27.8.09

KISAH TEMBOK BATU DAN PELUKIS GRAFFITI

Telah lama tembok itu lesu
Penuh kulat dan debu
Tak bermaya, layu
Pelukis graffiti lama dan baru
Datang kepada kamu
Menemanimu hai dinding bisu
Di dada kamu
Kami bicara ini dan itu
Tentang ilmu ,tentang rindu
Tentang kau dan aku
Tentang manusia dan hantu
Marhaen dan ratu
Segala macam ta ti tu
Kepada kau hai dinding batu
Sudilah terima aku
Sebagai temanmu
Setia menemanimu
Bila sampainya waktu
Aku pasti ada di situ
Membelaimu tanpa jemu

26.8.09

PAMERAN EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN


Kepada peserta EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN tempohari, sila hantar :

1) Foto karya
2) Biodata Pelukis
3) Gambar Pelukis


ke alamat:
GAPS
B-1321-Tingkat 2,
Bangunan Warisan,
Jln Bukit Ubi
25200 Kuantan


dengan kadar segera, terima kasih.

19.8.09

13.8.09

GRAFFITI BUKAN VANDAL

* ruang parkir berhampiran restoran Annexe, Pasar Seni
* ruang parkir dekat simpang jalan TAR / jalan Pudu
* ruang parkir sebelah Plaza Imbi
* lorong di antara Pasar Seni ke Masjid Jamek
* berhampiran Pasar Seni
* lorong antara Pasar Seni ke Masjid Jamek
* lorong antara Pasar Seni ke Masjid Jamek
* benteng pagar berhampiran Puduraya
* antara Bus Stand Klang KL dan Pasar Seni
* Bangsar, Jalan Telawi
* Benteng Sungai Klang berdekatan Bus Stand Klang KL
* Benteng Sungai Klang, berdekatan Bus Stand Klang
* berdekatan Bus Stand Klang
* ruang parkir Jalan Barat
* ruang parkir Plaza Imbi
* benteng Sg Klang berdekatan Bus Stand Klang KL
* Penjara Pudu
* ruang parkir Plaza Imbi
* Bangsar, Jalan Telawi
* Plaza Imbi
* Plaza Imbi
* Plaza Imbi
* Plaza Imbi
* Plaza Imbi
Graffiti bukan vandal. Graffiti ialah kegiatan menanda, tag, membuktikan, menunjukkan, mempamerkan samada individu atau kumpulan tertentu didinding, benteng, pagar dan sebagainya dengan menggunakan samada tulisan atau lukisan. Graffiti menjadi saluran individu pelukis meluahkan ekspresi. Bangga diri, penghargaan kepada sesuatu, kalimat nasihat, tidak puas hati, kecaman, saranan, politik dan ehwal semasa, bahkan graffiti dianggap oleh pengkaryanya sebagai ‘hiburan yang menjamin nikmat tak terperi hebatnya’. Graffiti adalah percambahan sub budaya baru warga seni rupa kota Kuala Lumpur. Berkembang dengan pesat. Kini terdapat lebih 30 individu/kumpulan yang terlibat aktif. Diantaranya ialah They, PHB klik, The Super Sunday, Thalanjang, Tha B, Medea, Kioue, KOS, Carpet, Some70/90, Streetsoda, VOD, Kurt, Damis, Bibi Chun TLG,Mile09, Snozze TLG, Foner, Pelat, VLT, Mist, Bonks, Lau, ELMS, BTX, BNE, Peng, Anokayer, 2pai, dan TRS. Ada dikalangan pelukis graffiti yang tidak langsung meninggalkan tanda nama pada karya mereka. Perang graffiti di Kuala lumpur semakin kuat bertempur sejak akhir-akhir ini. Masing-masing berebut dinding kosong terutama di sekitar Plaza Imbi, Jalan Imbi, dan sekitar Pasar Seni. Cuma yang agak mendukacitakan ialah ada dikalangan pengkarya graffiti memilih untuk melukis di atas karya orang lain. Bererti lukisan orang dipadamkan untuk melukis graffiti baharu. Seperkara lagi ialah kualiti ’tulisan’ atau ’lukisan’ yang tidak mencapai tahap bernilai estetik. Karya sebegini menyenakkan dan mengundang rasa tidak selesa. Seharusnya mereka yang dimaksudkan itu meluangkan masa untuk mempelajari dan melatih diri dengan lebih gigih supaya karya bermutu.

Graffiti seharusnya diiktiraf oleh DBKL, kerana ia memberi nafas tersendiri kepada ruang atau dinding kosong yang lesu. ’Bahasa’ kumpulan pelukis ini sepatutnya didengari dan dikaji. Dengan semangat kerja yang tinggi dan motivasi efektif sahaja menjadikan pelukis graffiti berjaya melahirkan sesebuah karya. Mereka menghasilkan karya seni yang indah dan menghidangkan secara percuma kepada khalayak. Mereka bukan mata duitan.

10.8.09

ALLAYARHAMAH YASMIN DI MATA PELUKIS GRAFFITI



Ada pelbagai cara orang mengapresiasi sesuatu. Bagi pelukis graffiti pemergian Yasmin Ahmad amat diratapi. Sebagai simbolik, satu lukisan graffiti besar dibuat di dinding benteng Sungai Klang berdekatan Pasar Seni dan Hentian Bas Klang, Kuala Lumpur, sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Wajah Yasmin tertawa penuh tenaga seolah-olah beliau sentiasa 'hidup'. Manakala anak kecil 'Malaysia' sedang menangis kehilangan sebutir permata berjiwa Malaysia sebenar. Gambar dirakam pada 9.8.09. Al Fatihah.


9.8.09

HATI GEMBIRA TENGOK PELANCONG ARAB MEMBELASAH BUDAK MELAYU

Lama tak update blog. Sibuk sikit. Petang Sabtu semalam aku ke sekitar Bukit Bintang untuk cari bahan kajian 'Kertas Penyelidikan'. Sungguh tersentap rasa hati bila tengok terlalu ramai, lebih kurang 200 ke 300 orang (perhimpunan haram) budak-budak remaja Melayu tersadai melepak di tepi-tepi tangga monorail, koridor dan tepi kedai-kedai makan. Dengan pakaian menjolok mata, remaja lelaki dan perempuan merokok sambil menghidu gam tanpa segan silu. Ada yang berciuman seperti filem Hollywood lagaknya. Remaja lelaki bersubang dan bertindik di kening, bibir, hidung, kat lidah tak nampaklah, mungkin di pusat pun ada. Dalam khayal berdengung gam itu ada yang tak boleh kawal. Mula buat perangai. Buat bising dan sergah orang tak tentu pasal. 7-8 orang dah terlalu 'high', mula mengacau orang lalu lalang. Kena kat mamat Arab, lebih kurang 20an umurnya. Badan tegap sasa, bawa beg, selepas membeli belah rasanya. Arab ni dah tak boleh tahan dengan ejekan agaknya, balas balik dengan ejekan. Tapi secepat mungkin budak-budak Melayu bangang berdengung ni serang dan memukul si Arab. Meletup-letu kena kat muka, badan, tangan dan kaki. Aku ingat dah selesai, tapi dengan gagahnya si Arab bangun membelasah 7-8 budak Melayu kurus kering berdengung gam, hanya seorang diri. Habis lari lintang pukang. Tertonggeng cium tar pun ada. Laaa...samseng Melayu apa macam ni? Dalam hati aku cukup suka bila lihat si Arab membelasah budak-budak tu. Ajar sikit. Mak bapak mereka tentu tak pernah ajar agaknya. Aku memang berharap Arab tu belasah sampai pecah muka budak-budak tu. Sakit hati tengok. Macam samseng sangat. Hampeh. Hapah pun tarak. Samseng taik kuceng.
Soalan 1)
Kenapa polis biarkan perhimpunan seperti itu? Perhimpunan setiap petang Sabtu!

Soalan 2)
Adakah perhimpunan ini mendapat permit?

Soalan 3)
Mengapa tidak ada polis yang berkawal di situ? Pelancong Arab tersebut terpaksa bertindak sendirian mempertahankan dirinya.

Soalan 4)
Kenapa JAIWP berdiam diri?

Soalan 5)
Anak-anak siapa agaknya mereka itu? Kasihan sungguh !