9.8.09

HATI GEMBIRA TENGOK PELANCONG ARAB MEMBELASAH BUDAK MELAYU

Lama tak update blog. Sibuk sikit. Petang Sabtu semalam aku ke sekitar Bukit Bintang untuk cari bahan kajian 'Kertas Penyelidikan'. Sungguh tersentap rasa hati bila tengok terlalu ramai, lebih kurang 200 ke 300 orang (perhimpunan haram) budak-budak remaja Melayu tersadai melepak di tepi-tepi tangga monorail, koridor dan tepi kedai-kedai makan. Dengan pakaian menjolok mata, remaja lelaki dan perempuan merokok sambil menghidu gam tanpa segan silu. Ada yang berciuman seperti filem Hollywood lagaknya. Remaja lelaki bersubang dan bertindik di kening, bibir, hidung, kat lidah tak nampaklah, mungkin di pusat pun ada. Dalam khayal berdengung gam itu ada yang tak boleh kawal. Mula buat perangai. Buat bising dan sergah orang tak tentu pasal. 7-8 orang dah terlalu 'high', mula mengacau orang lalu lalang. Kena kat mamat Arab, lebih kurang 20an umurnya. Badan tegap sasa, bawa beg, selepas membeli belah rasanya. Arab ni dah tak boleh tahan dengan ejekan agaknya, balas balik dengan ejekan. Tapi secepat mungkin budak-budak Melayu bangang berdengung ni serang dan memukul si Arab. Meletup-letu kena kat muka, badan, tangan dan kaki. Aku ingat dah selesai, tapi dengan gagahnya si Arab bangun membelasah 7-8 budak Melayu kurus kering berdengung gam, hanya seorang diri. Habis lari lintang pukang. Tertonggeng cium tar pun ada. Laaa...samseng Melayu apa macam ni? Dalam hati aku cukup suka bila lihat si Arab membelasah budak-budak tu. Ajar sikit. Mak bapak mereka tentu tak pernah ajar agaknya. Aku memang berharap Arab tu belasah sampai pecah muka budak-budak tu. Sakit hati tengok. Macam samseng sangat. Hampeh. Hapah pun tarak. Samseng taik kuceng.
Soalan 1)
Kenapa polis biarkan perhimpunan seperti itu? Perhimpunan setiap petang Sabtu!

Soalan 2)
Adakah perhimpunan ini mendapat permit?

Soalan 3)
Mengapa tidak ada polis yang berkawal di situ? Pelancong Arab tersebut terpaksa bertindak sendirian mempertahankan dirinya.

Soalan 4)
Kenapa JAIWP berdiam diri?

Soalan 5)
Anak-anak siapa agaknya mereka itu? Kasihan sungguh !

7 comments:

2121studio said...

Perhimpunan tersebut tidak mengancam keselamatan negara..

bahkan itu adalah aktiviti baik yg mengambarkan keindahan 1Malaysia..

NASIRUDDIN BIN DIN said...

Biase la budak melayu ni.
Kalau mabok minum arok. Minum nye setegok je tapi mabok nye macam setempayan. polis kalau tak menganggu ketenteraman politik deme tak heran pun budak2 macam tu.

JOM BUAT DUIT.. said...

Geng-geng yang suka buat demo jalanan tu patutnya join sama ngan budak-budak ni...bantu kerajaan nasihatkan budak-budak ni...

jawa peranakan said...

apa khabar sirul azhar?
apa khabar azilah hadri?

masih berbungkuskah kepala kalian?

Anonymous said...

Sheikh, tak sempat ke ambil gambor,boleh lee upload untuk lamabang Onemalaysia anak melayu,bagi polis bukak mata sikit memalukan sja.

Pencinta Pantai Bersih said...

Yop, selamat kembali dari, pertapaan?

W@hid 2009 said...

Orang camni yang buat datang kan Bala,tak sedorkan diri...Susoh payoh emak deme bersabung nyawe melahirkan depa ini balasannye kepada ibubapa..lebih kurang anak durhaka jugak...Ibu mana yang hendok anok nye jadi jahat..kalou tau si Ibu alangkah hancur nye hati melihat anok yang di jaga,dibelai dan di beri kasih sayang sepenohnya untuk jadi orang yang baik...setitik air mata ibu jatuh ketanah kerana di kecewakan oleh si anok...DERHAKA LAH sianok itu..