28.5.09

EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN

Ekspedisi lakar EndaU Rompin disambung ke TV1 (Selamat Pagi Malaysia), 27.5.2009
Tetamu Selamat Pagi Malaysia, YDP GAPS Dato' Tengku Alaudin dan Timbalan YDP1 GAPS En Shaimy Hashim
3 ahli GAPS sempat demo di studio 2 RTM. Ghani Ahmad, Patrik Lasak dan Ismail Kadir
Melakar Warisan Budaya Bangsa
22- 25 Mei 2009




36 pelukis dari seluruh Malaysia yang terlibat.

20.5.09

...KE TAMAN NEGARA ENDAU - ROMPIN

22-25 Mei 2009. Ingin 'berjumpa' denganMu. Terima kasih penganjur: Jabatan Kebudayaan Negeri Johor & Gabungan Pelukis SeMalaysia. Esok 21 Mei..mula bergerak ke Kluang bersama Dato' Mahsun. Aktiviti utama: Melakar / merakam Endau Rompin dari sudut pandang Pelukis.
#
5.00pm-dari angkasapuri ke puchong untuk jemput Dato'Mahsun
6.00pm-dari puchong ke kluang, sampai jam 10.30pm, ketika ini lebih kurang 15 sahabat pelukis sedang berborak sambil minum di restoran bersebelahan Nagaria Inn. 3 orang dalam satu bilik. En Rashid Penang bersama kami.

18.5.09

TAKDE CALON ????

Pilihanraya Kecil DUN N12 Penanti. BN tak letak calon? Ape ke he ? Apa kata penyokong BN di Penanti semasa pilihanraya lepas? Tak jantan la macam ni!. Pagi esok agaknya ada penyokong BN tegar berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kainnya menunjukkan telor mereka yang beraneka ragam. Kalau tak puas hati mereka boleh pilih untuk buat parti baru BEBAS. Janji berlawan. Telor pecah sebab berlawan lebih baik dari telor tersimpan elok tapi busuk. Apa perasaan pengundi / penyokong tegar BN Penanti agaknya di saat ini. Tentu tengah libang libu. "dah buang *tebiat ke depa ni " kata mereka merujuk bos-bos mereka di KL.
* buang tebiat selalu dikaitkan tingkah laku pelik seseorang sebelum meninggal dunia.

15.5.09

MARHAEN KUALA KANGSAR

Usop, masih tersenyum walau mengetahui bahawa senario politik di Perak sudah jadi seperti gampang.

11.5.09

BERBOGEL & BERLARI DI JOHOR


KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.
Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.
Rancangan realiti itu yang diadakan setiap tahun memilih lokasi berbeza di seluruh dunia bagi menarik perhatian penonton negara berkenaan yang disiarkan melalui saluran televisyen itu.
Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta. Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta. Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai. Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa.

6.5.09

Bye Bye STREAMYX...


...Dengan ini, bermula pada saat ini dan tarikh hari ini, saya mengistiharkan tidak lagi menggunakan perkhidmatan streamyx. Sekian, terima kasih

4.5.09

SEMBANG SENI APDR DI STUDIO AMIN

Amin bersama karya terbaru
....apa aktiviti seni yang boleh disumbangkan kepada....
...diri sendiri, keluarga, persatuan, masyarakat, agama, negara.......!!
[ 1 Mei 2009 : lokasi Studio Amin , Ipoh ]