10.8.09

ALLAYARHAMAH YASMIN DI MATA PELUKIS GRAFFITI



Ada pelbagai cara orang mengapresiasi sesuatu. Bagi pelukis graffiti pemergian Yasmin Ahmad amat diratapi. Sebagai simbolik, satu lukisan graffiti besar dibuat di dinding benteng Sungai Klang berdekatan Pasar Seni dan Hentian Bas Klang, Kuala Lumpur, sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Wajah Yasmin tertawa penuh tenaga seolah-olah beliau sentiasa 'hidup'. Manakala anak kecil 'Malaysia' sedang menangis kehilangan sebutir permata berjiwa Malaysia sebenar. Gambar dirakam pada 9.8.09. Al Fatihah.


2 comments:

aman310 said...

manusia dan jiwa sebenar tidak akan dapat dipisahkan walau seteruk mana manusia itu sendiri,,,,,,al fatihah

NASIRUDDIN BIN DIN said...

Sape le yang melukis nye yek.
Al Fatihah.