12.7.09

TAMPANNYA BUDI- THE BEAUTY OF MALAY INTELLECT

Pagi tadi saya hantar lukisan untuk pameran TAMPANNYA BUDI, di Balai Seni Lukis Negara. En Amear yang menyambut kedatangan saya. Sepatutnya hari ini tarikh akhir untuk penghantaran. Namun kata En Amear "paling lewat 15 Julai 2009". Pameran di anjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Tarikh pameran ialah pada 10 Ogos hingga 4 Oktober 2009. Konsep pameran menjurus kepada karya seni dan puisi klasik Melayu. Oleh kerana julung kalinya puisi klasik diangkat bersama seni visual dalam satu pameran yang unik, saya amat meminatinya. Sudah tentu ada kelainan. Tunggu tarikhnya, datang dan nilaikan. Lihat kepelbagaian persepsi pelukis, diterjemah dan divisualkan samada lukisan atau arca. Judul karya saya ialah PUCUK KE LANGIT, AKAR KE TANAH. Bersamanya terdapat pantun klasik. Apa pantunnya? Datang pada 10 Ogos 2009...

3 comments:

armmean said...

tuan, sy dgr tajuk jer, dah mcm2 pikir kat otak ni-PUCUK KE LANGIT, AKAR KE TANAH, mmg betul2 arts la bro..

Pencinta Pantai Bersih said...

Tuan,
Tajuknya mcm cerita "Jack dan Kacang Ajaibnya" aje. Ada unsur2 itu juga gamaknya. Kalau keme ada turun KL nanti, keme akan singgah...

kamal sabran said...

hensemnya body bang!