7.6.09

INSTALASI AWAM

14 junjungan kerusi
imbang berimbang, melayang layang
Gambar ini dirakam pada 4 Jun 2009 lalu. Di pinggir jalan Kuala Selangor. Entah karya siapalah instalasi ini. Menurut seorang Cina yang saya temui, karya ini dibina oleh seseorang. Mendekati dan menghayatinya, kita mudah membaca maksud dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Kritikan sosial terhadap senario politik negara hari ini. Sejumlah 'tiang' yang didirikan dari tong drum sedang 'menjunjung' kerusi, manifestasi 'kepimpinan / pemimpin / kedudukan politik' yang ingin direbut oleh ramai orang. Sedangkan menduduki kerusi di'atas' itu bukanlah mudah. Kerusi sengaja diletakkan senget-benget lambang kedudukan kamu wahai yang menduduki kerusi bukan kekal di situ selamanya. Kamu boleh tumbang dan tertonggeng bila-bila masa sahaja. Syabas seniman Kuala Selangor yang kreatif ini. Sesiapa yang ingin bergambar, membaca puisi dan merakam video dicelah-celah tiang berkerusi ini silakan ke Kuala Selangor. Ianya terletak di tepi jalan berdekatan lampu isyarat. Sebelum ia dimusnahkan oleh MPKS.


6 comments:

W@hid 2009 said...

Ni boleh buat kat Tepi Sungei Perak ni!! JUmpa je tong dram hanyot,cat elok2 kita tayang kat DEme yang berkenaan yang lalu kat REst House..

armmean said...

pehhh...mendalam maksud dia tu..ni mesti ader group yg buat ni..seni di mana2..hahaha..tapi rasernyer x lama..klu tak diangkut dgn mpks, mesti akan di angkut oleh taik pitt..wakakaka..tabik spring utk seniman nih...

NASIRUDDIN BIN DIN said...

yeop duan...
cube mike tengok blog teman tu..
Ape kene nya ,Gambo ikan patin udoh melekat ,Tak mau2 nye tuko.
Kate dek wahid ikan patin tu berhantu..Teman udoh buang habeh semua.. Dekat post pun udoh buang..
ikan patin tu ade juge..
Cube mike kabo mane rope nye nak buat.

R@duan said...

mike ada tak buat naya dekat mana-mana ikan patin sebelum ini?...tu le mike, dia udah mencari mike...nak nak balik-balik ! Cuba mike ingat balik...

neb dagga said...

strong manifestation, kemas lagi melekat heh

Abhamz said...

Memang kreatif dan mesej yang hendak disampaikan tepat dan jelas bagi sesiape yang mahu berfikior.