26.4.09

SELSEMA BABI LA PULAAAK....


H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk BANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema babi yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia. Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu. "Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

10 comments:

kamal sabran said...

gila BABI !

jawa peranakan said...

HOH!! KENA SAMAK LA MONITOR KOMPUTER AKU NI..

nasib baik selsema babi tu tidak berjangkit dengan melihat foto babi..kalau tidak ramai la pengunjung blog ni yang dijangkiti penyakit tersebut..

R@duan said...

setiap yang dilarang oleh Allah SWT pasti ada sebabnya...

Anonymous said...

Apakah yang sedang diperkatakan oleh babi tersebut?

Mungkin..." oi!...tak baik panggil aku babi tau !."

NASIRUDDIN BIN DIN said...

1)Penyakit Gila babi dah pun kite dengar.
2).Sawan babi pun dah selalu kite dengar juge.
3).SEkarang ni selesema babi pulok
Nampak gaye nye ini yang paling bahaye. Tengok idung dia dah nak termuntah..

armouris said...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

anyss said...

Salam. Mmmm masa selsema burung, semua jenis burung termasuk ayam kena lupuskan. Dah kena selsema babi ni...bersih skit kot bumi ni coz semer babi-babi akan dilupuskan...Errr sori ya, tulis kat sini pun membabi buta la plak (macam best je kalau tukar kata "membabi buta" jadi "mengkhinzir buta". Nampak macam tak jijik la pulak babi tu hu hu hu).

Anonymous said...

AaaaaChuuuuuuummmmm! alamak kene selesema **** la puak, bukak blog ni dah nampak **** no 13. Agak nya saper punyer keta no plat pakai no nii hah....

W@hid 2009 said...

Kat kampung teman panggil BABI Tonyott....

Nik said...

tahniah yop...gambar babi yg paling fotogenik penah ambe tengok...