2.6.09

KAYU-KAYAN KUALA SUNGAI JASIN, ENDAU ROMPIN- ABDULLAH JONES


Selepas seharian melakar/melukis spontan di EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN. kami mengadakan pameran kecil. Tujuan pameran ialah untuk berkongsi dapatan dan penghayatan. Bertukar-tukar maklumat. Belajar dan mengajar. Banyak karya dipersembahkan. Pelbagai genre. Tapi mata saya melekat pada karya yang ini. Mudah, ringan, dan merakyat. Menghayati karya ini seolah deria dengar pun berfungsi. Bergaung, bergema, mengiang-ngiang, kadang-kadang terlalu sunyi. Entahlah, barangkali ada terlalu banyak sastera di dalamnya. Atau mungkin 'kayu kayan gondol itu bersaf-saf menunggu...menunggu apa ya?! menunggu giliran la....giliran apa ya?. 'Saf-saf' yang rapat itu menaikkan semangat. Lantas saya pun berjumpa pelukisnya Abdullah Jones menyatakan karyanya hebat. Boleh diperpanjangkan untuk pameran di JB. Dia senyum sahaja. Sebelum balik saya dihadiahkan oleh beliau karya tersebut. Jalinan kasar dakwat Cina atas kertas A4 itu saya terima dengan besar hati. Tanda persahabatan. Terima kasih Abdullah Jones. Karya asal tuan akan saya jaga dengan baik.

8 comments:

Pencinta Pantai Bersih said...

Sekali pandang macam komputer game Tetris pun ada.. hehe

tempayanbudu said...

lawo tuh..

jawa peranakan said...

menunggu giliran untuk ditebang sama ada oleh pembalak haram mahupun oleh pembalak halal..

Abhamz said...

Cume jauhari yang mengenal manikam..(?)

Pencinta Pantai Bersih said...

Yop, Saya teringin nak melukis semula. Dulu mmg terrer juga melukis sbb tu dulu ambil jurusan architecture (3 tahun dlm course tu). Byk cerita-ceritinya, sudahnya jadi jurutera awam.

R@duan said...

wah ! jurutera akan jadi juru terer lah lepas ni...kalau melukis semula! biasanya golongan ini hebat dalam bidang seni .

W@hid 2009 said...

Mane gambor2 di sane ? mesti cantik2 pemandangan nye,masuk kan le ,boleh le kami numpang nengok...

R@duan said...

http://www.flickr.com/photos/30125689@N04/

ada sikit kat flickr . sila klik