dulu,setengah tu mesti ada yang tak kenei dah ,ye le masing2 dah bekeluarga,teman bila ada orang negor,teman dok coye lama2 sikit takut2 silap orang..dah lama tak jumpa..teman pun baru belajor blog ni dari Duan,sebab teman kerja pun pasang internet streamyx kat rumah orang,dari situ le teman hari2 buka internet,Teman kerja kat Telekom Sauk dah 16 tahun,dah mcm jadi orang Sauk le..Sekarang ni tinggal kat Qrts Empangan Chendroh,tak termimpi pun teman nak tinggal kat empang,sesak2 ambil pelampung hanyot ke kaylor sampei le ke Kg Teman...KG SYONG LEMBAH.....