17.7.09

MENTERA

ANAK KELI-KELI,
ANAK RUAN BUKAN,
NAK MATI, MATI.
ANAK AKU BUKAN.
BERKAT DOA ...
LAILAAHAILLALLAH MUHAMADARASULLULLAH.

dapat daripada: DaJepun

12.7.09

TAMPANNYA BUDI- THE BEAUTY OF MALAY INTELLECT

Pagi tadi saya hantar lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI, di Balai Seni Lukis Negara. En Amear yang menyambut kedatangan saya. Sepatutnya hari ini tarikh akhir untuk penghantaran. Namun kata En Amear "paling lewat 15 Julai 2009". Pameran di anjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Tarikh pameran ialah pada 10 Ogos hingga 4 Oktober 2009. Konsep pameran menjurus kepada karya seni dan puisi klasik Melayu. Oleh kerana julung kalinya puisi klasik diangkat bersama seni visual dalam satu pameran yang unik, saya amat meminatinya. Sudah tentu ada kelainan. Tunggu tarikhnya, datang dan nilaikan. Lihat kepelbagaian persepsi pelukis, diterjemah dan divisualkan samada lukisan atau arca. Judul karya saya ialah PUCUK KE LANGIT, AKAR KE TANAH. Bersamanya terdapat pantun klasik. Apa pantunnya? Datang pada 10 Ogos 2009...

8.7.09

MENTERA

Hei Sekedang-kedang
Setalam Gula Manis
Kulangkah
Kulenggang
Sekelian Alam
Memandang Aku Manis

Dapat daripada En DaJepun
Katanya "jangan salah guna sudahlah"

Pesanan saya pula:
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, bahawa Nabi Muhammad itu ikutan sebenarnya yang telah ditunjukki oleh Allah SWT. Barangsiapa mampu mengucapkan kalimah 'La'ila Ha'illallah diakhir nyawanya, nescaya wajib syurga baginya..... (untuk maklumat lanjut boleh cari para ulama...he he he)

2.7.09

REGISTER


Sedikit sahaja lagi hendak habis, teruskan, teruskan. 4-5 bulan sekejap sahaja. Ayuh! Kayuh-kayuh! Jangan peduli apa! Jangan kira apa! beberapa tapak sahaja lagi! (siri berlabon dengan diri sendiri)